Monday, January 07, 2013

Anugerah Juara Lagu ke-27

Malam ni finale Anugerah Juara Lagu ke-27. 
Ada teman mencabar agar saya memberikan ulasan. Alahai mcm juri AF la plak...hehe. But why not? Boleh jer cuba2 beri komen kepada penghibur2 profesional Malaysia pada acara hiburan paling berprestij di negara kita ni. Tapi sebagai juri amatur yang cetek ilmu lebih2 lagi dalam dunia hiburan ni, nampak gayanya hanya mampu memberi ulasan dan komentar berdasarkan apa yang disaksikan mata kepala dan jiwa rasa sendiri je la. Tapi wajar jugalah orang yang biasa atau lebih tepat pendengar dan penyokong amatur dunia hiburan juga diberi peluang meluahkan rasa dan pendapat kan? Mungkin ada yang tak difikirkan oleh pengkritik atau pemerhati profesional tetapi terperasan oleh sang amatur. Jadi apa lagi...
jom sama2 kita tengok dan komen..




Tahun lepas saya dan teman mendapat tiket VIP ke acara ini yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tapi tahun ini, menjadi VVIP di sofa kat umah jer la. Terus terang tengok secara live kepuasannya sangatlah jauh berbeza. Sangat best! Cuma kalo nak beri kosentrasi penuh pada persembahan para finalis tu memang tak la. Kiri kanan macam macam benda nak tengok. Barisan artis popular yang bangun duduk pergi toilet pun mencuri perhatian. Ingat lagi bila tiba tiba keadaan stadium menjadi riuh rendah dengan sorakan ...ingatkan gimik apa yang TV3 sediakan atas pentas ketika siaran dihentikan untuk laluan iklan, rupa ada seseorang yang tengah berjalan dari tempat duduk VIP menuju ke belakang pentas....
ya itulah Dato' Siti Nurhaliza.




Ombak Rindu

Perlu ke kehadiran Aaron Aziz di pentas ini? X kot..

Lagu yang menjadi lagu tema filem blokbuster 2012 yang menggunakan judul yang sama ini sememangnya cepat menangkap halwa telinga ketika mula berkumandang di corong2 radio. Melankolik dan puitis lirik lagu ini menambat perhatian pendengar melayu yang sekian lama sangat menyenangi irama balada seperti ini. Wow..800 kuntum bunga diatas pentas untuk persembahan malam ni...haha. Saya kurang menggemari Adira dan rasakan ada penyanyi wanita lain yang lebih sesuai menyanyikan lagu ini bersama Hafis. Namun bukanlah bermakna Adira tidak sedap suaranya cuma yang saya perasan suaranya berubah ubah.. Tadi ada part yang cuba di improvise oleh Adira tapi kedengaran janggal..tapi suara emas Hafis menyelamatkannya.. Buat apa Aaron Aziz tu muncul tiba tiba? Alamak ni gimik Alyah ngan Remy Ishak tahun lepas la..


Patah Seribu

Selesa tampil berseorangan... 
Mujur Shila tidak bawa 'cinta hati' nya sekali ..Rimas!

Shila Amzah sekarang adalah figura yang sedang mekar dan ranum dalam industri. Kejayaan demi kejayaan mengiringi beliau sejak kebelakangan ini.. Malam ni miliknya lagi ke? Shila selesa tampil sendiri...dengan sedikit monolog diiringi deringan telefon Shila memulakan persembahannya pada AJL kali ini...pada saya..erm tiada yang istimewa. Saya mengharapkan yang lebih lagi dari beliau untuk persembahan malam ini memandangkan beliau menggenggam banyak anugerah besar sekarang. Namun ianya biasa biasa sahaja dan vokalnya juga kedengaran tidak konsisten seolah olah terlalu gementar. Tapi masih punya peluang jika yang lain tidak memberi cabaran.. Ok kita tengok persembahan seterusnya pula.


Simetri

Konsep superhero dalam komik..

Gabungan dua penyanyi dari dua generasi ini juga tidaklah menarik perhatian saya. Namun mutu vokal keduanya kedengaran mantap dan memberi cabaran. Siapa tak kenal Amy Search yang gah bersama Search dan Hazama yang bergelar Juara AF9. Persembahan seakan bertemakan super hero dalam komik nampak menarik terutama kostum yang dikenakan.


Idola

Semua conteng muka..nape ek??

Maaf saya tak pernah dengar lagu ini. Mungkin ada tapi tak dapat nak tangkap melodinya.. Namun suara lantang dengan range vokal Azlan yang sememangnya dikenali sebagai penyanyi bersuara high pitch sangat terkawal. Sedap. Tapi persembahannya malam ni saya tak faham...


Pelangi Senja


Agak berserabut la prop Stacy ni...


Stacy masuk AJL lagi! Stacy punya mutu suara yang sangat bagus ketika menyampaikan persembahan secara live. Apalagi dia mampu menari rancak sambil menyanyi. Malam ini Stacy membawa prop didalam video klip nya ke atas pentas. Bila melihat dua orang penari yang mengiringinya sambil memegang kain panjang teringat persembahan Dato' Siti Nurhaliza ketika membawakan lagu Percayalah untuk Juara Lagu tahun 2001 tak silap. Namun Stacy seperti biasa pandai mengawal vokalnya ketika persembahan live. Ada sedikit gangguan ketika korus dan nada tinggi tapi tidaklah sampai mencacatkan persembahannya malam ni.
Masih lagi tidak memenuhi harapan saya..hehe. Siapa yer yang akan membuatkan saya diam dan terpaku? Ok kita tunggu lagi..


Lagu

Lagu sesempoi penyanyi nya...

Bedroom Sanctuary? Alamak siapa lak ni? Sorry tapi lagu ni biasa gak dengar dalam radio. Sedap lagunya. Catchy! Persembahan grup ini juga nampak sempoi dan ada gimik dipertengahan lagu. Walaupun nampak biasa tapi vokal penyanyi grup ini sangat outstanding. Siapa ek diorg ini...may be akan popular selepas AJL ni.


Tanpamu

Masih mentah dan perlu banyak exposure lagi Amir ni...


Teringat lagi si Amir ni yang beria ia menangis ketika digugurkan ketika AF9 beberapa tahun lalu. Dan antara kata katanya dia akan buktikan walaupun gagal dalam AF, dia tetap yakin akan berjaya sebagai penyanyi satu hari nanti. Tak lama dia dah buktikannya. Bukan calang calang penyanyi yang dapat menembusi tembok untuk ke acara gah seperti ini kalau tidak berbekalkan karya yang perlu menjadi masterpiece. Apalagi ini karya ciptaan sepenuhnya dari beliau. Melihatkan persembahannya malam ini, saya rasa dia masih perlu berusaha lagi. Bukan sahaja terlalu ramai terkinja kinja diatas pentas, tetapi kawalan vokal Amir juga agak kurang memuaskan telinga saya.


Teman Pengganti

Di atas stage berpusing yang sangat menarik .

First time dengar lagu ini dulu saya rasa seolah olah dah pernah dengar sebelum2 ini... Tapi ternyata ini lagu baru yang dicipta Malique Too Phat yang didendangkan bersama Black. Suara Black malam ini sangat meyakinkan. Antara calon favourite untuk kategori Vokal Terbaik saya kira. Malam ini Black berduet dengan pengurusnya Rapper Jambang yang menggantikan Malique dan hasilnya sangat mengujakan. Persembahan dengan menggunakan 'stage berpusing' juga sangat menarik dan jarang jarang dapat disaksikan dalam mana mana pertandingan. 


Terukir Di Bintang

Siap bawak cawan Nescafe  lagi Aizat.

Kecoh gak bila terdengar lagu ini bakal didendangkan oleh penyanyi veteran Uji Rasyid ketika Yuna menyatakan ketidakhadirannya di malam AJL baru baru ini. Huh..saya harap ianya tidak menjadi kenyataan. Lagu ini antara favourite saya dan Uji Rasyid bukan penyanyi live yang baik. Saya tahu itu. Lagi pun auranya biarpun sebagai penyanyi lama tidak mampu menyaingi kilauan Yuna. Bukan pilihan bijak. Namun saya lega kerana akhirnya malam ini menyaksikan Aizat yang mendendangkannya dengan memberi sentuhan classical dan ala ala Sean Ghazi melalui persembahannya..hehe. Namun pada saya masih menarik dan ada peluang untuk kategori persembahan terbaik.


Ku Akui 

Kelakar la fesyen rambut terbaru Hafis ni..

Malam ni lah saya mengakui yang saya pertama kali mendengar lagu ini. Alahai mcm mana nak komen ni? Mujur lah penyanyinya adalah Hafis. Mantap betul suara budak Sarawak ni. Adakah sekali lagi untuk kali ketiga berturut turut dia akan mengungguli anugerah Vokal Terbaik untuk AJL kali ini? Tak mustahil. Saingannya mungkin Black atau mungkin juga Bedroom Sanctuary. Stacy juga ada peluang.. haa lagi satu Azlan..tapi ada lagi 2 persembahan..so jangan membuat penilaian dulu.


Andaiku Bercinta Lagi


Marsha yang muncul membantu Mojo dengan vokal supranonya .

Satu lagi lagu favourite saya! Namun entah mana silapnya belum pernah Edry mahupun KRU muncul sebagai juara dalam mana mana anugerah lagu. Lagu ini dicipta beliau dan didendangkan oleh kumpulan Mojo. Malam ni persembahan yang juga hebat baik dari segi kostum dan konsep, vokal Aweera juga mantap. Kemunculan Marsha Milan juga menyelitkan unsur surprise yang mengesankan dengan back up vokal sapranonya. Ok juga persembahan Mojo malam ini. Memberi saingan.


Anak Kampung

Teringat persembahan Noraniza Idris dulu2 la plak..

Jujurnya, saya tidak pernah menyukai lagu ini. Baik ketika meniti populariti di corong2 radio sehinggalah ke malam AJL ini. Agak bias untuk saya memberi komen, namun macam saya katakan awal tadi komentar dan kritikan disini adalah berdasarkan "apa yang disaksikan mata kepala dan jiwa rasa sendiri..". Jadi lagu dan persembahan ini bukanlah pilihan saya. Persembahan clise membawa tarian budaya Sarawak walaupun bersesuaian dengan jalan cerita pada saya bukanlah mengejutkan dan tidak meninggalkan impak apalagi munculnya Mimi (One Nation Emcee) yang sangat tidak meyakinkan vokalnya. Namun kalau juri AJL yang sememangnya terkenal dengan kejutan dalam memilih juara untuk AJL seperti sebelum sebelumnya tidak mustahil jika lagu ini antara yang dipilih 
untuk 3 tempat teratas malam ini. 
Saya harap tidak lah! 
Maaf yer peminat2 Jimmy Palikat & One Nation Emcee. 
Peace yo!




Ok..sekarang sementara anda semua menyaksikan persembahan selingan penyanyi2 rock ini saya akan membuat penjurian 
( poyo nya..haha ).


Ini pilihan saya! 
Pilihan hati, mata, kepala, telinga dan semua anggota badan saya tanpa mengambil kira pandangan2, sms2, whats app2 dan twitter2 orang lain..hehe.


Vokal Terbaik
(Antara Hafis? Black? Bedroom Sanctuary? Azlan? Hazama & Amy?)

Pilihan saya : Black


Persembahan Terbaik
(Antara Aizat? Black? Mojo)

Pilihan saya : Mojo


Tempat Ketiga
Pilihan saya : Teman Pengganti

Tempat Kedua
Pilihan saya : Ombak Rindu

Juara
Pilihan saya: Terukir di Bintang



Dan keputusan sebenar? Haha..anda pun tahukan. Like it or not? Diorg dah dapat habuan masing2 dah pun.
Kejutan dah memang sinonim dengan AJL sejak dulu lagi.
 Mereka lebih arif katanya..  
SUMPAH !!
saya tak ubah pun keputusan yang saya buat seperti diatas sebelum keputusan sebenar diumumkan.  
Yess!! Saya berjaya meneka dan menginginkan juara dengan tepat tahun ini. Arifkah saya? 
Haha.. Jangan marah haa..



No comments:

Post a Comment