Tuesday, December 25, 2012

Pendakian Tembok Ajaib

Bila tiba hari untuk ke tempat yg satu ini, hati jadi tak keruan...haha. Bukan takut, bukan seram or bukan risau. Tapi seronok! Yup, tempat ini menjadi salah satu sebab utama yang membawa saya ke bumi China ini.
Ketaksuban dan minat mendalam terhadap benda2 dan tempat2 pelik, ajaib dan "wonder" menjadikan diri saya sangat2 terpanggil utk melihat keajaiban ciptaan manusia ini di depan mata kepala sendiri. Pernah suatu ketika dulu tatkala menghayati dan meyaksikan tempat2 didunia yang terpilih sebagai "7 wonders" di dalam website dan majalah, inilah tempat yg menjadi igauan saya. Dan apabila ditanya teman dalam banyak2 tempat yg tersenarai sebagai 7 ajaib didunia, tempat ini jugalah yang menjadi pilihan pertama saya utk dikunjungi. Kenapa? Kerana saya pernah terbaca dalam satu artikel mengatakan tempat ini merupakan satu satunya binaan di dunia yang dapat disaksikan dari bulan...huh cukup menarik hati saya untuk menjejakkan kaki ke tempat sehebat ini. 
Dan hari ini..impian saya itu bukan lagi mimpi..




Tembok panjang ini  merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3bt)

Cabaran ketika mendaki tangga2 tembok ini 
pasti meninggalkan kenangan kepada pengunjung
Pandangan dari kota perhentian ke-3
Masih utuh, kukuh dan ajaib

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.
Kota perhentian kedua.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

 
Ayuh kita berkongsi pengalaman...

Ketika menyusuri perjalanan menuju ke salah satu 'pintu' untuk pelancong mendekati tapak sejarah ini, mata dan hati saya sangat terpaut dengan permandangan pergunungan sekitar daerah ini. Menurut pemandu pelancong kami, terdapat kurang lebih 10 pintu masuk utk para pelancong melawat dan mendekati Tembok Besar @ The Great Wall ini. Memandangkan ketika itu musim dingin, jadi suasananya terasa sangat segar dan tentulah kedinginan bertambah dan suhunya berkurang sementelah kawasan tembok ini terletak di daerah pergunungan luar bandar.
Permandangan yang 
menghentikan lamunan
Dari kejauhan ketika di dalam perjalanan lagi mata seakan akan terbayang ada jalinan tembok yg melingkari pergunungan yg dilewati kiri kanan sepanjang jalan. Sangat indah, tenang dan berbeza sekali jika dibandingkan kawasan gunung ganang di negara kita. Tentulah, Malaysia dan China ternyata punyai rangka dan struktur muka bumi malah keadaan cuaca yang sangat berbeza meskipun masih berada di benua yang sama. Jika tidak masakan kita di Malaysia tidak merasai dinginnya musim yang sedang melanda negara ini.

Seakan tidak percaya tetapi cukup teruja bila saja kaki melangkah turun dari bas persiaran yang membawa kami. Di depan mata sudah jelas lingkaran tembok batu yang berpaksi kukuh memanjat bukit (atau mungkin gunung) yang sungguh menakjubkan. Angin dingin yang menerpa muka yg tidak bertutup berbeza dengan anggota badan lain yg sudah kami baluti dengan beberapa helaian baju, coat dan scarf, langsung tidak mengganggu tumpuan dan keterujaan untuk menakluk kota di atas bukit di hadapan kami. Masing2 seolah lupa dan tidak peduli dengan keadaan suhu yang ketika itu mencecah -2 darjah celcius. Setelah mengabadikan kenangan dengan mengambil beberapa keping gambar berkumpulan berlatar belakangkan tembok besar ini, tanpa membuang masa (yg mmg terhad, hanya diberi 2-3 jam berada di sini sebelum ke destinasi lain) kami yang 'muda2' ini terus mencari pintu permulaan mendaki tangga2 curam untuk menakluk puncak tertinggi yang sentiasa menjadi impian semua yang datang ke sini.
Tapak mula pendakian ke puncak
Hakikat yang perlu diterima, cabaran mendaki tangga2 menuju ke puncak tembok perhentian bukan calang2. Kecuraman dan saiz anak tangga yg semakin mengecil akibat terhakis dek hentakkan kaki para pengunjung yang mungkin mencatat jumlah jutaan atau mungkin lebih menjadikan kesukaran kian menerpa. Belum dikira hembusan bayu dingin yang semakin kuat dan sejuk memandangkan ketinggian yang dijangkau semakin bertambah. Sesak nafas dan degupan jantung menjadi semakin deras. Sukar juga mengawal situasi sedemikian, bahana tiada persediaan mental dan fizikal. Yer, bagi saya ia mencabar. Tapi satu yang menjadi tangkal dan kekebalan diri melawan semua cabaran itu adalah kepuasan dan keterujaan sampai ke puncak setinggi itu. Lupa semua sengsara. Begitulah kami ketika berada di kota hentian ke-3. Jarang sekali pelancong yang sampai hingga ke tahap ini kerana plak dan sijil sudah boleh didapati andainya berjaya sampai ke puncak kota kedua. Jadi ramai yg sudah tidak sanggup mendaki dan berpatah balik untuk turun setelah mendapat (membeli sebenarnya) sijil pendakian tembok besar ini.

Puncak kota ke-3 yang menggamit
 pendakian tembok besar
Memang terasa pelik dan hairan apabila memikirkan bagaimana kota ini dibina sehingga sedemikian rupa. Mengambil kira tahap dan kemampuan teknologi di zamannya, terasa betapa sukar dan seksanya menyelesaikan amanat maharaja. Namun atas rasa tanggungjawab terhadap tanahair dan menyanjung tinggi kedudukan maharaja, rakyat jelata rela membanting tenaga, bersatu jiwa raga merealisasikan kota ajaib ini. Sehingga melangkau beberapa generasi, hasilnya bukan sahaja melabur pendapatan melalui sektor perlancongan bahkan meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang menyaksikannya hari ini.

Laluan turun yang dibina sangat 
menarik perhatian dihiasi 
permandangan indah pergunungan 
sekitar yang mengasyikkan.
Sempat mengukir nama di plak yg dibeli dengan harga 30yuan sebagai tanda berjaya melepasi kota kedua (saya berjaya menakluk kota ke-3..yeah!!) dan juga sebagai kenangan. Perjalanan turun tidak sesukar pendakian memandangkan kami memilih laluan yang dibina khas utk turun lebih laju (mungkin) dan kurang risiko. Menurut pemandu pelancong kami juga, setiap bulan pasti ada yg mengalami kecelakaan ketika menuruni tangga2 di tembok ini. Namun laluan turun walau tidak menghadapi cabaran tetapi mata dijamu permandangan luarbiasa indahnya. Tambah teruja bila menemui sisa2 salji yang turun 3 hari sebelumnya. Sempat la merasai tekstur ais yang turun dari langit itu. Yer, itulah pertama kali dalam hidup. Sangat bermakna hingga ada anggota rombongan membawa ke bas persiaran untuk ditunjukkan kepada yang lain.  Masing2 ingin merasai memegang salji yang asli ditangan sendiri. Kelucuan pastinya menguasai suasana ketika itu. Namun itulah memori...

Beraksi di hadapan kota ke-3 
setelah berjaya menaklukinya




Kita berkongsi galeri pula ..

Saujana mata memandang.. 
dari aras tembok besar
Adik2 manis yang cuba menjejaki 
abg2 macho ke kota ke-3 :)
Deretan mangga2 kunci yang 
digantung sepanjang laluan 
tembok sbg tanda cinta sejati
Pondok check point untuk 
menempah plak atau sijil kejayaan 
pendakian tembok besar.
Puncak seterusnya yang 
gagal disempurnakan...
tak cukup masa! :














No comments:

Post a Comment