Thursday, June 13, 2013

ANUGERAH SYOK 2013 ! Super Duper Malaysia Best Actress




Alamak..lama la plak tak update blog nie...nanti ada 
plak follower setia yang sentap..( ada ker? )
Masalahnya tak tau la nak buat entry apa. Saya langsung tak kuor mana2 pun. Gi keje pastu balik terperap je kat umah
Macam mana nak ada input utk tulis kan? 
Erm.. Takpe2..jap perah otak jap.
Ok..kali ini aku nak buat anugerah...Anugerah apa? Ada lar! Haaa..nak tau jom follow...

Rasanya anugerah ini tak pernah lagi ada kat mana2. 
Baik stesen TV or paper. Maknanya saya sedang mencipta sejarah. 
Haha..( declare sendiri jew.. ) 
Namun semua ni hanya suka2 atau lebih tepat lagi 
syok sendiri je ok. So saya namakan 
Anugerah Syok 2013 ! 
Kerlass kaw !
Based on my own observation and penjurian ok.

Ok..Utk first entry ni sy senaraikan 
calon2 utk kategori pertama..



SUPER DUPER 
MALAYSIAN BEST ACTRESS


Calon pertama .. 




IDA NERINA

Filem pertama Ida Nerina setahu saya adalah Selubung bersama Deanna Yusoff dan M. Nasir. Bermula filem itu lagi lakonannya diperkatakan. Seterusnya Ida tampil dalam beberapa filem yang kebanyakkannya diarahkan oleh Shuhaimi Baba. Namun saya kira kemuncak kegemilangan Ida Nerina adalah ketika memenangi anugerah Aktres Terbaik FFM melalui filem Layar Lara dan melalui drama Anak Angkat di Anugerah Skrin yang pertama. Ida Nerina mampu melakonkan apa saja watak dengan baik dan realistik. Tengok saja watak2 yang pernah dilakonkan antaranya watak orang gaji Indonesia dalam drama Ratu Jamu, wanita kampung yang bertutur loghat Kelantan dalam filem Wayang, isteri malang dalam Anak Angkat, watak antogonis dalam filem Anak dan filem Gerak Khas The Movie dan banyak lagi karakter yang dibawanya tidak pernah mengecewakan penonton drama dan filem tempatan. So selayaknya saya pilih dia antara 5 calon untuk kategori ini. 



Calon kedua ..




ELLIE SURIATI


Seorang lagi aktres yang memang komited dengan apa 
saja watak. Saya pasti ramai yang setuju. Baik watak perempuan malang, baik, jahat semua ditangani dengan cemerlang. Yang pasti Ellie Suriati juga tidak kekok membawa watak komedi. 
Malah 'Pah Bedah' sehingga kini melekat dan menjadi 
milik abadi beliau. Cuma kadang2 saya kurang suka melihatnya membawa watak antogonis. Terlalu jahat la pulak..haha. 
Takut den menontonnya. 
Selepas Spinning Gasing yang menjadi filem pertama, 
Embun dan Soalnya Siapa, nama Ellie seakan sepi dilayar perak namun tetap gah di kaca tv bilamana kemunculan kadang kalanya itu sentiasa meninggalkan kesan dengan lakonan mantap 
beliau untuk setiap drama yang dibintangi.




Calon ketiga ...


AZEAN IRDAWATY




Saya tak pernah frust kalo menonton lakonannya! Azean Irdawaty pada saya antara pelakon wanita yang hampir sempurna dilahirkan oleh industri hiburan Malaysia. Saya tahu beliau sudah lama berkecimpung dalam seni sejak tahun 1970an lagi. Tetapi saya tidak mengikuti perjalanan awal seninya. Malah filem2 awal yang dilakonkan juga tak semua saya tengok. Tetapi drama2 TV dan filem2 keluaran 90an memang saya tak ketinggalan. Bagi saja watak apa. Sedih, jahat, malang even komedi sekali pun memang dia superb. Yang paling saya wonder, Azean adalah satu satunya pelakon yang boleh membezakan gaya lakonan mengikut watak. Maksudnya sukar untuk kita lihat dia membawa gaya lakonan yang sama dalam drama2 atau filem2 sebelumnya walaupun membawa karekter yang sama. Ya! itu pendapat saya. Azean adalah pemenang pertama anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM1 dan sekali lagi untuk FFM3 melalui filem 'Esok Masih Ada' dan 'Langit Petang'. Beliau juga banyak kali dalam anugerah2 drama TV. Antara lakonannya yang masih saya kenang dan terkesan adalah watak Ribut dalam 'Perjanjian Syaitan', Aunty Zai dalam 'Layar Lara', Puan Julia dalam 'Pengantin Popular', Aisah dalam 'Aisah Lima Puluh Sen' dan banyak lagi.





Calon keempat...



 
FAUZIAH DATO' AHMAD DAUD




Bermulut laser dan over acting ! Itulah antara gelaran yang pernah diberikan kepada artis serba boleh yang satu ini. 
Fauziah Dato' Ahmad Daud adalah multi talented person yang cukup istimewa dalam industri seni hiburan Malaysia. Bermula sebagai penyanyi, darah seni yang mengalir
 dalam dirinya tidak disia siakan setelah mengikut jejak ayahnya namun ternyata beliau juga hebat sebagai pelakon hasil dorongan dan bakat yang diasuh ibunya Seniwati Saadiah. 
Sebut saja apa yang belum pernah dicubanya, penyanyi, pelakon, pengacara, juri malah pernah juga menjadi mentor kepada artis baru melalui satu rancangan realiti tv. Dari segi lakonan biarpun saya rasa kadang2 memang ada over acting yang sering perkatakan, namun Fauziah atau Ogy jarang mengecewakan. 
Saya lebih gemar menonton lakonan komedinya seperti dalam Lontong dan Pengantin Popular. Begitu juga ketika beliau menggalas tugas sebagai pengacara Melodi serta Juara Lagu. Happening! Bukan calang2 orang yang mampu 
melakukannya. Saya juga masih terbayang lakonan hebat dan bersahajanya melalui filem Ali Setan, Puteri, Suara Kekasih, Bintang Malam dan drama2 tv seperti Tiga Duri Di Hati Bonda, Suara Saleha dan beberapa lagi.








Dan pilihan saya untuk kategori ini adalah...










Inilah dia PRIMADONA MALAYSIA !
Pilihan saya AZEAN IRDAWATY




Untuk kategori2 lain...tunggu next entry ok !







No comments:

Post a Comment