Tuesday, December 25, 2012

2008 Olympic Stadium

Saat menonton acara pembukaan temasya sukan terbesar didunia ini yang berlangsung sekitar Ogos 2008, hati terpaut dengan keunikan senireka stadium utamanya. Berinspirasikan objek sarang burung, stadium ini direka dan direalisasikan dengan begitu baik, indah dan tetap sofisikated. 

 

Suasana pagi itu tetap sama, segar, nyaman dan SEJUK! Tak boleh buat apa lagi dah...itulah cuaca negara besar ini. Sempat singgah di kedai cenderahati berhadapan lokasi kompleks sukan Olimpik, masing2 membeli sedikit buah tangan yang rata2 agak murah berbanding tempat lain di Beijing. Agak bertuah bila kami berpeluang bertemu pemilik toko jade & jewellery yang menjadi sponsor besar ketika temasya Olimpik berlangsung 4 thn lepas. Katanya asal dari China tetapi dibesarkan di Hanoi lalu terpaut hati dengan gadis Malaysia, berkahwin dan menetap di Korea. Tetapi yang pasti beliau anti Jepun! Ada kisah nostalgia yang diceritakan kepada kami tetapi tidaklah menarik sangat untuk dikongsi disini. hehe.. Tetapi ada yang lebih menarik bila beliau dengan murah hati memberi ang pow kepada setiap seorg ahli rombongan kami. Isi angpow nya juga sangat istimewa. 
Kedai cenderamata 
berhadapan Olympic Park
Bukan duit seperti kebiasaan tetapi sebiji buah rantai jade yang berharga. Saya bukan peminat jade atau apa saja aksesori, tetapi bila dapat free seperti ini, saya sangat menghargai sehingga tidak terfikir pun untuk menghadiahkan kepada sesiapa..maaf yer. Tetapi untuk orang2 istimewa, saya tetap membeli seutas rantai dan gelang yang diberi 'special offer' kepada rombongan kami.
Setelah puas menghabiskan duit di kedai cenderahati, barulah kami bergerak melintasi jalan raya untuk ke kawasan stadium yang dari jauh lagi menggamit kunjungan kami. 

Saya suka rekabentuk stadium ini. Unik dan moden. Tetapi sayang, rombongan kami tidak dibawa ketika waktu malam kerana saya percaya visualnya pasti lagi menarik jika dirakamkan. 
But it's ok...



Stadium Nasional Beijing juga dikenali sebagai Stadium Nasional atau "Sarang Burung" di Olympic Green di Beijing, China telah disiapkan sepenuhnya pada Mac 2008. Stadium ini menjadi venue utama dalam acara olahraga untuk Sukan Olimpik 2008, juga untuk temasya pembukaan dan penutupan. Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.

The Water Cube..
terletak bersebelahan
Bird Nest Stadium
Pada 2002, Kerajaan secara rasminya menerima pengambilan arkitek bertaraf dunia dalam pertandingan reka bentuk. Pritzker Prize memenangi arkitek Herzog & de Meuron yang bekerjasama dengan ArupSport dan China Architecture Design & Research Group untuk menang dalam pertandingan. Artis Kontemporari China, Ai Weiwei, merupakan Konsultan Artistik bagi reka bentuk. Aktiviti pengorekkan tanah di kawasan projek ini dijalankan pada Disember 2003, dan pembinaan bermula Mac 2004, tetapi ia dihentikan sementara waktu atas sebab kos pembinaan tinggi pada Ogos 2004 dan kemudian disambung kembali. Pada Januari 2008, kecaman mengenai keadaan pekerja ke atas pembinaan ini dilemparkan setelah sekurang-kurangnya 10 pekerja mati ketika dalam pembinaan. Kontroversi juga timbul apabila berlaku tuduhan secara paksaan lalu beberapa residen telah dihalau tetapi pembinaan masih berjalan seperti biasa.

Rekabentuk unik dan moden
Stadium ini boleh menampung muatan sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. Stadium ini mempunya 330 meter panjang dan juga 220 meter lebar, dan 69.2 meter tinggi. Stadium ini menggunakan 258,000 meter persegi bagi lapisan ruang dan 204,000 meter persegi bagi kawasan tanah yang digunakan. Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air. Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 bilion yuan (423 juta USD).

Oleh sebab kos yang melambung tinggi, rancangan untuk membina satu bumbung yang boleh ditarik balik untuk stadium ini telah dibatalkan. Pakar kejuruteraan juga menyokong keputusan ini, dengan alasan stadium akan lebih selamat. Selepas tamat pembinaan, stadium ini akan dilengkapi dengan sistem Solar PV yang disalurkan oleh Suntech Power.




 









 

No comments:

Post a Comment