Broga Hill, Semenyih |
At last, saya sampai juga ke tempat ini.
Sudah lama mengintai, memasang niat dan membuat planning dengan beberapa teman. Akhirnya hari ini, bertemankan Danny, Shanas, Dayana dan Adam, saya dapat sampai di port yang selama ini menjadi kegilaan para peminat seni fotografi
dan kaki2 mendaki bukit (erk?).. Hehe..
Seawal 6:15am kami sudah sampai disana. Tidak terlalu sukar mencari lokasinya tetapi signboard yang disediakan sangat mengelirukan. Berpandukan beberapa org yang menjadi jurutunjuk kepada kami, dalam masa 40 minit dari Cheras kami tiba di
Broga Hill, Semenyih.
Lokasi ini sememangnya menjadi pilihan pelajar2 kolej,
setibanya disana sudah ada beberapa group students yang
juga ingin ke puncak bukit ini.
Laluan pendakian agak sukar lebih2 lagi bagi kami yang pertama kali dan kurang stamina dan kelengkapan. Suasana didalam
kebun kelapa sawit yang masih gelap tanpa bantuan lampu suluh menyukarkan pendakian kami. Mujur ada group
lain yang menyusul di belakang dan kami tumpang sahaja
cahaya lampu suluh mereka.
setibanya disana sudah ada beberapa group students yang
juga ingin ke puncak bukit ini.
Laluan pendakian agak sukar lebih2 lagi bagi kami yang pertama kali dan kurang stamina dan kelengkapan. Suasana didalam
kebun kelapa sawit yang masih gelap tanpa bantuan lampu suluh menyukarkan pendakian kami. Mujur ada group
lain yang menyusul di belakang dan kami tumpang sahaja
cahaya lampu suluh mereka.
Suasana ketika mula2 sampai di puncak..sekitar 6:40am |
Suasana semakin cerah.. 7am |
Lebih dari 30 orang sudah berada dipuncak bukit ketika saya sampai. |
Laluan pendakian ke puncak agak curam dan perlu lebih berhati2 |
Setiba dipuncak, kelihatan sudah ramai di atas sana, agak
keletihan mendaki bukit yang agak curam untuk ke puncak namun cuaca nyaman dinihari amat menyegarkan. Namun malang bagi saya kerana pagi ini, suria seakan menyorok cahayanya sehinggakan saya turun tanpa mengabadikan sebarang foto fajar yang menyinsing. Frust sangat! Tak dapat melihat dan merakamkan momen2 sunrise yang amat saya gemari dan sebenarnya itulah tujuan saya ke sini....
Saujana mata memandang... |
Kehijauan dedaun lalang dan bukit bukau amat menyegarkan.. |
Tidak seindah yang disangka, atau mungkin saya
tidak bernasib baik menyaksikan keindahan sebenar tempat ini. Saya tak pasti. Yang pasti ia below my expectation! Namun bagi mereka yang bosan berjogging dan bersenam untuk mengeluarkan peluh setiap pagi, apa kata menukar aktiviti tersebut dengan datang ke Broga Hill ini dan mendaki. Memang berpeluh!
Indah permandangan pagi dari puncak |
Dari sini dapat menyaksikan permandangan sekitar Semenyih dan kehijauan alam yang amat menyegarkan. |
Fresh, hening dan asyik ! |
Dan sementara meredakan penat dan lelah, dapatlah menyaksikan panorama sekitar kawasan ini dari puncak Broga Hill.
Tidak terlalu mengagumkan tetapi mengasyikan..
itu pendapat saya!
Menghayati kesegaran pagi dan keindahan alam semesta |
No comments:
Post a Comment