Monday, April 14, 2014

Travelog ala bagpacker di Perak part ~ 3



Hari Ketiga..
17hb Mac 2014


Sesudah puas menghabiskan masa yang berbaki di Teluk Intan dengan mengabadikan gambar2 di Menara Condong yang menjadi target utama saya di Perak ini, rasanya tidak ada apa lagi yang ingin saya lihat disini. Semuanya sudah. Masuk dalam menara pun sudah. Memang tiada apa pun yang menarik di dalamnya. Tambah lagi keadaannya yang terlalu panas menyebabkan tiada siapa yang akan berada lama2 di dalam menara ini.


Kami menuju ke stesen bas Teluk Intan untuk ke Lumut dan meneruskan ke destinasi tidak dirancang iaitu Pulau Pangkor.

Mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan, kami tiba di stesen bas lumut dan berhadapan dengannya adalah jeti ke Pulau Pangkor. Memang terlalu banyak perubahan berbanding kali pertama saya ke sini 10 tahun lalu. Haha..tentulah berubah kan. 10 tahun tu.. bukan setahun dua.



Sepuluh tahun lalu masih tiada jeti segah ini. 
Sekali pandang seperti Jeti Kuah di Langkawi.

Permandangan indah kampung nelayan sepanjang perjalanan 
dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor. Saya sangat suka permandangan ini. 
Nampak sangat original.

Kehidupan sebagai nelayan...


Tak banyak beza pada saya keadaan di Pulau Pangkor. Masih terpahat memori lama dan terbayang bayang lagi memandangkan persekitaran yang masih kekal dan memudahkan ingatan kembali refresh.
Saya stay dikawasan yang sama. Iaitu di Teluk Nipah.



Suasana pagi hari di Pantai Teluk Nipah

Selain ketakutan menunggang motosikal yang disewa (kondisi yang tidak berapa sempurna..) memandangkan cuaca ketika itu adalah hujan sepanjang hari ditambah keadaan muka buminya yang agak berbukit, saya kira tidak banyak yang boleh dikongsi. Hanya sedikit gambar2 yang boleh menjadi tatapan disini.



Petang di Pulau Pangkor..selepas hujan, so takde sunset :'(

Yang ni waktu pagi..byknya kapal2 dtg dari mana erk?

 
Batu batuan yang terus setia menemani pantai di Pulau Pangkor..



Semoga bertemu lagi..
Pangkor Island.

Monday, April 07, 2014

Travelog ala bagpacker di Perak ~ Part 2



Hari kedua...
16hb Mac 2014

Now, kitorang dah kat Teluk Intan. Salah satu daerah saya kira popular juga lah di Perak. Kenapa kami disini?
Sebenarnya, antara tempat yang paling2 sangat saya nak pergi dan berfotografi adalah di daerah Teluk Intan la letaknya. Ahh! pasti ramai yang boleh teka. Ya benar, Menara Condong.

Masa first smpi Teluk Intan ( kami ambil bas dari Ipoh jam 5.30pm ) saya agak terkejut bila ternampak menara ni. Tau kenapa? Masa tu jam dalam pukul 7.40pm. Saya tengok dari dalam teksi keadaan menara tersebut sangat tak menarik! Haha..teruk. Ketika itu tiada lampu2 yg di pasang. Tidak seperti gambar yang saya tengok sebelum ini. Kata pemandu teksi, kemungkinan black out! Oh please...saya tak harap begitu. Akan jadi sia2 kunjungan saya sekiranya mlm nanti menara tersebut tidak dihiasi lampu berwarna warni. Dalam hati saya berdoa, agar telahan pemandu teksi itu tidak benar sama sekali.

Malam tu kami keluar mencari makan setelah seharian berlapar. Memang lapar. Makan pun ikut sempat jer. Nasib baik ada pasar malam. Ada juga pilihan untuk makan malam. Sedang asyik memerhati penjual dan pengunjung pasar malam, mata terpaku pada satu bangunan dihadapan. Indah dihiasi lampu yang sangat eksotik! Yes...mmg salah telahan pemandu teksi tadi. Menara Condong kini dihadapan kami dengan satu penampilan yang sangat2 berbeza dibandingkan waktu siang td. Wow..cantiknya. Tak sabar saya nak snap2 camera saya. Apapun, kitorg isi perut dulu....


Pandangan yang memukau mata saya tatkala pertama kali terpandang bangunan ini.


Apa lagi lepas nampak je Menara Condong yg disinari pelbagai warna cahaya lampu, terasa keterujaan saya semakin tidak dapat ditahan2. Selesai dinner teruslah mengerjakan camera DSLR saya. Ada tempat lepak ala2 dataran di sekitar kawasan Menara Condong ini. Malangnya tidak diusahakan dengan lebih baik sedangkan saya lihat ramai yang bersantai bersama keluarga dan teman2. Jika dibangunkan betul2 pasti lebih meriah dan outstanding.





Cantik sangat bila lampu2 tu bertukar. Nampak mcm bangunan 
moden sangat sedangkan ianya dah berusia puluhan tahun.

Kesibukan lalu lintas agak menganggu keindahan menara ini. 
Mungkin lebih baik sekiranya pihak tertentu membuat sesuatu agar mercu tanda 
bandar Teluk Intan ini menjadi lebih ekslusif sebagai daya tarikan pelancong.

Lebih dekat. Lebih indah. So nice kan?!

Esoknya kami pergi lagi ke lokasi Menara Condong dengan niat untuk mengabadikan gambar menara ini di waktu siang. Walau agak gusar sebab semalam bila tengok ianya tanpa lampu2 yg cantik, keadaannya sangat tidak impresif! Haha..

Tapi tak mengapa sebab tujuan ke Teluk Intan ini pun tiada lain selain untuk berfotografi di sini. So gunakan lah kesempatan yang ada. Dan hasilnya saya kira 'not bad'. Masih punya karisma dan tarikannya yang tersendiri di siang hari.


Menara Condong Teluk Intan di siang hari.

Jika diperhatikan betul2 keadaan menara ini, ianya tidak secondong mana.
 Tapi masih ketara la kecondongannya tu.

Berada di dalam Menara Condong ini membuatkan peluh menitik dengan laju...hehe. 
Panas di dalamnya. Tiada penghawa dingin. Apalagi bila pelawat mula memenuhi 
ruang di dalam menara yang sempit itu, saya tak boleh lama. 
Bimbang migrain menyerang...arghhh!

Keadaan di koridor yang boleh dikatakan 100 peratus diperbuat 
daripada kayu yang cukup kuat. Ini loceng yang saya sendiri tak pasti lak 
digunakan untuk apa. Tak sempat nak baca2 info yg ada sebab takleh lama2..too hot! Hehe

Diiktiraf dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara.


Selepas lebih kurang setengah jam, kami pun terus menuju ke stesen bas untuk ke destinasi seterusnya di Perak ini. Ikutkan plan saya dah abis dah sebab ada 2 tempat je di Perak yang saya nak pergi. Kedua2 nya dah pun sampai. Kellie's Castle dan Menara Condong ni. Tetapi teman saya mengusul rancangan ke Pangkor. Tak pernah ke sana katanya. Alang2 kami sudah dekat. Saya walaupun keberatan ( sebab dah pernah pergi...) tapi memandang cuti masih berbaki sehari...kira on jer la..

Ok nanti kite cerita kisah di Pulau Pangkor di bahagian terakhir Travelog ala bagpacker di Perak ok !





Impian kedua saya di Perak juga telah tercapai! Yeah2...