Thursday, January 03, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia ~ Ep. 1



Anda mengikuti program terbaru Astro ini? 
Kepada yang pernah mengikuti episod2 seram, suspen dan ketakutan Fear Factor yang sebelum ini disiarkan di saluran 701 AXN pasti tak mahu ketinggalan meyaksikan pula para selebriti kita menguji kekebalan mereka dalam siri ini. Walaupun pada mulanya saya agak sukar untuk percaya Malaysia bakal menghasilkan sendiri program seumpama ini, namun apabila menyaksikan episod pengenalan Fear Factor Celebrity Malaysia ini, saya teruja untuk terus mengikutinya hingga ke episod finale nanti. 

Barisan selebriti yang terpilih agak mengejutkan. Saya tak pasti bagaimana proses pemilihan dilakukan namun ada sebilangan peserta yang saya rasa bukan tidak layak tetapi perlu la megukur baju di badan sendiri. Bukan mempertikaikan kebolehan atau kemampuan orang tetapi berilah peluang kepada orang lain yg lebih layak... Tapi lupakan lah soal tu. Jom kita borak2 sikit pasal program baru ni.. First episod dia dah ke udara last Saturday pukul 9 pm. Kalo ada yg miss leh tonton kat 
Astro Gempaq...ada kot situ. (Tak check pun main agak jer..hehe.) 
Cer gi tengok..





Berikut senarai selebriti  yang terlibat :-

Dr Faiz & Jehan Miskin
Farish Aziz & Akim AF7
Celina Khor & Arthur Tan
Atu Zero & Azri AF9
Ajak Shiro & Elfira Roy
Alif Hadi & Gambit Saifullah
Alam Wakaka & Arja Lee
Zoey Rahman & Dafi
Iz OIAM & Zawen
Johan Ashaari & Kaka Ashraff
Roslan Shah & Azam Pitt
Dazrin & Hairul Azreen
Didie Alias & Norisham Ismail
Hafizul On Air & Hefny On Air


Dalam senarai berikut untuk episod dan aksi pertama yang dapat disaksikan Sabtu lalu, saya pilih beberapa kapel yang saya kira impress saya untuk permulaan ini. Mereka ialah Shiro & Elfira, Dazrin & Hairul Azreen, Hafizul & Hefny dan tak ketinggalan pasangan suami isteri Didie Alias & Norhisyam. Yang lain2 saya nampak ada sedikit over confident dan ada jugak yang cakap bukan main tapi at last taklah hebat mana...(peace yo!).

Apa pun, enjoy dan salute gak lah ngan all the celebrities kita ni, Bukan calang2 orang yang berani menyahut cabaran2 yang perlu dilangsaikan sepanjang program ini walaupun wang yang menjadi ganjarannya, Kalo ditanya saya, tentulah jawapan saya wang bukan segalanya.. (sbb sy kurang berani bukan penakut ek haha..)

Dan episod pengenalan ini menyaksikan pasangan Dafi & Zoey memenangi cabaran pertama dan berjaya membawa pulang ganjaran mingguan RM10,000. Manakala pasangan yang terkeluar dan sudah menjadi jangkaan saya adalah pasangan 
Roslan Shah & Azam Pitt.



No comments:

Post a Comment