Thursday, January 03, 2013

Istanbul Aku Datang



Biarpun filem ini sebenarnya saya sudah tonton sebelum cerita Lagenda Budak Setan - Katerina lagi, namun ada sesuatu yang menarik yang membawa saya menyelitkan juga 
komentar untuk dimuatkan dalam blog ini.

Semasa filem ini masih di dalam pengambaran sekitar akhir 2011 atau awal 2012 ( saya tak brp pasti ), saya ingatkan ianya sebuah filem triller dari Bernard Chauly. Tapi seingat saya triller bukan genre Bernard yang sebelum ini memang selalu menghasilkan genre komedi romantik. Saya suka cara pengarahan beliau. Terutama bagi filem Gol & Gincu ( filem & series ) dan Pisau Cukur. Cara dia berbeza dengan pengarah lain sebab nampak lebih moderate dan realistik. 
Dan Istanbul Aku Datang (IAD) ini juga sebenarnya 
sebuah naskah bergenre komedi romantik 
terbaru dari Bernard.






Menampilkan pelakon yang semakin menjadi lakonannya  
Lisa Surihani sebagai Dian, seorang gadis yang sangat comel 
( wardrobe2 nya sgt cute! ) mengambil keputusan ke Istanbul dalam usaha menjejaki kekasihnya yang menuntut dalam bidang perubatan disana iaitu Azad ( lakonan Tomok ). Hasratnya ingin mempercepatkan perkahwinan setelah tidak sanggup menanti selama beberapa tahun lagi hingga Azad tamat pengajian. Kerana tidak selesa dan serba salah, Azad meminta Dian mencari rumah sewa yang lain memandangkan rumah yang dihuni Azad dikongsi dengan 2 lagi pelajar lelaki dari Malaysia. Bermula lah konflik dan plot2 menarik dalam filem ini. Dian yang pada awalnya gembira kerana mendapat bilik sewa yang murah dan berbaloi akhirnya merasa tertipu kerana rumah tersebut sebenarnya dikongsi dengan seorang penyewa lelaki yang juga berasal dari Malaysia. 
Haris ( Beto Kusyairi ) seorang pelukis terkejut apabila satu hari terserempak dengan seorang perempuan sedang 
mandi di bilik air apartmentnya.

Walau pada awal perkenalan, hubungan keduanya 
tegang kerana masing2 mendakwa penghuni sebenar apartment tersebut namun toward the end wujud pula keserasian. Azad yang bengang dan marah apabila mengetahui Dian bersekedudukan dengan lelaki ingin memutuskan hubungan. Dalam kekecohan apabila Dian cuba menjelaskan hal sebenar, muncul seorang wanita tempatan yang sebenarnya adalah kekasih gelap Azad. Kesedihan dan kekecewaan Dian amat menyentuh hati Haris. Dalam usaha memujuk dan mengembalikan semangat Dian akhirnya Haris tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Akhirnya kedua mereka mengambil keputusan untuk bersama.

Seronok menonton filem ini. Selain lakonan Lisa Surihani yang sangat comel, kelakar yang dipertontonkan dalam filem ini sangat terkawal. Tak perlu dialog2 yang over untuk memaksa kita ketawa seperti sesetengah cerita komedi busuk yang lain. Jalan cerita yang simple, catchy dan senang diadaptasikan. Yang paling penting paparan keindahan bandar Istanbul yang sangat menggamit untuk kesana. Jadi kepada yang belum menonton
saya rekomenkan filem ini. 

Sangat rileks dan enjoy!


Penilaian saya : ***1/2







No comments:

Post a Comment