Tuesday, February 12, 2013

Jom tengok drama !



Memang banyak betul drama2 rantaian yang sedang, telah dan bakal ditayangkan di tv sekarang ni. Naik pening kepala sebab kadang2 tak sempat abis tgk citer ni dah start citer baru.. Apa pun senario ini menunjukkan industri hiburan khususnya drama tv telah mula mendapat perhatian semula. Sebelum ini kita sering dihidangkan drama2 luar yang sebenarnya dari segi kualiti boleh dipertikaikan. Sinetron2 dari Indonesia dan drama2 korea dan filipina at least dapat dikurangkan seterusnya disekat dengan lahirnya drama2 rantaian ini.


Ketika artikel ni ditulis, demam drama bersiri  Setia Hujung Nyawa baru saja berakhir. Sana sini semua bercerita pasal drama ini.  
Tapi saya tak suka sebab pelakonnya berlakon tak best. 
Hehe.. nampak amatur sangat la. 

 

Tapi sampai sekarang saya rasa drama rantaian yang paling meninggalkan kesan kepada saya dan mungkin ramai lagi tentulah drama Nur Kasih. Baik lakonan, jalan cerita,plot, arahan rasanya semua lengkap untuk pakej menghasilkan drama terbaik.




Tapi dalam banyak2 drama yang ditayangkan ketika ini, saya 
suka 3 drama ini. Nak tau drama mana dan sebab apa?
 Jom kita bercerita..



 Yang pertama ...






Ditayangkan di TV3 setiap ahad 9 malam. Kisah Syirah lakonan Nabila Huda yang terpaksa menggadai masa remajanya demi menjaga 3 org anak saudaranya setelah diamanahkan oleh arwah kakaknya yang meninggal dunia disebabkan kanser. Drama ini seronok dan sangat best disebabkan lakonan pelakon2 nya. 
Nabila Huda memang sangat bersahaja baik dari lakonan mahupun wardrobenya. Sentiasa sesuai dengan watak dan tidak kemaruk untuk kelihatan cantik sahaja seperti kebanyakkan 
pelakon2 wanita lain. 



Nabila Huda... watak utama dalam Janji Syirah




Fauzi Nawawi seperti biasa membawa watak stereotype nya sebagai lelaki garang dan bengis namun memang hebat. Zarina Zainoordin yang lebih menyerlah sebagai pelakon walaupun lahir dari AF2 juga outstanding. Kerjaya sebagai penyanyi mungkin tidak memberi rezeki tetapi tidak mengapa kerana dia sangat talented sebagai pelakon. Aeril Zafril pula masih perlu menimba pengalaman kerana dia masih kaku..hehe.. Satu lagi pelakon yang saya suka tapi maaf tak ingat pula namanya, pelakon cilik lelaki yang memegang watak sebagai anak buah Syirah . Kelasss lakonan budak tu.



Yang kedua ...







Drama arahan Raja Ahmad Alauddin yang pernah mengarahkan filem Hati Bukan Kristal, Lurah Dendam dan Qaisy & Laila ini pula sedang ditayangkan di TV9 setiap Isnin 8.30 malam. Kenapa saya suka drama ini? Pertama sebab Nur Fathia dan kedua sebab jalan ceritanya yang menarik. 



Nur Fathia sebagai Nur Jannah.



Nur Fathia selain mempunyai paras jelita beliau juga sangat berbakat. First time tengok lakonannya sebagai Nabila dalam siri drama popular Nur Kasih dulu saya dah agak mesti dia ni akan popular.  
Cantik dan berbakat besar. 
Senang nak pergi jauh. Sebagai Nur Jannah dalam drama ini, seorang isteri
 yang terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga dan
 menerima deraan mental dari suaminya, 
Nur Fathia nampak sangat natural.



Dan yang ketiga ...







Masa tengah tulis artikel ni juga saya sedang menonton drama ini. Cinta Qaseh di TV3. Setiap Selasa 9 malam slot Lestary. Kenapa pula drama ini antara pilihan saya? Huhu..jangan pelik la yer. Saya ikut cerita ini sebab saya suka Taj Mahal. Yup sebab Taj Mahal. Drama ini menjalani pengambaran di Agra, India dengan mengambil latar belakang keindahan Monumen Taj Mahal
Hurm saya masih menyimpan mimpi untuk ke sana. 
InsyaAllah. Hehe...





Pelakon utama Cinta Qaseh.. Wawa Zainal sebagai Qaseh




Pelakon2 dalam drama ini kebanyakkan baru2 semuanya kecuali Adi Putra. Shahz Jazle walaupun dah banyak juga berlakon tetapi setakat ini belum menarik minat saya tetapi heroin drama ini sangat sweet. 
Ya..Wawa Zainal..memang cantik! 
Satu lagi, OST Cinta Qaseh yang dinyanyikan secara duet oleh Mila dan Nubhan juga best. Layan gak lar..








No comments:

Post a Comment