Monday, December 31, 2012

Rintihan Palestin...




Sana sini kita di hidangkan dengan perkabaran pelbagai kisah yang menyentuh hati dari bumi Palestin. Kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan dan kekejaman Israel yang tidak kunjung padam. Paparan berita tv yang menyiarkan siksaan yang terpaksa ditanggung masyarakat Palestin sememangnya meruntun hati sesiapa sahaja yang menyaksikannya. Dentuman bom , tembakan meriam dan senjata api yang tidak pernah berhenti menghujani bumi Palestin sudah cukup menakutkan kita disini sementelah tidak pernah walau sekali pun kita mengalaminya. Namun bagi mereka, bagi kaum hawa yang lemah, kanak kanak serta bayi yang jauh lebih lemah ianya seakan gurindam 
yang mengulit mimpi mereka...



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1IVmlVfwv2e4RtRFo79kxDblUf_SxfmfBA9N5BO1VwsPeTSxTne8daPaoFedhcA_It9bY9X8K_tWHogiAKzRrkdOY9WihXRHn0noJMlSxt65aslVpnuVW9k9mM-M1_FVcKT-FVXJEeR0/s1600/palestin.jpg
Apakah yang bermain dalam fikiran si kecil ini..

 


Persoalannya, adakah kita faham apa sebenarnya berlaku? Adakah sendu di hati kita ini kerana memahami penderitaan mereka? Dan adakah pertolongan / bantuan yang kita hulurkan berdasarkan apa yang kita faham dan rasa? Mari kita persoalkan pada diri kita sendiri.. biar apa yang dilakukan lahir dengan penuh keikhlasan dan ketulusan berserta doa dari hati sanubari kita.



http://www.amanpalestin.net/control/pendapat/images/2012/membantu_orang_palestin/palestin_(1).jpg
Dosa apakah yang dilakukan si comel ini sehingga 
terpaksa menerima balasan seumpama ini?

 




 Sedikit mengenai Palestin...


Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah 
sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa
iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, 
setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.

Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya 
Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, 
iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan 
antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah 
membawa kepada pertumpahan darah sekarang.


Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.



Kaitan Amerika..


Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.



WIRA SEJATI.... Disaat kanak2 lain bermain perang2 dihalaman rumah,
 kanak kanak di Palestin sudah berada di alam realiti sebenar peperangan.


Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas 
kasihan akibat Holocaust tersebut.

Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan 
memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.

Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, 
dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.


Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa 
lagi yang mahu menyokong Palestin.

Negara-negara Islam yang lain seakan tunduk takut dan 
akur kepada Amerika.


 (sumber dari iluvislam.com..)






Info lain mengenai Palestin


Penantian 65 tahun rakyat Palestin berakhir apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada Khamis 29 November 2012.



PEACE ... Keamanan itulah impian Palestin!


Namun terdapat bantahan dari sembilan negara dalam rancangan resolusi pengiktirafan status negara Palestin ini. Negara negara tersebut adalah :-

1.Kanada
2.Republik Czech
3.Israel
4.Marshall Islands
5.Mikronesia
6.Nauru
7.Palau
8.Panama
9.Amerika Syarikat


Di samping sembilan negara yang menentang, terdapat sejumlah 138 negara yang menyokong dan 41 berkecuali, serta tiga negara tidak hadir.
 
Sementara Kesatuan Eropah, terdapat 17 negara yang menyatakan sokongan untuk pengiktirafan Palestin, antaranya Austria, Perancis, Itali, Norway, dan Sepanyol. Sementara negara Eropah lain termasuk England dan Jerman memilih untuk berkecuali.





Dan apakah yang boleh kita bantu?



Tertanya sendiri soalan ini. Yer apakah peranan kita sebagai seorang Islam atau setidak tidaknya sebagai seorang manusia bila melihat apa yang berlaku? 
Pastinya amat mustahil untuk menghulurkan tenaga berjuang memegang senapang mempertahankan Palestin, atau mengemudi kereta kebal atau menghayunkan bom menahan serangan pihak lawan..mustahil! 

Tiada kemampuan juga menghulurkan sumbangan besar bagi menampung keperluan ibu ibu dan anak anak Palestin yang bukan sahaja kelaparan tetapi berjuang menahan kesakitan. Sakit mereka bukan sahaja luka berdarah yang dapat kita lihat dari mata kasar tetapi saya percaya tanggungan beban mental yang melawan kesedihan dan kesengsaraan di hati mereka lebih teruk dari itu. Jadi apakah lagi sumbangan yang mampu kita beri? Memboikot barangan Israel seperti yang kerap diwar war kan? Boleh juga..ia mungkin membantu tetapi 
hanya sekadar 0.0001% sahaja.

Saya percaya...sgt percaya ada satu yang mampu  
kita lakukan untuk membantu.  
Doa.. yer doa. 
Jom kita sama sama berdoa selepas 
solat atau bila bila masa sahaja tatkala terdetik di hati kerana percaya lah doa yang ikhlas dan tulus pasti didengar Allah swt. Jangan mempersendakannya kerana fadhilat doa adalah amat besar 
dan kemungkinan dimakbulkan adalah 99.9%.
 InsyaAllah....




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6NGLk3zuPf03mHqAXSvgxVDTR1eWEAet7eYSDYFC2zltE-WXuhrKAYMJR1WoCFJBLL_ieSc3DB__HXUnggNgWsI2fwUAuhm4AF_S1SUpFtXNeWf3Lll2C5Pa8in13vuOuQxNbE0HAZsus/s1600/palestin+%25282%2529.jpg
Mari sama sama kita 'aminkan' doa ini...


















No comments:

Post a Comment