Friday, January 04, 2013

Elergi

Perkataan ini familiar sangat bagi yang menggemari lagu popular penyanyi Azharina kan?  
Elergi Sepi tajuknya..huhu.. Tapi saya pasti ramai gak yang tahu apa maknanya elergi tu kan selain dari apa yang dimaksudkan Azharina didalam lagunya tu. Tu kisah cinta lain konteksnya.. Yang nak saya pok pek dalam post kali ni tentang penyakit akibat elergi ni.

Elergi tu maknanya dalam bahasa yang mudah dan selalu digunakan adalah alahan. Kenapa tetiba nak cakap pasal ni ek? Haaa.. kalo nak tau sebab apa.. semuanya gara gara sang penulis terpaksa terima 2 batang jarum suntikan dan 2 hari MC ( best giler...) disebabkan alahan atau elergi atau allergy ni lar.


Walaupun masih tertanya tanya tentang punca sebenar terkena alahan ni, tetapi sekurang kurangnya dapat gak pengetahuan dan pengalaman. First time lak kena teruk mcm ni. Before this pernah kena masa tgh study dulu but only minor allergy jer. Kata doktor sebab detergent powder. Dan kena pun kat sekitar tangan je. Tapi kali ni hampir whole body naik gelgata dan so weird. Takut. Huhu..

First time ke doktor panel, katanya kena gigit serangga!   
Hah? Serangga apa? Bila? Kat mana? Berlegar2 la persoalan tu. Sebab tak keluar mana mana pun tu yang pelik. Tapi xpelah dan bila doktor suruh baring untuk injection..redha je lah..haha. Tapi dalam fikiran pun ini jelah cara paling berkesan untuk absorb ubat dengan cepat memandangkan gelgata ni cepat sangat merebak. 
Ingat lagi time mula mula perasan terkena elergi ini, terasa benjolan di peha, ingat bisul (agak je lah sbb tak penah kena bisul pun..) pastu garu perut, kuar lak gelgata, garu tangan pun sama, kaki pun sama dan sampai  tahap paling kritikal bila gelgata mula memanjat ke bibir dan mata. Tu yang tak fikir panjang terus keluar cari doktor tu.


waktu mula2 kena..mcm  kena gigit nyamuk je kan?

sekadar merah dan kulit jadi agak kasar ..
mula kering dan jadi bertompok tapi masih rata tiada bengkak yang ketara sangat..



Lepas dapat injection dan beberapa jenis ubat dan MC, terus balik dan surprisingly injection ni buat saya rasa mcm diawang awangan. Time drive lagi dah rasa tak tahu kat mana...
at last sampai umah (nasib baik..) terus collapse dari jam 3 sampai 11 malam (terjaga sbb lapar terus drive thru ke KFC). Nikmatnya tak terkata. 

Esoknya leh keje mcm biasa. Tak rasa sakit atau gatal lagi tapi selepas lunch break mula terasa mula roma naik dan kulit terasa meremang remang. Sedikit gatal dan pedih terkena peluh. Balik keje singgah beli nasi lemak bungkus, makan ubat dan cuba tido. Tapi gelgata ni makin mengganas. Mula mintak digaru dan akhirnya membengkak dan merebak dengan semakin agresif. Sangat kritikal bagi saya sebab ini pengalaman pertama.



Mula membengkak selepas makan nasi lemak ikan bilis, kacang dan telur            ( putih2 tu krim yang doktor panel kasi..)

Bengkak dan tompokan kian ketara walaupun tak digaru.. tapi gatalnya Tuhan Maha Mengetahui

Keadaan lengan sebelum masuk untuk check up doktor...


Memandangkan gelgata ini sudah mengganas sampai ke muka dan mata, saya terus keluar dan bergegas mencari klinik 24hours. Poliklinik Damai, tak jauh dari rumah saya menjadi penyelamat. Tanpa duduk di kerusinya, doktor yang bertugas terus bertanya samada saya berpantang makan atau tidak. Ha? Pantang? Pantang apa? Terus dia tanya ada makan ayam? Ikan bilis? Kacang? Telur?...saya dengan pasrah menjawab yer..semua saya makan. KFC dan nasi lemak yang ada ikan bilis, kacang dan telur. Tapi saya tak tahu semua tu tak boleh makan. Kalo saya tahu sumpah saya tak makan kan? Kenapa doktor panel tu tak bagi tau?

 Mujur juga saya sudah lama berpantang tidak memakan seafood. Apalagi injection kali kedua dibenamkan dalam punggung saya...tak sakit! huhu.. Dan saya tak nak MC kali ni (biar betul..?).. yer betul sebab saya taknak susahkan staf saya lagi untuk mengambil alih kerja kerja saya. Tapi kali ini Doktor yang merawat saya ni telah warning saya, 

".. terpulang pada you tetapi kalo sekarang you terpaksa datang awal2 pagi dan membayar double charge ( saya di caj RM85 ) untuk rawatan kali ni, tak mustahil lepas ni you akan tanggung lebih lagi sebab tak rest dan terdedah dengan udara yang tak bersih..."

 Alamak..!! Then MC je lah kan..pe lagi..




Pagi esoknya selepas injection pada jam 1:30 pagi

Tompokan dan bengkak kian susut dan semakin pudar



So, meh kita buat renungan dari kisah ini...


~ Elegi atau alahan atau allergy ni boleh menyerang sesiapa sahaja. Tak kira di mana dan pada bila masa. Ia mungkin berpunca dari amalan permakanan kita, serbuk pencuci, udara yang berisiko, pakaian yang tidak bersih, kutu atau serangga dan sebagainya la.. Tapi itu tak penting sebab  
sesiapa pun berisiko, 
yang penting bila terkena alahan ini apa tindakan yg perlu diambil.


~ Sekiranya rasa gatal dan bengkakkan yang terhasil dari proses menggaru tu (kelas ayat aku..) lain macam je dari biasa, segera lah berjumpa dengan doktor. Paling tidak dapat terus di beri suntikan bagi menghentikan segera virus yang merebak dengan cepat itu.


~ Sekiranya doktor dah bagi tahu punca sebenar elergi itu, elakkan segera samada dari makanan, pakaian, serbuk cucian atau mungkin serangga atau ulat ( janganlah pergi lepak lagi kat habitat dia..).


~ Haa..paling penting tanya doktor apa yang boleh di makan dan yang tidak. According dari kisah sebenar yang berlaku kepada sang penulis tadi, jelas lah tak boleh sama sekali makan KFC (ayam!), nasi lemak yang tentunya ada sambal ikan bilis, kacang tanah dan telur. Kalau boleh kauntim ngan makcik jual nasi lemak tu suruh la dia taruk sambal kosong dan ulam timun tu lebih sikit (xlah rugi sbb bilis, kacang & telur xada kan?)


~ Akhir sekali, sama macam dalam post Palestin hari tu, kena lah DOA kepadaNya. Ingat setiap penyakit itu datang dariNya dan kepada Dia gak lah kita meminta pertolongan. InsyaAllah...







(Apa? nak trailer? banyak la korang.. ingat ni program realiti tv ke?)





No comments:

Post a Comment