Tuesday, December 25, 2012

Assalamualaikum wbr ...

Salam utk semua....

Dengan nama Allah 
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ceritera 2012 bakal tiba di episod terakhirnya beberapa hari saja lagi. Dan siri baru 2013 bakal menyusul. Entah mcm mana cerita dan cabarannya masih belum kita ketahui. Yang pasti pertambahan tahun bermakna bertambahlah usia setiap manusia dan semua makhluk bernyawa di alam fana ini. Hari ini 25 Disember usia saya bertambah lagi...(omg!). Dan setiap kedatangan tarikh ini jugalah saya akan lakukan sesuatu utk diri saya. Beli hadiah utk diri sendiri, bagi makan apa yg terlintas utk perut sendiri atau pergi kemana2 bila terasa ingin menukar angin

Tapi hadiah tahun ini, saya persembahkan 

Ooh! Lala...   jauh berlari mengejar mimpi namun realiti tetap disini. 

Rasminya hari ini saya launch blog ini. The 1st one ever. 
Sebenarnya sudah lama cuba menarikan jari, menajamkan fikiran dan meyakinkan diri untuk ini...sudah lama, sangat lama... cuma mungkin hari ini lah masanya baru tiba. Ada kekuatan, 
sedikit keyakinan dan masa yang berbaki.  
Maka terhasillah ia untuk tatapan bersama
Terima kasih semua..


Selamat membaca & semoga terhibur !



 

No comments:

Post a Comment