Hari kedua...
16hb Mac 2014
Now, kitorang dah kat Teluk Intan. Salah satu daerah saya kira popular juga lah di Perak. Kenapa kami disini?
Sebenarnya, antara tempat yang paling2 sangat saya nak pergi dan berfotografi adalah di daerah Teluk Intan la letaknya. Ahh! pasti ramai yang boleh teka. Ya benar, Menara Condong.
Masa first smpi Teluk Intan ( kami ambil bas dari Ipoh jam 5.30pm ) saya agak terkejut bila ternampak menara ni. Tau kenapa? Masa tu jam dalam pukul 7.40pm. Saya tengok dari dalam teksi keadaan menara tersebut sangat tak menarik! Haha..teruk. Ketika itu tiada lampu2 yg di pasang. Tidak seperti gambar yang saya tengok sebelum ini. Kata pemandu teksi, kemungkinan black out! Oh please...saya tak harap begitu. Akan jadi sia2 kunjungan saya sekiranya mlm nanti menara tersebut tidak dihiasi lampu berwarna warni. Dalam hati saya berdoa, agar telahan pemandu teksi itu tidak benar sama sekali.
Malam tu kami keluar mencari makan setelah seharian berlapar. Memang lapar. Makan pun ikut sempat jer. Nasib baik ada pasar malam. Ada juga pilihan untuk makan malam. Sedang asyik memerhati penjual dan pengunjung pasar malam, mata terpaku pada satu bangunan dihadapan. Indah dihiasi lampu yang sangat eksotik! Yes...mmg salah telahan pemandu teksi tadi. Menara Condong kini dihadapan kami dengan satu penampilan yang sangat2 berbeza dibandingkan waktu siang td. Wow..cantiknya. Tak sabar saya nak snap2 camera saya. Apapun, kitorg isi perut dulu....
Pandangan yang memukau mata saya tatkala pertama kali terpandang bangunan ini. |
Apa lagi lepas nampak je Menara Condong yg disinari pelbagai warna cahaya lampu, terasa keterujaan saya semakin tidak dapat ditahan2. Selesai dinner teruslah mengerjakan camera DSLR saya. Ada tempat lepak ala2 dataran di sekitar kawasan Menara Condong ini. Malangnya tidak diusahakan dengan lebih baik sedangkan saya lihat ramai yang bersantai bersama keluarga dan teman2. Jika dibangunkan betul2 pasti lebih meriah dan outstanding.
Cantik sangat bila lampu2 tu bertukar. Nampak mcm bangunan moden sangat sedangkan ianya dah berusia puluhan tahun. |
Lebih dekat. Lebih indah. So nice kan?! |
Esoknya kami pergi lagi ke lokasi Menara Condong dengan niat untuk mengabadikan gambar menara ini di waktu siang. Walau agak gusar sebab semalam bila tengok ianya tanpa lampu2 yg cantik, keadaannya sangat tidak impresif! Haha..
Tapi tak mengapa sebab tujuan ke Teluk Intan ini pun tiada lain selain untuk berfotografi di sini. So gunakan lah kesempatan yang ada. Dan hasilnya saya kira 'not bad'. Masih punya karisma dan tarikannya yang tersendiri di siang hari.
Menara Condong Teluk Intan di siang hari. |
Jika diperhatikan betul2 keadaan menara ini, ianya tidak secondong mana. Tapi masih ketara la kecondongannya tu. |
Diiktiraf dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara. |
Selepas lebih kurang setengah jam, kami pun terus menuju ke stesen bas untuk ke destinasi seterusnya di Perak ini. Ikutkan plan saya dah abis dah sebab ada 2 tempat je di Perak yang saya nak pergi. Kedua2 nya dah pun sampai. Kellie's Castle dan Menara Condong ni. Tetapi teman saya mengusul rancangan ke Pangkor. Tak pernah ke sana katanya. Alang2 kami sudah dekat. Saya walaupun keberatan ( sebab dah pernah pergi...) tapi memandang cuti masih berbaki sehari...kira on jer la..
Ok nanti kite cerita kisah di Pulau Pangkor di bahagian terakhir Travelog ala bagpacker di Perak ok !
Impian kedua saya di Perak juga telah tercapai! Yeah2... |
No comments:
Post a Comment