Monday, November 18, 2013

Akademi Fantasia 2013









Pernah satu ketika penonton tv tempatan, pelanggan siaran berbayar astro khususnya mempertikaikan rancangan realiti Akademi Fantasia masih relevankah untuk diteruskan? 
Dan respon yang diperolehi agak tepat bila ianya dihentikan! 
Maksudnya pelanggan astro merasakan sudah tidak relevan dan saya yakin astro akur dengan sambutan terhadap rancangan realiti nyanyian ini semakin dingin sehinggakan pihak penaja juga berkira2 untuk memberikan sokongan. Saya setuju kerana selepas AF musim ketiga, aura rancangan ini sememangnya
 hambar dan semakin hilang sedikit demi sedikit.



The Inspirers



Namun tahun ini ia kembali. Dengan sedikit pembaharuan, walaupun saya kira tidaklah terlalu menarik perhatian tetapi sekurang kurangnya kehadiran nama besar sebagai Inspirer 
(jawatan Pengetua untuk AF sebelumnya) membantu 
menaikkan populariti. Faizal Tahir, Melly Goeslaw dan 
Dato' Siti Nurhaliza menggalas tugas itu. 
Dan malam ini finale! Saya tidak mengikuti rancangan ini dari 
awal cuma ada sekali sekala menonton konsert akhir mingguan 
lebih2 lagi untuk tiga minggu terakhir ini 
(setelah tugas inspirer diambil alih oleh Dato' CT). 
Erm rasa nak cuba lah jadi pengkritik keempat (selepas Edry, Sharifah Amani & Roslan Aziz) dan juri profesional (bukan secara afundi yang menghabiskan kredit haha..) untuk konsert final 
malam ni. Saya nak pilih pemenang berdasarkan kualiti dan 
bakat sebenar mereka ( macam pandai je kan? hehe..) 
Ahhhh suka ati aku lah..blog aku kan? hahaha..


Ok jom kita tonton Konsert Finale AF 2013





Azhael  

Wow..best! Gabungan vokal dan persembahan diorg sangat terkawal. Sesuai dengan skala pentas sebesar malam final ini. Serius bila dengar diorg nyanyi lagu Penglipur Lara ni macam lupa pada Hazama. Macam lagi sedap pun ada. Sebuah intro yang impressive untuk malam ni.Lagu baru mereka Hentian Terakhir agak catchy.. senang nak tarik pendengar walaupun Roslan Aziz tak suka tapi saya yakin lagu ini akan popular seiring populariti pasangan duo ini yang mungkin juara malam ini. 
(Berdasarkan sokongan & sorakan di Stadium Negara)





Indah  

Seriously, Indah antara favourite saya! Range vokal dia sangat luas dan leh nyanyi macam2 genre lagu. Pakej yang saya rasa cukup untuk dia berada dalam industri hiburan negara. Malam ni dia bawakan lagu Jaclyn Victor yang rasanya kita maklum macam mana range vokalnya. Tetapi Indah bukan sahaja berjaya malah saya kira sangat cemerlang membawa lagu tersebut dengan gaya tersendiri. Sedap dan memukau Stadium Negara tu. Dengan props ala2 lagu Kisah Hati persembahan Alyah ketika AJL dulu, sememangnya Indah sangat mencuri tumpuan.
Lagu kedua adalah lagu baru berjudul Percayalah. Hurm saya komen ni bukan sebab dia favourite saya tetapi saya tak boleh menidakkan hakikat. Indah sangat2 outstanding. Konsisten kata Sharifah Amani, standing ovation dari Roslan Aziz, then perlu ke saya cakap apa lagi?







Amira  

Erm not bad. Saya tak berapa suka sangat Amira ni. Sebab silap satu je hari tu. Dalam salah satu konsert dia ada bawa lagu Dato CT, Ya Maulai dan saya rasa tak best langsung. Haha..so memang saya rasa dia bukanlah favourite saya. Suara besar dia banyak membantu dalam membina originaliti dirinya sebagai penyanyi tetapi kadang2 saya rasa tak sedap la. Terlalu besar suaranya. Tapi lagu barunya Sesaat Untukku yang disampaikan malam ni macam sedap lak walaupun first time dengar. Kawalan vokal untuk 
persembahan ni juga ok. Untuk lagu kedua, lagu Terlalu Istimewa, ada satu part Amira off sekejap. Macam tak sure. Masih nampak yang lagu ini terlalu besar untuk Amira. Dan saya tentu sekali rasa ini  
bukan persembahan terbaik Amira. 








Faizul  

Suara Faizul ni sebenar ok. Tapi rasa macam ramai je penyanyi bersuara macam ni. Kawalan vokalnya  memang ok tak de terkehel or apa. Cuma lagu baru ni tak menarik perhatian sangat. Persembahan pun biasa2 je. 
Lagu kedua dari inspirer Faizal Tahir, Hanyut juga dibawakan dengan baik oleh Faizul. Tapi tulah, saya tak nampak apa istimewanya dia selain bersuara sedap. Kena develope personaliti dan cari x factor mungkin!





Aisyah 

Macam mana nak cakap Aisyah ni yer? Dia ada pakej. Suara pun ok. Personaliti juga menarik dan matured sangat. Walaupun masih muda tapi saya suka tengok dia menangani suasana baik ketika dikritik mahupun ketika di usik Zizan. Sangat profesional. Nyanyian untuk lagu baru, Mimpi nampak agak yakin dan dia memang orang yang sangat cool. Tak nampak gentar.Lagu Lebih Indah untuk persembahan kedua walaupun agak kurang menyerlah tetapi sangat tersendiri. Saya memang bias kepada mereka yang menyanyikan semula lagu Dato CT, sebab pada saya Dato CT adalah penyanyi yang perfect so memang susahnak cari orang yang nyanyikan balik lagunya dan hasilnya lebih sedap dari beliau. So far memang tak de! Hehe.. Apa pun, dari segi personaliti dan mentality nampak Aisyah ni dah bersedia untuk jadi penyanyi. Dah boleh dah.





Nabila

Mula2 dengar dia nyanyi saya pelik! Macam mana lah leh masuk AF. Audition bukan main lagi. Semua orang2 hebat yang buat pemilihan. Tapi kenapa Nabila leh lepas? Ada agenda tersembunyi ke? Sampaikan saya fikir Astro ada niat meraih undi dengan mengekalkan Nabila dalam AF 2013 hingga ke pentas akhir. Malam ni dia diberikan lagu Seandainya Masih Ada Cinta, ish giler apa diorg ni..? Namun setelah menonton persembahannya, ikhlas saya bgtau, Nabila nyanyikan lagu ini dengan baik malam ni. Betul kata Edry, persembahan terbaik Nabila sepanjang AF 2013. Terkejut den ! 
Tahniah untuk Nabila. Lagu baru pula yang berjudul Katakan Saja, juga ok,... Tak nampak pula yang Nabila ni seperti tersalah calon untuk AF ni. Yup, bila tengok persembahan malam ni saya rasa dia ok saja untuk berada di pentas akhir ni. Mungkin tidak sebagus Aisyah atau Indah tapi masih layak. Dan jangan terkejut andai Nabila meraih salah satu tempat malam ini memandangkan sokongan padu penyokong2 nya.
 ( yang sebenarnya bukan agenda Astro 
seperti sangkaan awal saya..hehe)



Sekarang masa untuk saya membuat penilaian...jeng jeng jeng! Hahaha.


Sebelum terlupa, saya mengadili berdasarkan kualiti bukan populariti ok! Mungkin keputusan takkan sama dengan yang sebenar. Ini keputusan peribadi saya.


Tempat ketiga
Aisyah

Tempat kedua
Azhael

Juara
Indah



Ok...setuju atau tidak keputusan adalah muktamad. Haha..babai..






Sunday, November 10, 2013

Beribu Sesalan



Saya ada seorang kawan! 
 Alya (bukan nama sebenar), sebenarnya ada masalah! 
Dan masalahnya inilah yang ingin saya kongsikan untuk entry kali ni. Pasti ada terselit tak banyak sikit pengajaran atau mungkin juga panduan untuk yang membaca.

Saya ringkaskan agar artikel ini jadi compact dan mudah untuk 
anda faham the story. Alya ni admire one guy. Satu hari this guy approached her dan nak jadi cerita diorg kuar for a date. 
After all, bermulalah kisahnya..  



Inikah lelaki yang dipuja Alya itu hinggakan segalanya sanggup dikorbankan? 
Tolonglah! Rangga bukan lelaki poyo camtu kot!



Bila lelaki ni tau kawan saya si Alya macam syok kat dia, 
mulalah dia pasang perangkap! Cerita kisah malang hidup dia. Mintak perhatian dan simpati. Memang lelaki tu tengah bermasalah..gaduh ngan bini (yup! dah kawin ok!), kena tipu dengan bisnes partner, 
hutang sana sini, sampai bini dia dah taknak ngaku laki. 
Bla bla bla...ntah apa lagi si lelaki ni jual citer sedey hinggakan Alya tu tetiba dengan rela hati nak menghulurkan bantuan. Hurm saya tau nape! Dan saya yakin anda juga tau nape kan? Pastinya Alya sanggup membantu kerana mengharapkan sesuatu. Dia dah jatuh hati ngan lelaki tu. So untuk memenangi hati orang tu apa saja sanggup. Semua boleh saja. Asal dapat!
Sekarang pompuan ngan laki sama jer. 
Jangan marah sbb itu FAKTA!


Saya malas nak masuk campur soal tu. Baik buruk , 
dosa pahala rasanya semua dah boleh fikir sendiri.
 'Tua' dah kot! Bukan budak2. Bukan tak advise tp biasalah orang kalo dah mabuk bercinta ni memang apa pun tak jalan. Tapi yang tak bestnya, 
Alya kawan saya ni macam dah di 'mandrem'. 
Apa lelaki tu mintak semua diturutkan.
Mula2 offer tumpang umah, then kasi pakai kereta dan sikit demi sedikit sang lelaki durjana ni mula mengikis wang simpanannya pula. 
Bukan sikit beb! 


Last update yang saya tau totalnya dah mencecah  
puluhan ribu.  (Mak aaii...Alya oh Alya..kalo ko hantar 
mak ayah ko gi Mekah pun dah lepas dari ko abiskan kat jantan ntah datang dari mana tu..)
Katanya sang lelaki berjanji akan kongsi kesenangan bila 
bisnes yang baru diusahakan dengan modal yang dikeluarkan
 Alya itu mendapat pulangannya.
 Huh! is that true? We wait and see Alya.
Terbaru, dia mengadu lelaki tersebut dah jarang balik umah. Alasan keje yang diberi mengundang keraguan. Keje apa tak balik2? Lebih menyakitkan dan menampakkan kekesalan apabila Alya dah mula menghidu hubungan lelaki pujaannya dengan insan lain. 
Sape nak jawab? (Sendiri jawab lah!)



Menyesal ke Alya? Sesal dahulu pendapatan..




Jom check it out apa yang kita leh kongsi dan sama2 
renungkan dari secebis kisah Alya tadi :-


1. Janganlah kerana admire seseorang kita terus hanyut dengan cerita dan pujuk rayu si dia. Kadang2 kita ingat kalo kita tak bantu dia, kita takkan dapat dia. Tapi kita fikir tak, bila kita dah dapat dia, tanggungan kita akan bertambah mungkin sekali, dua kali atau gandaan yang tak terjangka oleh kita. Orang seperti itu tak mungkin lepaskan peluang bila dia tahu, dia disayangi, dikasihi dan dicintai. Dalam kes yang saya ceritakan tadi sepatutnya lagilah perlu dijauhkan kerana lelaki itu adalah seorang suami 
dan seorang ayah.


2. Kalau ye pun nak cari pasangan hidup atau setidak tidaknya bf/gf, carilah yang mencintai kita dengan setulus ikhlas tanpa ada niat atau agenda tersembunyi. Senang je nak tau seseorang tu ikhlas atau tidak. Senang sangat! Kalo tidak melalui tutur kata, perbuatan mahupun sikap, kita kena percaya pada naluri semulajadi yang sebenarnya ada dalam setiap diri manusia. Kalo awal2 lagi naluri kita kuat mengatakan si dia 
tiada nilai keikhlasan dalam dirinya cintakan kita, hold it!
  Janganlah pulak nak kata kononnya 
" itu cuma perasaan...cuma syak wasangka..
cuma negative thinking.." 
Hakikatnya bila keadaan ini berlaku, kita sebenarnya 
sedang cuba menjadi penipu. Menipu diri sendiri.


3. Tak salah kalo kita kenalkan si dia kepada kawan2 rapat. 
Sekurang kurangnya mereka boleh menjadi 'juri' yang memberi komen atau setidak tidaknya menjadi pemerhati dan berkongsi naluri. Kadang2 bila kita dah kemaruk bercinta kita tak nampak apa yang orang normal lain nampak. Bercinta tu tak normal ke? Bukan! Ia normal tp orang yang tengah asyik masyuk tu yang selalu jadi 
tak normal. Tak dapat fikir 100% waras! Setuju je lah. 
Semua camtu kot. Namun apa yang menjadi alasan tidak mahu 
perkenalkan kepada kawan sebab takut kena caras. 
Ek eleh! Kalo boyfren tu awal2 lagi mudah dicaras, 
nak ke lagi orang camtu? Fikir ar kan.


4. Sebelum amik keputusan untuk hulurkan bantuan atau duit, fikirlah habis2. Renunglah kesusahan dan penat lelah kita memerah kudrat bekerja siang ke malam untuk mendapatkan rezeki tu. Alih2 mudah je nak bagi kat orang. Kalo orang yang dah memang banyak berjasa menjaga atau memberi kasih sayang sejak kecil lagi tak mengapa lah, ini kenal tak sampai seminggu dah beribu ringgit kita berikan. Itu tidak adil! Jangan diikut sangat rasa sayang, jangan bimbang disisihkan, jangan la takut sangat ditinggalkan. Lebih baik la belanja keluarga atau kawan2 yang 
bersama kita susah senang sekian lama.


5. Dalam menjalani kehidupan pada hari ini, luangkan seminit dua untuk merenung dan bersedia tentang kehidupan di hari yang mendatang. Kena ambil kira apa yang bakal berlaku antara kita dan si dia. Kata orang, pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia. Itu betul! Bukan sekadar pepatah. Bila dia sudah mula berubah, lebih teruk mula angkat kaki, hah masa tu sedia maklum la apa yang bakal berlaku. Atas keupayaan diri kita juga menghadapi saat itu, kalo kuat dan kental jiwa raga, alhamdulillah. Kalo lemah, longlai, frust menonggeng nonggeng? Kalo tak masuk hospital ada lah nanti yang jumpa bawah bangunan terbujur kaku. Usah tersenyum sinis..dah banyak kes camtu!





Semoga Alya renung dan fikir melalui akal dan fikiran kurniaan terbaik dariNya
bukan dengan nafsu dan rasa yang telah dipengaruhi musuhNya.