Setiap hujung minggu, kalo anda bukan jenis kuar malam...saya syorkan anda tune di channel tv9 jam 8.30 untuk saksikan drama terbaru pengarah filem favourite saya Khabir Bhatia berjudul Cinta Jangan Pergi.
Kenapa saya syorkan?
1. Anda yang mengikuti siri drama mega Nur Kasih pasti taknak ketinggalan menyaksikan kembali kolobrasi pengarah, penulis skrip, pelakon utama yang pernah menggegarkan industri drama tv suatu ketika dulu. Kali ini Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kembali bersama dalam drama terbaru keluaran Filmscape ini.
2. Karya Khabir Bhatia sememangnya jarang sekali mengecewakan. Mungkin juga bantuan skrip dan jalan cerita yang kuat oleh Mira Mustapha menyebabkan hasilnya sangat2 menyenangkan. Selain Nur Kasih, saya suka Tiramitsu, filem Setem dan Sepi, mungkin juga ada yang sukakan filem Cinta (saya kurang suka..) dan juga terbaru filem Sembunyi...
semuanya hasil tangan Khabir.
Lagi ... gandingan mereka sememangnya tidak mengecewakan
3. Saya suka drama ini kerana lakon tv yang sangat realistik disamping plot2 yang sangat lancar selain pembentukan watak2 yang dekat dengan kehidupan sebenar kita.
Senang untuk relate.
4. Filem2 dan drama2 yang dihasilkan oleh Filmscape mempunyai 'style' yang tersendiri dari segi sinematografi. Dan sebagai peminat dunia fotografi...saya sangat impress.
Cantik, tersendiri dan original.
Tak sama dengan filem dan drama2 lain yang ada
dalam industri kita.
Lea Surayaoleh Tiz Zaqyah
5. Tiz Zaqyah. Yer kerana dia. Sebab saya suka lakonannya. Sebagai Nur Amina dalam Nur Kasih lagi saya dah nampak kebolehan bakatnya. Walaupun dalam kehidupan realitinya jauh berbeza watak mereka tetapi Tiz sangat hebat merealisasikan Nur Amina. Drama2 lain pun dia tetap best. Natural dan talented. Dalam drama Cinta Jangan Pergi ini Tiz
Baru2 ni dalam talkshow Primadona topiknya pasal lelaki bujang terlajak dan wanita andalusia (andartu ) ... Haih tetiba terasa lak nak mengomel pasal benda yang sama ni. Bukan apa lar, sekadar memberi pendapat..haha.
Rasanya fenomena ni bukanlah sesuatu yang taboo lagi dlm masyarakat kita, ramai sangat lah sekarang orang yang membujang walau usia dah 3 series even 4 series pun ramai.. Persoalannya kenapa? Yer yang tu lah orang asyik sibuk tanya..kenapa? kenapa? kenapa?
Dan jawapan klise or jawapan artis tentulah individu terlibat akan cakap.."tak ada jodoh..nak wat camner?"
dan pandangan orang lain lak
"memilih sangat...nak yang hot2 jer.."
Hah amik kau..
Sebenarnya pada saya kedua2 jawapan dan tuduhan itu sememangnya relevan. Betul la.. Jodoh bukan kita yang tentukan. Semua kerja tuhan. Apa? Kena usaha? Betul... tapi usaha sampai nak mati pun kalau itu bukan jodoh kita..tak beri apa2 makna gak. Dan tuduhan terlalu memilih pulak sememang betul. Apa ingat nak kahwin ni macam pilih seluar kat
kedai kebolehtry2?
Kena pilih. Harus pilih. Wajib!!!
Sebab apa? Sebab sekarang nilai kasih sayang dah
semakin merudum dan kian
hilang, ghaib, lenyap....pupus!!
Ziela Jalil (hos Primadona) siap bagi hadis lagi yang mengatakan sunah nabi meramaikan umat dengan perkahwinan. Ya betul. Sunah dan sunat utk kita berkahwin dan seterusnya meramaikan umat melalui zuriat. Siapa taknak mengikut sunah. Siapa taknak punya zuriat. Semua orang nak. Tapi beri ruang pada mereka untuk mencari pasangan terbaik dan akhirnya melahirkan zuriat/umat yang baik2 juga. Kadangkala tekanan masyarakat dan keluarga (sesetengahnya) menyebabkan ada yang terpaksa akur dan tiada pilihan untuk untuk menentukan pasangan disebabkan keadaan ini. Stress dan situasi sebegini bakal mewujudkan intitusi keluarga yang tidak dingini. Keruntuhan keluarga menyebabkan anak terabai. Anak terabai menjadikan mereka hilang arah. Bila hilang arah dan tiada panduan
mereka jadi hilang pedoman.
Generasi macam ini ke yang kita nak?
Dunia semakin hilang keamanan dan kucar kacir...
Tapi bila diberi peluang lain la pulak...masing2 mula la nak pilih yang setaraf katanya.. Masalahnya taknak cermin dulu kat rumah sebelum kuar. Pastu kat luar mula la tunjuk yang pakai kete besar je, yang taraf jelitawan ... kalau takat biasa2 taknak..hahha.. Tu la susah kan. Orang suruh pilih yang boleh membimbing dan setidak2 nya menjamin
kebahagiaan dunia akhirat tapi tulah..
tak nak cakap apa lah! Hehe..
Namun saya percaya semua ada alasan tersendiri. Mungkin bukan untuk dikongsi. Jadi hormatilah pendirian dan berilah privacy kepada mereka. Tak perlu pandang negatif. Perancangan Allah adalah terbaik. Kalau mereka boleh redha menerimanya kenapa tidak anda...
Nasha Aziz & Hans Isaac .. mereka berdua ada segala2 nya tetapi masih belum berkahwin. Sudah pasti mereka juga punya rahsia dan alasan tersendiri. Hot2 mcm diorg takkan tak de orang nak kan?
Kuar kat TV9 hari Rabu 10 April 2013. Actually saya pun tak tgk tapi ntah mcm mana rasa nak tgk lak masa layari tonton.com.my semalam. Mengisi masa yang terluang katanya..
Setengah jam pertama saya tak concerntrate sangat,
tengok sambil ber whats app.. Tetapi makin lama seolah ada yang menarik perhatian saya untuk terus mengikuti drama ini. Dan hingga akhirnya saya terus melekat dan sangat enjoy
dengan segala galanya dalam citer ini..
Dr Ali memberitahu hasil ujian darah Bani & mengesahkan dia menghidap kanser darah
Bani yang terpaksa menghadapi kenyataan untuk hidup hanya selama 90 hari lagi..
Kisah yang diketengahkan mmg lain. Seorang lelaki berusia 31 tahun, nama Bani (Redza Minhat) yang sering mempermainkan perempuan dengan trick nya berpenyakit kanser untuk meraih simpati dan perhatian dan mungkin juga ada agenda lain. Akhirnya dia benar2 disahkan oleh doktor (yg juga rakan baiknya lakonan Azhan Rani) telah menghidap kanser darah dan hanya ada 90 hari untuk hidup. Bermula dari itu, Bani mula merasakan hidupnya serba tak kena dan pertemuannya dengan Airis (Sharifah Amani) mula membuka hatinya untuk menikmati sisa2 hidup dengan lebih bermakna.
Airis..gadis yang bekerja di Coffe house milik Uncle Hassan
Pertemuan dengan Airis yang membuka hati Bani
Airis membawa Bani ke Cancer Support Centre dan mengenali beberapa orang yg senasib dengannya termasuk pemilik pusat berkenaan Uncle Hassan (Ha'a Murad) dan isterinya yg juga pengidap kanser. Uncle Hassan akhirnya menyedarkan Bani
tentang apa yg pernah dilakukan sebelum ini sehingga dia
bertekad untuk meminta maaf dari semua
perempuan2 yang pernah dikhianatinya.
Sesi luahan jiwa raga di cancer support centre
Bani semakin tertekan menghadapi saat2 akhir hidupnya namun akhirnya dia mendapat tahu bahawa semua ini adalah hanya plan yang dilakukan oleh kawan baiknya iaitu Dr. Ali. Dengan niat ingin memulihkan hubungan Bani dan ayahnya, Dr Ali sengaja membuat plan dengan mengatakan Bani telah menghidap kanser ketika beliau membuat ujian darah ke atas Bani. Ternyata hakikat itu semakin menyukarkan hidup Bani apabila dia terpaksa menerangkan hal tersebut kepada ramai org termasuk Airis yang dia tidak menghidap kanser.
Redza Minhat
Redza Minhat adalah produser eksekutif drama ini dan mungkin sebab itulah dia menjadi pelakon utama. Jika tidak susah nak melihat lakonannya dalam mana2 drama tv atau filem. Namun, saya mula melihat lakonan naturalnya dalam filem Pisau Cukur dan beberapa watak ekstra dalam drama dan filem (pendek) yang lain. Saya suka dan tahu beliau memang good actor. Saya suka jenis orang yg berlakon mcm natural tidak 'terlalu berlakon' atau over acting.. Sama seperti Sharifah Amani yang sememangnya dah diiktiraf antara aktres terbaik negara. Jadi bila dua org figura ini digabungkan, hasilnya tentulah superb. Ya, seperti drama 90 hari ini. Scene2 dalam drama ini sangat best. Antaranya ketika
kedua2 pelakon utama ini bermain tepung dan game
word association kata Airis.
Scene main tepung
Juga scene naik buai ketika Dr Ali membongkarkan rahsianya kepada Bani di taman permainan.
Lawak dan sangat natural untuk scene ni..Congrats!
Scene Bani meluah dan meminta maaf kepada Airis dihadapan beberapa orang juga sangat sweet.
Scene confessing Bani & Airis didepan semua orang..
Tetapi apa yang saya perasan, drama dan scene2 seperti ini banyak dihasilkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Pengarah drama ini ialah Megat Sharizal. Saya tak pasti apakah ini drama arahan pertamanya atau tidak sebab saya memang tak pernah dengar nama ini. Namun saya pasti tak banyak sikit beliau mesti pengangum karya Yasmin. Atau mungkin dia se educated Yasmin Ahmad. Apa pun saya menantikan karya2 Megat lagi selepas ini. Dan ambillah Redza dan Amani untuk apa sahaja watak, saya yakin..again mesti superb. Apa pun congrats to Panel Skrip Playground Production untuk skrip yang sangat best ini. Juga kepada Megat & Redza yang menghasilkan lakon tv yang sempoi dan sangat realistik. Dan tentulah produsernya Playground Production semoga banyak lagi drama2 yang simple tetapi efektif seperti ini.
Kepada sape yang nak menonton drama yang best giler ni,
google la '90 hari' sebab saya pasti ada banyak website yang menyimpan koleksi drama2 tempatan untuk ditonton secara online atau untuk dimuaturun. Kalau sempat tonton sahaja di tonton.com.my sebelum ianya dijual..(anda kena bayar dengan kredit kalau lambat..) Hehe!