Sunday, February 16, 2014

The Wedding Breaker ~ Arianna Rose



Wah! Akhirnya demam Arianna Rose berakhir juga..
Selepas Nur Kasih, Setia Hujung Nyawa dan Love you Mr Arrogant, sekali lagi TV3 mencetuskan fenomena melalui produk2 nya yg selalu menjadi. Selain Nur Kasih, saya tidak mengikuti Setia Hujung Nyawa mahupun Love you Mr Arrogant.. entahlah kenapa 2 drama ini tidak berjaya menarik minat saya. Tetapi Arianna Rose secara tidak sengaja menggamit hati saya untuk menonton..kenapa? Entah! Oh mungkin juga kerana salah seorang kakak saya yang pernah membaca novel The Wedding Breaker sebelum ini mengesyorkan saya menonton drama ini. Ya novel asal yang menjadi adaptasi drama ini. Arianna Rose adalah watak utama dalam novel tersebut. Kata kakak, novelnya best! Hurm dia memang additted dengan novel2 percintaan ini. 
Biasalah faham je lah!






Setelah saya mengetahui pelakon2 yang menjayakan drama ini, barulah saya kata yes saya nak tonton. Nabila Huda adalah tarikan utama. Walau hanya watak pembantu, tidak mengapa kerana watak utamanya juga adalah pelakon yang saya minat...sebab cantik sangat! Nur Fathia la..

Pelakon lelaki saya tak berapa kisah sangat..haha! Tapi Keith Foo, Arja Lee dan pelakon baru Singapura tu, Hisyam Hamid kira ok lah! Bukan pelakon2 yang saya tak suka. So leh layan lar..

Hari ke hari saya menonton. Bukan tggu depan TV setiap petang ( saya tak boleh buat begitu..) tetapi saya mengikuti melalui portal tonton.com.my. Hurm ceritanya pada saya biasa saja, tidak sehebat Nur Kasih mahupun Cinta Jangan Pergi.. tetapi ada sesuatu yang seperti magnet menarik perhatian saya..

Ok nanti saya bagi tau...




 
Arianna Rose ~ Nur Fathia Latiff

Saya kira semua novelis akan membayangkan watak utama wanita dalam karya mereka adalah gadis secantik Fathia. Tidak sukar untuk meletakkan beliau dalam mana2 watak utama. Fathia hampir sempurna cuma masih perlu kerja keras berlakon dengan semulajadi.. seperti Nabila Huda mungkin! 




Tengku Adam ~ Keith Foo

Bukan pilihan kakak saya. Katanya watak Tengku Adam lebih cocok dengan Arja Lee. No komen! Saya tak baca novel tu, so saya tak tahu kriteria apa yg membuatkan kakak saya memilih Ramzul sebagai Tengku Adam. Namun saya rasa Keith tidak lah teruk sangat cuma kalo dapat pelakon lelaki muslim mungkin lebih memberi kesan untuk adegan2 yang menonjolkan sisi keindahan islam. Keith tidak boleh menuturkan walau sepatah ayat Al Quran pun dalam babak2 tersebut. Yer..kita faham!




Harith ~ Hisyam Hamid

Owh pastinya beliau adalah kegilaan gadis2 diluar sana. Watak Harith sebenarnya lebih disukai dari Tengku Adam. Believe me! He's not bad. Saya jangka Hisyam ni bakal menyinar..





Liyana ~ Nabila Huda

Watak ini terlalu kecil untuk pelakon berbakat besar seperti beliau!


Sebenarnya, terus terang saya kecewa dengan penghabisan kisah Arianna Rose ini. Terlalu simple. Ditambah dengan konflik2 yang ditimbulkan disaat2 akhir cerita seperti kurang menarik. Penyudahannya juga tidak meninggalkan kesan setelah 28 hari menonton rentetan kisah cinta mereka. Apa apa pun...dah abis! Like it or not..mereka dah bahagia..haha.









Owh yer magnet yang menarik saya sepanjang mengikuti drama ini?
Haha...OST nya yang dilantunkan oleh Dayang Nurfaizah. 
 Di Pintu Syurga. 
Sedapnya telinga saya melayan lagu itu.. :P