Suka tengok wayang tak?
Rasanya kalo tanya generasi yang lahir 1980an dan 1990an ni rata2 mesti semua akan cakap suka punya. Cuma bezanya kalo yang dilahir dan dibesarkan di kawasan luar bandar tu mungkin jarang2 la yang kata suka. Bukan xsuka tp xdpt tgk sebenarnya. Menonton wayang kalo di kampung menjadi aktiviti yang agak taboo dikalangan masyarakat terutamanya kepada warga2 emas la. Mungkin suasana dikawasan panggung sendiri yang gelap dan percampuran lelaki wanita didalamnya menyebabkan persepsi menjadi agak konservatif. Tak mengapa lah. Cuma kalo dibandar2, didalam panggung sendiri seperti di pasar malam dah, kecik besar tua muda sampai yang masih menyusu badan pun dibawa masuk
( jgn la macam tu kakak..)
Oleh sebab ramai yang suka menonton filem dan nampak mcm industri perfileman kita pun makin progress, saya rasa nak selitkan slot filem antara ulasan, komen dan promo berdasarkan penilaian dan mata hati saya sendiri. Maknanya, ia totally from my personal view, expectation and observation.
Sebagai filem pertama, apakata kita view filem yang baru je saya tonton. Sebelum tu saya nak bgtau yang saya penggemar filem Melayu ( patriotik sgt..). Filem omputih tgk gak tapi tetap sokong filem kita sebab rasanya jalan ceritanya lagi dekat dengan kita. Ni dia filem yang baru saya tonton dan menjadi filem pertama untuk diulas (konon) dalam blog saya ni.
Secara ringkas filem ini adalah sekuel bagi filem Lagenda Budak Setan (LBS 1) yang sebelum ini diterajui oleh Farid Kamil dan Lisa Surihani. Watak Katerina yang diangkat sebagai karekter utama untuk sekuel ini sebelumnya dipegang oleh Nurfazura dalam LBS 1. Tetapi dalam Legenda Budak Setan 2 (LBS 2) ini pula Katerina telah dipertanggungjawabkan kepada Maya Karin.
Filem ini bermula dengan kesinambungan dari pengakhiran dari filem LBS 1 dimana Kasyah ( Farid Kamil ) meratapi permergian Ayu (Shiqin Kamal yang memegang watak Ayu selepas pembedahan wajah). Namun kehadiran seorang cahayamata hasil perkongsian hidup mereka iaitu Athirah mengisi kekosongan hidup Kasyah. Ketika membawa Athirah menaiki LRT untuk pergi melakukan pemeriksaan doktor, secara tak sengaja Kasyah bertemu dengan Katerina. Seterusnya hubungan mereka semakin intim sehingga membibitkan perasaan cinta antara keduanya. Keputusan Katerina untuk mengahwini Kasyah awalnya ditentang oleh ibunya. Namun bapa Katerina ( Suffian ) memberi tempoh 3 tahun sekiranya Kasyah benar2 ingin meneruskan hajatnya. Alasan yang diberikan adalah untuk menghantar Katerina menguruskan cawangan baru perniagaan mereka di Afrika Selatan. Walaupun agak terkejut dan keberatan dengan cadangan bapanya, Katerina akur memandangkan pada masa yang sama dia ingin mengalihkan perhatian Hisyam ( Bront Palare ) yang sering mengganggu dan mengancam kehidupannya. Harapan Katerina bila berjauhan agak lama, Hisyam akan mula melupakan hasrat dan perasaan cinta terhadapnya. Sementara itu Katerina memujuk Kasyah agar menerima tawaran bapanya untuk berkhidmat di syarikat keluarga mereka dengan harapan hubungan keduanya dapat dieratkan.
Namun, helah dan agenda sebenar Suffian telah berjaya memutuskan hubungan Kasyah dengan Katerina bilamana dia mengupah Zahirah ( Lana Nordin ) untuk menggoda Kasyah di pejabatnya dan merakamkan foto serta video. Kecewa dengan apa yang dilihat dan ditonton, Katerina akhirnya memutuskan hubungan dengan Kasyah dan mengambil keputusan untuk kahwin tanpa rela dengan Hisyam. Rahsia akhirnya terbongkar bila Zahirah menceritakan segala galanya. Katerina kecewa dan mencari Kasyah untuk meminta maaf dan menyesali kesilapannya. Kasyah yang menyifatkan mereka menjadi mangsa keadaan menerima Katerina dan pada masa yang sama bergelut dengan perasaan sedih setelah Athirah yang mengalami masalah kesihatan dan dirawat dihospital sehingga akhirnya membawa maut. Katerina yang tidak tahan dengan sikap Hisyam yang mengalami masalah mental pula memutuskan untuk berpisah. Hubungan mereka kembali terjalin dan kisah ini tergantung disitu... Pasti ada Lagenda Budak Setan 3...
Berbanding dengan LBS 1, rasanya filem sekuel ini tidak kurang hebat dari segi plot dan lakonan pelakon2 nya. Plot yang pantas dan tidak terlalu meleret menjadikan terasa cepat sahaja ceritanya berakhir. Sinematografi sangat menarik terutama ketika pengambaran yang dijalankan di Bhutan. Jarang sekali lokasi ini dipilih oleh produksi filem tempatan. Hasilnya nampak sangat fresh dan original. OST filem ini yang bertajuk Sejati juga menambat hati. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Ning yang juga muncul sebabak dalam filem ini. Keseluruhannya filem ini masih dikategorikan filem yang masih boleh ditonton, tidak merapu atau tak logik or ntah apa apa. Kira ok lar. Apalagi kisah perhubungan Kasyah dan Katerina yang jelas tergantung kerana pastinya akan disambung di dalam sekuel akan datang.
Namun secara jujur saya lebih menyukai LBS 1.
Mungkin agaknya kerana saya kurang meminati lakonan Maya Karin apalagi dia mengambil alih watak yang sebelumnya dipegang oleh pelakon kegemaran saya iaitu Nurfazura. Bukan prajudis, tetapi tak tahu di mana silapnya pada saya Maya Karin susah nak menampakkan ke'natural'an sesuatu watak.
Cara pertuturannya juga sesekali kedengaran agak pelik.
Tak tahu loghat negeri mana. Janggal!
Itu pendapat saya, tidak mewakili sesiapa. Banyak filem beliau yang saya tonton dan hanya satu yang saya suka lakonannya iaitu Pisau Cukur. Yang lain...entah la. Nampak sangat berlakon. Saya suka Fazura yang lebih natural lakonannya. Dan sebenarnya amat mengharapkan beliau yang memegang watak ini seperti di dalam LBS 1. Tetapi kerana komitmen atau mungkin pilihan pengarah sendiri, Maya Karin dipilih. Farid Kamil? Tiada komen sebab lakonannya sekadar ok sahaja. Tetapi kemunculan Lisa Surihani walau beberapa saat sahaja memberi impak kesedihan yang sangat berkesan dalam satu babak filem ini.
Jadi kepada peminat setia Maya Karin, Farid Kamil dan Bront Palare serta pengikut siri Lagenda Budak Setan saksikanlah sendiri filem ini di Astro First atau di kedai2 DVD atau download saja sebab ketika artikel ini ditulis rasanya sudah berakhir tayangannya di pawagam.
Penilaian saya : ***
No comments:
Post a Comment