Tuesday, January 07, 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 ~ Seceria Luna Maya





Saya tahu ramai yang suka program ini. Bersiaran setiap jumaat 10 malam di Astro Warna, sememangnya mempunyai pengikut yg ramai. Katanya rating sudah mencecah 1 juta penonton. Tambahan lagi pernah dianugerahkan sebagai rancangan realiti terbaik ASK baru2 ni, menunjukkan program ini bukan sebarangan rancangan lawak. Hakikatnya setelah 3 musim, saya sendiri adalah peminat Maharaja Lawak Mega (MLM) walaupun bukan dapat mengikutinya setiap minggu. Tapi apa masalah, nama pun Astro, ulangannya sampai jemu! Hehe.. takpe2 lagi bagus 
dari xde ulangan kan?!






Walaupun untuk musim sebelum ni saya hanya menonton dan tak terfikir pun nak mengomen tetapi untuk musim ini ada sesuatu yang mencuit hati saya untuk menulis tentangnya. Apa dia? 
Baca la sampai abis beb..come on ar..
  






Dato AC Mizal sebagai hos tiada masalah. Beliau memang konsisten pada saya. Yang bestnya tengok AC ni dia boleh terus in character bila nak masuk time masa abis. Mesti menambahkan kelakar setiap kali beliau nak menyudahkan sesuatu segmen peserta. So rasanya tak perlu nak cari replacement. Lebih cocok AC dengan MLM dari AF dulu. Keep on it !






Peserta favourite saya pulak selama 3 musim tetap lah Boboi. Hehe..saya peminat Afdlin Shauki sebenarnya. Lawak beliau biasanya saya boleh terima berbanding orang lain. Tapi memang untuk musim terbaru ini Boboi agak menurun prestasi. Saya rasa diorg macam plan jer. Dah bosan kot. Yelah sometime melawak ni bukan boleh dipaksa2 bila dah rasa jemu, idea kering mesti semuanya tak menjadi. Sehinggalah mereka pernah meminta untuk disingkirkan. Sesuatu yang belum pernah berlaku.






Peserta lain yang saya tunggu2 lawak mereka seperti Sepahtu, Nabil, kadang2 SYJ & Say Who juga ok. Tu je lah. Yang lain2 tu adalah waktu saya untuk ke toilet atau ke dapur minum air. Huhu..sorry. Dah memang betul saya tak minat. Lebih2 lagi Jambu! Alamak...xleh terima lah lawak mereka..






Yang paling menarik perhatian saya MLM musim terbaru ini, dan boleh dikatakan yang memberi saya rasa untuk menulis tentangnya adalah kehadiran aktres cantik jelita Luna Maya sebagai salah seorang juri tetap. Keletahnya yang sangat happening dan sporting seakan menambah warna kepada MLM. Kelakar dan comel. Suka dengar dia memberi komen dan bergurau. Lupakan kontroversi beliau dulu2 kerana Luna memang berbakat dan sangat cocok menjadi juri.  



Juri jelita Maharaja Lawak Mega 2013