Catatan suhu
pada hari pertama rombongan kami di Beijing adalah 6 darjah celcius.
Diluar hotel kelihatan beberapa anggota rombongan yg cuba test power
suhu hari itu. Masing2 masih berpeluk tubuh tapi di raut wajah
terpancar senyuman dan gelak tawa bermakna seronok dengan keadaan itu.
Mungkin suhu seperti itu belum pernah sama sekali dicatatkan oleh
termometer di Malaysia.
Tapi kami masih tak dapat lupa ketika mula2 sampai pagi sebelumnya jam 1.30am. Keadaan suhu di luar lapangan terbang antarabangsa Beijing pada ketika itu adalah -4 darjah celcius. Sangat sejuk memandangkan itu pengalaman pertama berada di suhu sebegitu. Asyik pula melihat kepulan asap keluar setiap kali membuka mulut. Tapi semua seakan sudah bersedia menghadapinya.

Hari
ini tempat pertama kami akan dibawa ke salah satu tempat bersejarah di China iaitu
Dataran Tiananmen Teruja? Tentu sekali kerana
sebelumnya hanya menikmati keindahan kota Beijing melalui blog2 mereka
yg sudah melawatinya.
Sekarang boleh menyaksikan sendiri.
Sekarang boleh menyaksikan sendiri.
Dataran Tiananmen suatu ketika dulu.. |
Gambar atas dan bawah.. Sekitar Dataran Tiananmen |
kini pada tahun 2012. |
Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina. Dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989. Ia meliputi 40.5 hektar menjadikannya
dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.
dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.
Mengabadikan potret pemimpin pertama Mao Zedong |
Pintu Tiananmen mula-mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming.
Sewaktu kejatuhan Dinasti Ming, perbalahan besar di antara Li Zicheng
dan maharaja Qing awal telah merosakkan (atau mungkin memusnahkan) pintu
tersebut. Pada tahun 1651 (awal Dinasti Qing), Pintu Tiananmen
dipulihkan.
Dekat dengan pusat dataran sekarang, berhampiran tapak Makam Mao Zedong, pernah didirikan salah sebuah pintu besar yang terpenting di Beijing. Pintu ini dikenali sebagai "Pintu Ming Besar" ketika Dinasti Ming, "Pintu Qing Besar" ketika Dinasti Qing, dan "Pintu China" ketika zaman Republik China. Berbeza daripada pintu2 lain di Beijing seperti Tiananmen dan Qianmen, pintu ini sekadar beristiadat, bergerbang tiga tanpa benteng, sama dengan pintu istiadat yang didapati di Makam Dinasti Ming. Pintu ini berkedudukan tinggi selaku "Pintu Negara", seperti yang boleh dilihat dari berbilang namanya yang berturut-turut. Pintu besar ini biasanya tertutup, melainkan apabila Maharaja hendak merentasinya. Pada 1950-an, Pintu China (namanya ketika itu) diruntuhkan bersama-sama Jalan Papan Catur di selatan, maka lengkapnya peluasan Dataran Tiananmen ke saiznya hari ini. Digunakan sebagai tempat perhimpunan besar-besaran sejak dibina lagi, dataran ini beralaskan Tugu Wira Rakyat berketinggian 38 meter (125 batu) yang lengkap pada tahun 1958, serta Makam Mao Zedong yang disiapkan pada tahun 1977 . Dataran ini terletak antara dua buah pintu gergasi yang dibina pada zaman silam, iaitu Tian'anmen di utara dan Zhengyangmen atau Qianmen di selatan.

Diistiharkan sbg tapak perhimpunan awam yg terbesar di dunia & menjadi tumpuan para pelancong ke China. |
Dataran Tiananmen pernah dijadikan tapak berlakunya sebilangan peristiwa politik dan bantahan golongan pelajar. Ini termasuklah pengisytiharan Republik Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949; pameran ketenteraan besar-besaran tahunan pada setiap Hari Kebangsaan sehingga 1 Oktober 1959; perarakan tentera ulang tahun ke-35 Republik Rakyat China pada tahun 1984 dan ulang tahun ke-50 pada tahun 1999; dan juga perhimpunan besar-besaran ketika Revolusi Kebudayaan.
Tapak ini juga pernah menempatkan berbagai-bagai demonstrasi oleh pihak yang berkuasa, termasuk Perarakan Kemenangan Tentera Berikat bagi meraikan pendudukan Beijing pada tahun 1900, perarakan besar Jeneral Zhang Xun pada Jun 1917
sebagai memperingati pemulihan perintah agung oleh beliau, pengasasan rejim boneka di bawah pemerintahan Jepun,
perarakan tentera Republik setelah menawan kembali Beijing dan juga "perarakan Hari Kebangsaan panjang lebar tidak lama selepas Tentera Pembebasan Rakyat melimpahkan Dataran dengan darah pada tahun 1989.
Berlatar belakang 'Pintu Damai Syurga' . |
No comments:
Post a Comment