Tuesday, December 25, 2012

Summer Palace

Menjejakkan kaki saja badan terus dihembus angin dingin....sangat dingin. Pagi itu jam 11 lebih kurang suhu mencatatkan -1 darjah celcius. No wonder. Patutlah sejuknya lain mcm.. Lebih mengejutkan kami bila mendapati tasik besar dihadapan kami tidak lagi beralun airnya. Keras. Berasap. Beku rupanya... Sekali lagi pengalaman pertama menyaksikan tasik ais berada di depan mata. Pun begitu suasana panoramanya masih tetap menakjubkan. 

Terasa berada di alam lain...( alam mana la plak? )


Masing2 diam menghayati keindahan..bukan tidak mahu bersuara tetapi bibir terasa kebas, membengkak seperti dibius sebelum gigi dicabut oleh doktor gigi kerajaan. Suasana sejuk dingin membuatkan kami agak malas berposing mengabadikan kenangan. Tangan rasa hendak sentiasa didalam poket biarpun dibaluti sarung tangan bulu kambing..namun tetap sejuk. 

Lihat bezanya ketika musim panas & musim sejuk di 
Summer Palace
 
Musim Sejuk November 2012

Musim Panas July 2012
Musim Sejuk November 2012















Musim Panas July 2012









 



Sesuai dengan namanya, Summer Palace dikatakan lebih menggamit pengunjung tatkala musim panas. Cantik permandangannya umpama di kayangan dihiasi tasik luas yang sangat tenang dan bersih. Umpama terpaksa menerima keadaan kami ketika ini, Summer Palace tetap tidak janggal digelar "Winter Palace" kerana permandangannya tetap indah diselubungi kabus dan tasik ais yg unik.




Istana Musim Panas terletak di pinggir bandar Beijing,China , kira-kira 15 km mengikut lebuh raya dari ibu kota Beijing. Kawasannya luas di tepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi ). Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, kuil, istana , jambatan gaya China , seni taman, jeti perahu naga , arca kerbau dan lain-lain. Tasik ini meniru rekabentuk (Tasik Barat) di Hangzhou.Kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998.Asalnya dibina semasa Dinasti Jin (1644-1911) oleh Maharaja Qinlong pada 1749 .
Jambatan yang merintangi tasik ais

2 comments: