Ada tak yg tgk citer ni? Tajuknya 90 hari.
Kuar kat TV9 hari Rabu 10 April 2013. Actually saya pun tak tgk tapi ntah mcm mana rasa nak tgk lak masa layari tonton.com.my semalam. Mengisi masa yang terluang katanya..
Setengah jam pertama saya tak concerntrate sangat,
tengok sambil ber whats app.. Tetapi makin lama seolah ada yang menarik perhatian saya untuk terus mengikuti drama ini. Dan hingga akhirnya saya terus melekat dan sangat enjoy
dengan segala galanya dalam citer ini..
Dr Ali memberitahu hasil ujian darah Bani & mengesahkan dia menghidap kanser darah |
Bani yang terpaksa menghadapi kenyataan untuk hidup hanya selama 90 hari lagi.. |
Kisah yang diketengahkan mmg lain. Seorang lelaki berusia 31 tahun, nama Bani (Redza Minhat) yang sering mempermainkan perempuan dengan trick nya berpenyakit kanser untuk meraih simpati dan perhatian dan mungkin juga ada agenda lain. Akhirnya dia benar2 disahkan oleh doktor (yg juga rakan baiknya lakonan Azhan Rani) telah menghidap kanser darah dan hanya ada 90 hari untuk hidup. Bermula dari itu, Bani mula merasakan hidupnya serba tak kena dan pertemuannya dengan Airis (Sharifah Amani) mula membuka hatinya untuk menikmati sisa2 hidup dengan lebih bermakna.
Airis..gadis yang bekerja di Coffe house milik Uncle Hassan |
Pertemuan dengan Airis yang membuka hati Bani |
Airis membawa Bani ke Cancer Support Centre dan mengenali beberapa orang yg senasib dengannya termasuk pemilik pusat berkenaan Uncle Hassan (Ha'a Murad) dan isterinya yg juga pengidap kanser. Uncle Hassan akhirnya menyedarkan Bani
tentang apa yg pernah dilakukan sebelum ini sehingga dia
bertekad untuk meminta maaf dari semua
perempuan2 yang pernah dikhianatinya.
Sesi luahan jiwa raga di cancer support centre |
Bani semakin tertekan menghadapi saat2 akhir hidupnya namun akhirnya dia mendapat tahu bahawa semua ini adalah hanya plan yang dilakukan oleh kawan baiknya iaitu Dr. Ali. Dengan niat ingin memulihkan hubungan Bani dan ayahnya, Dr Ali sengaja membuat plan dengan mengatakan Bani telah menghidap kanser ketika beliau membuat ujian darah ke atas Bani. Ternyata hakikat itu semakin menyukarkan hidup Bani apabila dia terpaksa menerangkan hal tersebut kepada ramai org termasuk Airis yang dia tidak menghidap kanser.
Redza Minhat |
Redza Minhat adalah produser eksekutif drama ini dan mungkin sebab itulah dia menjadi pelakon utama. Jika tidak susah nak melihat lakonannya dalam mana2 drama tv atau filem. Namun, saya mula melihat lakonan naturalnya dalam filem Pisau Cukur dan beberapa watak ekstra dalam drama dan filem (pendek) yang lain. Saya suka dan tahu beliau memang good actor. Saya suka jenis orang yg berlakon mcm natural tidak 'terlalu berlakon' atau over acting.. Sama seperti Sharifah Amani yang sememangnya dah diiktiraf antara aktres terbaik negara. Jadi bila dua org figura ini digabungkan, hasilnya tentulah superb. Ya, seperti drama 90 hari ini. Scene2 dalam drama ini sangat best. Antaranya ketika
kedua2 pelakon utama ini bermain tepung dan game
word association kata Airis.
Scene main tepung |
Juga scene naik buai ketika Dr Ali membongkarkan rahsianya kepada Bani di taman permainan.
Lawak dan sangat natural untuk scene ni..Congrats! |
Scene Bani meluah dan meminta maaf kepada Airis dihadapan beberapa orang juga sangat sweet.
Scene confessing Bani & Airis didepan semua orang.. |
Tetapi apa yang saya perasan, drama dan scene2 seperti ini banyak dihasilkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Pengarah drama ini ialah Megat Sharizal. Saya tak pasti apakah ini drama arahan pertamanya atau tidak sebab saya memang tak pernah dengar nama ini. Namun saya pasti tak banyak sikit beliau mesti pengangum karya Yasmin. Atau mungkin dia se educated Yasmin Ahmad. Apa pun saya menantikan karya2 Megat lagi selepas ini. Dan ambillah Redza dan Amani untuk apa sahaja watak, saya yakin..again mesti superb. Apa pun congrats to Panel Skrip Playground Production untuk skrip yang sangat best ini. Juga kepada Megat & Redza yang menghasilkan lakon tv yang sempoi dan sangat realistik. Dan tentulah produsernya Playground Production semoga banyak lagi drama2 yang simple tetapi efektif seperti ini.
Kepada sape yang nak menonton drama yang best giler ni,
google la '90 hari' sebab saya pasti ada banyak website yang menyimpan koleksi drama2 tempatan untuk ditonton secara online atau untuk dimuaturun. Kalau sempat tonton sahaja di tonton.com.my sebelum ianya dijual..(anda kena bayar dengan kredit kalau lambat..) Hehe!
* gambar2 dr fb 90 hari
Penilaian saya : **** 1/2
No comments:
Post a Comment