Tuesday, December 25, 2012

Ole ole dari Beijing

CityInn Hotel
Chaoyang district, Beijing
  Sepanjang di negara tanah besar ini, kami menginap di CityInn Hotel di Chaoyang District, Beijing. Bilik yang disediakan agak luas dan cukup selesa. Yang paling menyenangkan didalam bilik hotel sahaja lah kami boleh bersantai dengan tshirt dan seluar pendek...haha. Kalau tidak pasti dicemburui bayu dingin diluar sana. Ada wifi service percuma tapi hanya di sekitar lobi sahaja. Pasaraya tesco dan deretan kedai menjual pakaian, roti dan makanan segera juga ada berdekatan.


Ramai yang meragui bila bercakap tentang makanan yg HALAL bila berada di luar negara. Saya sendiri tidak pasti samada di China mudah atau tidak mendapatkan makanan halal kerana sepanjang percutian kami, lunch & dinner sudah diatur pihak agensi dan kami hanya melayan selera setelah penat berjalan2. Tetapi selama 5 hari di sana, beberapa restoran yang menyediakan makanan halal sempat kami singgah. Yang pasti menu nya sama saja baik lunch atau dinner. Tetapi siapa kisah semua itu bila perut sudah kosong dan hanya itulah juadah yang ada. Licin jugalah pinggan masing2 walaupun tak siapa yang bersuara tentang rasa masakan yang disediakan. Faham2 sendiri sahaja la yer. Kata omputih  
"either you take it or leave it..."

 Antara juadah yang dihidangkan untuk makan malam kami. Masing2 terpegun dengan kehebatan dressing dan presentationnya..
Macam sedap kan? Ingatkan masakan ikan 3 rasa atau sweet sour.. Hakikatnya dua2 bukan. Ikan masak tiada rasa..haha. itu yang tepat!
Bagaimana pun tidaklah seteruk mana tetapi jangan sesekali mengharapkan rasa masakan disini seenak asam pedas atau masak lemak cilipadi kerana semuanya memang jauh panggang dari api..
Komen ikhlas dari saya.. maaf yer chef. :)
Satu yang menarik perhatian sepanjang berada di Beijing, mata asyik sekali memerhatikan kenderaan yang digunakan masyarakat disini. Bas dan kereta tentulah bukan asing tetapi apabila yang melintas didepan mata adalah motosikal yang diubah suai dengan pelbagai gaya menyebabkan saya tidak melepaskan peluang merakamkan keunikannya 
sebagai kenangan. Kreatif betul mereka.


Macam Perodua Kancil pun ada. 


Tetapi awas, diatas kaki lima deretan kedai pun kenderaan ini dengan selamba lalu disebelah pejalan kaki. Lebih bahaya, tiada sebarang bunyi yang dikeluarkan oleh kenderaan ini. Pelik. Tiada enjin kah? haha..


 Haaa... bukan kereta atau motosikal sahaja yang disediakan parkir disini, basikal juga ada. Lihat gambar sebelah yang menunjukkan basikal yang diparkir rapi ditempat yang disediakan. 
Tetapi tidaklah ramai seperti yang disangka penunggang basikal di kota Beijing ini. Atau mungkin kerana musim dingin yang melanda, masyarakat disini lebih selesa menaiki kereta atau bas. Atau mungkin juga lebih baik beriadah dirumah sahaja..
Inilah bangunan yang menjadi kebanggaan Beijing ketika ini. Bangunan tertinggi yang mempunyai 3 unit pencakar langit adalah milik stesen penyiaran CCTV yang mula beroperasi beberapa tahun lalu.
Yang pasti dari mata saya memang mengakui permandangan bandaraya Beijing sememangnya dihiasi bangunan2 pencakar langit yang bukan calang2 rekabentuk dan inspirasinya. Begitu pesat membangun sehinggakan jauh tersasar dari jangkaan saya sebelum sampai ke sini. Kuala Lumpur masih dibelakang jika dibandingkan Beijing pada hari ini. 
Maaf tapi itulah hakikat yang perlu kita terima.

Tahukah anda apakah ini? Hehe...Inilah tempat asal sang mutiara. Di China mmg terkenal dengan himpunan mutiara pelbagai warna. Menurut jurucakap sebuah pusat mutiara yang kami lawati, tasik di Summer Palace merupakan tempat pembiakan mutiara terbesar di China. Disitu lah lubuk mutiara yang menjadi salah satu daya tarikan negara ini. Juga sumber pendapatan ekonomi selain dari batu jade.


Umpama lukisan di kanvas...
Pasti ramai yang setuju kan? Memang banyak sekali tempat2 menarik dan indah di Beijing. Sesekali rasa tak percaya apa yang dilihat di depan mata.
Permandangan ini sekitar tasik buatan yang terdapat di Zoo Panda, Beijing. Bercakap tentang Zoo Panda, bukan tidak mahu memuatkan slotnya di dalam blog ini tetapi ianya indah khabar dari rupa.. Bukan permandangannya tidak cantik, malah inilah buktinya persis lakaran artis terkemuka. Namun yang menyedihkan keadaan haiwan yang menjadi maskot dan kebanggaan China itu sendiri. Benarlah kata mereka, haiwan ini semakin pupus, bayangkan hanya 3 ekor sahaja yang dapat saya lihat di sebuah tempat yang digelar Zoo Panda. Mungkin kerajaan China perlu memberi perhatian terhadap kekangan ini. Panda hanya ada di negara2 tertentu dan China lah pusat yang dipilih menjadi tempat pembiakan  haiwan ini sebelum di 'eksport' ke beberapa negara lain di dunia.


Masjid Niujie yang dikatakan berusia ribuan tahun membuktikan selama itulah juga agama Islam sudah lama bertapak di tanah besar ini. Walaupun agak terpencil tetapi tatkala kaki melangkah masuk untuk menyempurnakan solat jamak zuhur dan asar, hati sudah terpaut dengan kesenian binaannya. Hasil gabungan kesenian Islam dan budaya masyarakat Cina menjadikan masjid ini berada di dalam keunikannya yang tersendiri.
Gambar menunjukkan salah satu kubah kecil yang menghiasi laman masjid. Berbumbung unik dengan hasil kesenian masyarakat Cina dengan dihiasi ayat suci al quran. Sangat menarik.

Anjing2 juga punya fesyen tersendiri dikala tiba musim dingin. Lihat sahaja 2 ekor anjing peliharaan ini bergaya dengan pakaian masing2 bersiar2 dikota bersama tuannya.
Macam macam...


Ini public toilet !
Satu yg menarik di China ni bila ckp pasal toilet. Sempoi habis. Yang pasti semua tandas awam di sini tiada pili (paip) air ok! Jadi anda fikir lah cara terbaik untuk beristinjak sekiranya berhajat "besar" ...
:)














No comments:

Post a Comment