Friday, March 15, 2013

Temerloh, Pahang Darul Makmur





 Titik tengah Semenanjung
Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2012/01/22



  • ok di Darul Ulum.
PERNAHKAH anda terfikir di manakah kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia serta apakah kepentingannya kepada negara dan penduduk setempat? Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah.
         JUPEM menggunakan tiga kaedah untuk menentukan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung, pengiraan jisim dan kaedah matematik.Mengikut kaedah pengukuran rupa bentuk muka bumi, JUPEM melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan.
             Pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh. Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh, ia bagai sokongan kuat membuktikan lokasi ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.
            Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur. Sehubungan itu, daerah Temerloh yang sebelum ini popular sebagai `bandar ikan patin' juga bakal dikenali sebagai bandar `titik tengah Semenanjung Malaysia' serta dapat membawa banyak manfaat kepada penduduk tempatan.

       Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong. Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum.Titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini.






Itulah antara petikan artikel yang pernah disiarkan 
dalam akhbar Berita Harian beberapa bulan lalu. 
Tentu ada yang baru tahu kan? Pada yang dah tahu tentu 
sudah memasang niat untuk melawat bandar 
yang diistiharkan berada betul2 
di pertengahan Semenanjung Malaysia ini. 
Apa kata saya bawa anda kesana sekarang. Jom..


 
Untuk ke sana ...







Pada yang ingin menggunakan public transportation boleh lah ke Stesen Bas Pekeliling di Jalan Pahang dan mendapatkan tiket berharga RM11.30 untuk ke Temerloh. Perjalanan biasanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk sampai. Jangan bimbang sebab bas ekspress untuk kesana banyak dan senang dapat tiket. Setiap satu jam pasti ada yang akan bergerak menuju ke Temerloh.
Perjalanan ke bandar ini akan melalui dua lebuhraya 
yang sangat indah permandangannya.








Sepanjang menyusuri Lebuhraya Karak mata akan 
disajikan dengan permandangan indah dan segar  
Banjaran Titiwangsa.

Namun kepada yang memandu sendiri, diingatkan sentiasa berhati2 kerana Lebuhraya Karak khususnya agak merbahaya dengan selekoh dan keadaan jalannya. Kala malam bulan mengambang dinasihatkan bertolak esok pagi saja la yer...hehe!


Setelah melalui Tol Karak, anda pasti akan menganggumi keunggulan teknologi dan prasarana sepanjang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan 3 negeri iaitu sehingga Terengganu dan Kelantan. 



Bandar Mentakab yang terletak tidak jauh dari bandar Temerloh

Deretan kedai dilihat semakin membanjiri bandar Temerloh

Terminal Bas Utama yang menghubung Temerloh dengan 
bandar2 utama seluruh Malaysia



Antara tarikan para pengunjung ...







Sememangnya sebelum ini, inilah tarikan utama mereka yang mengunjungi bandar Temerloh. Para penggemar ikan air tawar 
ini akan datang dan memenuhi keinginan mereka merasai 
kenikmatan Ikan Patin Masak Tempoyak yang begitu popular. Namun jangan sampai tertipu kerana para peniaga mudah 
mengambil kesempatan mengenakan harga yang tidak munasabah. 
Ramai yang komplen mengenainya...hehe.
 




Taman Kenangan yang terletak di tengah2 bandar Temerloh


Bandar Temerloh juga terletak di muara Sungai Pahang yang merupakan sungai terbesar di Semenanjung Malaysia. Taman Esplanade yang dibina ditebing Sg. Pahang juga sangat menggamit perhatian pengunjung ke bandar ini.






Menikmati keindahan Sg. Pahang melalui jambatan gantung di Taman Esplanade


Tempat Shopping? Ada gak..





Pekan Sehari... Diadakan setiap pagi Ahad di sepanjang tebing sungai



Tempat makan ...


Bagi penggemar ikan Patin, disinilah antara restoran yang berada betul2 
di tebing sungai menyediakan hidangan popular ikan patin masak tempoyak.


Bagi yang remaja dan bercitarasa 'antarabangsa' restoran fastfood seperti
 Pizza Hut, KFC dan terbaru Mc Donalds juga ada tengah2 bandar Temerloh.

Dan ini...tentu ramai yang tak tahu apa ini? Hehe..Ini dia kuih tradisional yang 
hanya boleh didapati di Temerloh yang menjadi favourite saya 'The Badaks Berendam'
Sedap pepaleh weh!



Tasik? Nak tasik? Ada...jom gi lepak tasik.





Tasik Bandar Temerloh menyediakan trek berjongging, taman permainan kanak2, 
port untuk scaters2, bot2 untuk mengelilingi tasik selain pondok2 untuk riadah seisi keluarga.
 

Ada cerita tersendiri disini....


Mahkamah ini pernah popular suatu ketika dulu bila ia menjadi medan pengadilan
 bagi kes berprofil tinggi yang pernah menggemparkan negara iaitu kes Mona Fandey

Selain jalan, nama Penghibur No 1 Asia ini juga sebenarkan diabadikan 
sebagai nama bandar baru di sekitar Terminal Bas dan deretan kedai. 
Bandar Sudirman, sempena nama anak jati kelahiran Kg. Cengal, Temerloh.
Seorang lagi anak kelahiran Pahang yang menghiasi billboard di bandar Temerloh. 
Nur Fazura Sharifuddin



Ada lagi yang menarik? Ada lagi! Actually tak semua yang 
dapat saya muatkan dalam entry ini. Biarlah ia disimpan sebagai surprise untuk mereka yang ingin kesana.. 




Keheningan dan ketenangan sungai Pahang sentiasa menggamit kerinduan


Huh! Bangga dan puas setelah selesai saya abadikan cerita dan panorama bandar atau tempat yang menjadi tanah tumpah darah saya.
 Ya inilah kampung saya.  
Seperti Dato' CT dan Dato' Sudirman, saya pun 
anak kelahiran Temerloh !  Hehe


Aok jangan tok caye weh !!


 

No comments:

Post a Comment