Tuesday, June 18, 2013

Lelaki Paling Kacak?





OTTAWA - Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.
Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.




ish ..ish....sampai gitu sekali yer? 
Sahih atau tidak cerita ini, saya tak pasti. 
Sekadar berkongsi rasa jeles..hahaha..


Mesti anda nak tengok sangat kan wajah lelaki
yang kacak sangat tu sampai kena buang negeri...
huh macam2 lar.. 


Haa...ni lar dia orangnya..





Omar Borkan al-Gala 

 

 

Tepuk dada tanya perasaan...huhu!

 

 

 

 

 

Friday, June 14, 2013

OMG .. Lady drivers !





Teringin nak berada bersebelahan kereta dengan Fazura


Minta maaf yer adik2, akak2, makcik2, datin2, toh puan2 or semua golongan kaum hawa yang terbaca entry kali ni..hehe. 
Confirm ada yang hot!
 
Bukan apa.. terasa lak nak menyentuh mengenai satu 
tabiat rakyat Malaysia yang setiap hari saya perhatikan dan terpaksa menghadapinya. Setiap pagi pegi keje, petang balik keje, senario ini tetap sama. It's true! Bukan rekaan atau ada agenda tersembunyi.. hehe. Serius. Bengang gak la ngan para
 pemandu wanita kita ni. U all kalo drive kemain lagi ek?? 
Mentang2 la u all bayar roadtax & licence gak..jalanraya tu 
macam u all yang punya kan?? hehehe....Gggrrr..


Ok jom kita selidik sikit apa yang membuatkan kitorang bengang ngan para ladies driver ni.. :)


1. Kalau dapat hon kat diorg kemain lagi...pantang sikit pon pon pon..sakit gegendang telinga ni taw! Pastu bila kita pandang buat muka tak bersalah, pastu cakap nak ngorat padahal kitorg pelik apsal tekan hon? Nampak sangat nak perhatian...hahaha. Tolong lah..takyah la kerek sangat sis.. 
hon time2 perlu je la ek..!

2. Pastu susah no nak queue. Asyik nak memotong je kejenya. Ntah nak gi mana xsabo2.. Pagi2 semua nak gi keje..semua ada hal penting kalo tak...tak kuasa nak bangun awal2..tul x bro? Hehe.. Come on la kakak.. sabar la sikit jangan nak memotong queue jer. Tak kira asal ada peluang..kita ni terpaksa la beralah. Yer lah mana tau kakak2 kita ni nak beranak ke kan..xpun make up diorg dah nak cair ... tp kena fhm lelaki pun punctual gak..banyak gak hal2 penting cari rezeki. Untuk anak2 kakak gak.. huhu

3. Signal lak xtau la samada diorg ni pandai guna ke tak. Sebab susah sgt nak bagi signal kalo nak memotong or masuk simpang. Tu belum kira bagi signal kiri tapi masuk kanan..hehe. Sabo jer ler.

4. Ada yang over confident, selamba jer drive sambil layan facebook. Pastu gelabah bila kena hon! Muka marah padam je. Baru diorg tahu rasanya kena hon ..haha!

5. Hasil siasatan terperinci... melalui kawan2 dan teman2 facebook kami sepakat mengatakan Chinese Ladies Driver adalah yang paling 'mencabar keimanan' kami di jalan raya. Hahaha..
sorry yer amoi. Suara majoriti nih!



What ever it is, semua yang saya tulis hanya untuk suka suka dan gurauan walaupun fakta fakta nya adalah benar. Hehe..kata orang yang baik jadikan teladan 
yang buruk usahlah diteladani..

Pompuan ke laki ke..sama je kan. Cuma kalau kat jalan raya 
ni laki ok sikit la. Haha..ok2. Jumpa lagi di lain entry..
jangan mara haaa..



Thursday, June 13, 2013

ANUGERAH SYOK 2013 ! Super Duper Malaysia Best Actress




Alamak..lama la plak tak update blog nie...nanti ada 
plak follower setia yang sentap..( ada ker? )
Masalahnya tak tau la nak buat entry apa. Saya langsung tak kuor mana2 pun. Gi keje pastu balik terperap je kat umah
Macam mana nak ada input utk tulis kan? 
Erm.. Takpe2..jap perah otak jap.
Ok..kali ini aku nak buat anugerah...Anugerah apa? Ada lar! Haaa..nak tau jom follow...

Rasanya anugerah ini tak pernah lagi ada kat mana2. 
Baik stesen TV or paper. Maknanya saya sedang mencipta sejarah. 
Haha..( declare sendiri jew.. ) 
Namun semua ni hanya suka2 atau lebih tepat lagi 
syok sendiri je ok. So saya namakan 
Anugerah Syok 2013 ! 
Kerlass kaw !
Based on my own observation and penjurian ok.

Ok..Utk first entry ni sy senaraikan 
calon2 utk kategori pertama..



SUPER DUPER 
MALAYSIAN BEST ACTRESS


Calon pertama .. 




IDA NERINA

Filem pertama Ida Nerina setahu saya adalah Selubung bersama Deanna Yusoff dan M. Nasir. Bermula filem itu lagi lakonannya diperkatakan. Seterusnya Ida tampil dalam beberapa filem yang kebanyakkannya diarahkan oleh Shuhaimi Baba. Namun saya kira kemuncak kegemilangan Ida Nerina adalah ketika memenangi anugerah Aktres Terbaik FFM melalui filem Layar Lara dan melalui drama Anak Angkat di Anugerah Skrin yang pertama. Ida Nerina mampu melakonkan apa saja watak dengan baik dan realistik. Tengok saja watak2 yang pernah dilakonkan antaranya watak orang gaji Indonesia dalam drama Ratu Jamu, wanita kampung yang bertutur loghat Kelantan dalam filem Wayang, isteri malang dalam Anak Angkat, watak antogonis dalam filem Anak dan filem Gerak Khas The Movie dan banyak lagi karakter yang dibawanya tidak pernah mengecewakan penonton drama dan filem tempatan. So selayaknya saya pilih dia antara 5 calon untuk kategori ini. 



Calon kedua ..




ELLIE SURIATI


Seorang lagi aktres yang memang komited dengan apa 
saja watak. Saya pasti ramai yang setuju. Baik watak perempuan malang, baik, jahat semua ditangani dengan cemerlang. Yang pasti Ellie Suriati juga tidak kekok membawa watak komedi. 
Malah 'Pah Bedah' sehingga kini melekat dan menjadi 
milik abadi beliau. Cuma kadang2 saya kurang suka melihatnya membawa watak antogonis. Terlalu jahat la pulak..haha. 
Takut den menontonnya. 
Selepas Spinning Gasing yang menjadi filem pertama, 
Embun dan Soalnya Siapa, nama Ellie seakan sepi dilayar perak namun tetap gah di kaca tv bilamana kemunculan kadang kalanya itu sentiasa meninggalkan kesan dengan lakonan mantap 
beliau untuk setiap drama yang dibintangi.




Calon ketiga ...


AZEAN IRDAWATY




Saya tak pernah frust kalo menonton lakonannya! Azean Irdawaty pada saya antara pelakon wanita yang hampir sempurna dilahirkan oleh industri hiburan Malaysia. Saya tahu beliau sudah lama berkecimpung dalam seni sejak tahun 1970an lagi. Tetapi saya tidak mengikuti perjalanan awal seninya. Malah filem2 awal yang dilakonkan juga tak semua saya tengok. Tetapi drama2 TV dan filem2 keluaran 90an memang saya tak ketinggalan. Bagi saja watak apa. Sedih, jahat, malang even komedi sekali pun memang dia superb. Yang paling saya wonder, Azean adalah satu satunya pelakon yang boleh membezakan gaya lakonan mengikut watak. Maksudnya sukar untuk kita lihat dia membawa gaya lakonan yang sama dalam drama2 atau filem2 sebelumnya walaupun membawa karekter yang sama. Ya! itu pendapat saya. Azean adalah pemenang pertama anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM1 dan sekali lagi untuk FFM3 melalui filem 'Esok Masih Ada' dan 'Langit Petang'. Beliau juga banyak kali dalam anugerah2 drama TV. Antara lakonannya yang masih saya kenang dan terkesan adalah watak Ribut dalam 'Perjanjian Syaitan', Aunty Zai dalam 'Layar Lara', Puan Julia dalam 'Pengantin Popular', Aisah dalam 'Aisah Lima Puluh Sen' dan banyak lagi.





Calon keempat...



 
FAUZIAH DATO' AHMAD DAUD




Bermulut laser dan over acting ! Itulah antara gelaran yang pernah diberikan kepada artis serba boleh yang satu ini. 
Fauziah Dato' Ahmad Daud adalah multi talented person yang cukup istimewa dalam industri seni hiburan Malaysia. Bermula sebagai penyanyi, darah seni yang mengalir
 dalam dirinya tidak disia siakan setelah mengikut jejak ayahnya namun ternyata beliau juga hebat sebagai pelakon hasil dorongan dan bakat yang diasuh ibunya Seniwati Saadiah. 
Sebut saja apa yang belum pernah dicubanya, penyanyi, pelakon, pengacara, juri malah pernah juga menjadi mentor kepada artis baru melalui satu rancangan realiti tv. Dari segi lakonan biarpun saya rasa kadang2 memang ada over acting yang sering perkatakan, namun Fauziah atau Ogy jarang mengecewakan. 
Saya lebih gemar menonton lakonan komedinya seperti dalam Lontong dan Pengantin Popular. Begitu juga ketika beliau menggalas tugas sebagai pengacara Melodi serta Juara Lagu. Happening! Bukan calang2 orang yang mampu 
melakukannya. Saya juga masih terbayang lakonan hebat dan bersahajanya melalui filem Ali Setan, Puteri, Suara Kekasih, Bintang Malam dan drama2 tv seperti Tiga Duri Di Hati Bonda, Suara Saleha dan beberapa lagi.








Dan pilihan saya untuk kategori ini adalah...










Inilah dia PRIMADONA MALAYSIA !
Pilihan saya AZEAN IRDAWATY




Untuk kategori2 lain...tunggu next entry ok !