Sunday, January 13, 2013

Julia Rais

Tetiba jer terkenangkan sesuatu yang indah dulu dulu.. 
Ok jugak kalo diimbaskan kembali kenangan2 lalu yang best2. Antara memori yang saya tak leh lupa adalah 
tentang apa yang saya ingin share utk post kali ini. 
Saja saya buat tribute untuk insan istimewa ini...




Primadona Jelita Malaysia ever..


Kenal tak? Pernah lihat dimana2? Cantik tak? Haha..

Wajah ini muncul di media kaca sekitar tahun 1989 atau mungkin lebih awal. Bermula dengan membintangi sebuah iklan Rejoice seterusnya meletup selepas menjadi model video clip untuk lagu paling sensasi waktu itu dari sebuah kumpulan yang juga sangat popular. Beliau mudah menangkap perhatian berbekalkan pakej sempurna yang dianugerahkan. 
Berwajah Pan Asia dan fresh sememangnya menjadi trend ketika itu bila mana wajah mix sepertinya adalah produk laris baik di majalah, iklan mahupun drama dan filem.





Pada usia semuda 17 tahun, nama beliau melonjak naik setanding populariti lagu dendangan kumpulan rock nombor satu ketika itu. Ia lagu Isabella menjadi siulan dibibir peminat muzik. Kumpulan Search menjadi rock band yang sangat besar namanya. Dan apabila video clip Isabella ditanyangkan untuk percalonan Muzik Muzik 89 ketika itu nama JULIA RAIS terus menjadi sebutan.








Dia lah pemilik nama tersebut. Julia Abdul Rais. Anak seorang ahli korporat yang sangat terkenal dan ibunya pula seorang warga Britain. Hasil percampuran darah Timur dan Barat ini lahirlah sebutir bintang yang bukan sahaja gemerlapan kerana kejelitaannya tetapi sangat terserlah bakat dan potensinya.




Sebagai wartawan bernama Nina dalam filem Hati Bukan Kristal



Ketika berusia 16 tahun beliau mula memulakan 
kerjaya sebagai model iklan dan yang pertama keluar di
 kaca tv adalah iklan Rejoice 

" rambut saya dicuci dan dirapikan dalam satu masa.." 

itulah antara ayat2 yang dilontarkan. Yup saya masih ingat! Selepas muncul dalam iklan tersebut, produser Habsah Hassan dan Rahimah Rahim terus menyunting beliau untuk salah satu watak dalam filem mereka ketika itu berjudul Hati Bukan Kristal. Beliau digandingkan dengan Erma Fatima dan Redzuan Hashim. 
Dalam filem ini beliau memegang watak sebagai Nina Osman seorang lepasan sekolah yang ingin menjadi wartawan. Watak yang dibawa beliau menjadi bualan dan bakat lakonannya terus diiktiraf sehingga melayakkannya menggenggam trofi Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia pada tahun itu.



Filem terbitan JD Production yang mencetus 
kontroversi suatu ketika dahulu..



Tawaran demi tawaran untuk jelitawan ini setelah kemenangannya yang membuka mata ramai penggiat seni sehinggakan dalam setahun sahaja deretan filem menyaksikan wajahnya menjadi taruhan. Filem beliau seterusnya adalah Driving School arahan Hafsham dan diterbitkan oleh Julie Dahlan. Ketika filem ini kecoh sekejap apabila Julie Dahlan ingin menyaman dan menggugurkan beliau kerana masalah disiplin. Namun kerana bakat dan aura, Hafsham mempertahan dan keadaan menjadi terkawal selepas itu. Hafsham seterusnya memberi peluang untuk 
beliau muncul dalam satu episod sitkom yang 
paling popular ketika itu, 2+1



Pelakon verstail yang punya pakej sempurna



Beliau yang sebelum ini terkenal dengan perwatakan yang agak matang dan serius membuktikan sebenarnya beliau juga tidak janggal berlakon komedi. Sangat bersahaja dan hebat! Dan kerana kemunculan beliau dalam 2+1 inilah saya mula memberi perhatian kepada si jelita ini.



Isabella filem usahasama Malaysia-Indonesia



Selepas Driving School, Julia Rais terus melangkah dan mewarnai dunia filem dan drama bukan sahaja tempatan tetapi menarik minat produksi dari seberang untuk sebuah filem usahasama. Filem Isabella yang juga menampilkan Amy dan Search, turut dibintangi aktres dari Indonesia Nia Zulkarnain. Walaupun terdapat pertikaian untuk watak utama sebagai Isabella yang dirasakan lebih layak digalas Julia Rais namun pihak produksi mahukan heroinnya dari Indonesia setelah heronya diberi kepada pelakon Malaysia iaitu Amy Search. Watak sampingan yang dibawa oleh beliau tetap mendapat perhatian hinggakan ada yang memberi komen positif dan menyifatkan Julia lebih menyerlah berbanding heroin filem tersebut, Nia.



Lakonan berkesan Julia sebagai Mira Edora



Tampil selepas itu dengan filem Mira Edora bersama Nookumalasari dan Mustafa Kamal. Filem ini adaptasi novel terlaris Khadijah Hashim dan mendapat kritikan pro dan kontra. Ada yang menyukainya dan ada sebaliknya. Tetapi bagi saya, filem ini adalah medium seterusnya bagi Julia menunjukkan bakat hebat beliau. Memegang watak anak kacukan yang berada dalam dilema antara kasih sayang ibu dan cinta guru, saya kira tiada lain pelakon yang layak untuk watak ini pada ketika itu.




Antara babak daring yang pernah dilakonkan beliau 
lewat filem Nadia & Driving School




Lakonan seterusnya yang mendapat pujian para pengkritik filem adalah filem Nadia. Juga berkisar permasalahan dalam keluarga perkahwinan campur dan sekali lagi Julia menjadi dirinya 
sendiri di dalam filem. Filem ini meletakkan beliau sebagai 
pelakon yang sangat disegani sehingga salah satu tajuk 
dalam satu artikel akhbar bertajuk 
" Julia Rais was born as a star".



Filem terakhir Julia Rais



Filem terakhir yang dilakonkan sebelum mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia perfileman tanahair adalah filem yang menggabungkan beliau bersama Sidi Oraza dan Kumpulan Iklim, Suci Dalam Debu. Selepas filem ini nama Julia Rais terus tenggelam dan lenyap begitu sahaja. Seingat saya selepas pernah hangat digossipkan mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Susan Lankester, akhirnya Julia Rais
 dipertemukan jodoh dengan Tengku Mahkota Pahang dan kini bahagia bersama anak-anak mereka.




Terbaru wajah Julia Rais selepas bahagia
 disamping Tengku Mahkota Pahang.



Tapi kenapa tetiba kita bercerita pasal wanita jelita ini? 
Hahaha ...nak bocor satu rahsia.


Actually, inilah bintang pujaan saya. Haha.Suatu ketika dulu..ketika di bangku sekolah, Semua rakan baik dan keluarga tau tentang 'kegilaan' saya ini.. hinggakan dalam bilik tidur pun terletak cantik didalam bingkai wajah si jelitawan ini...ahh malunya!










1 comment:

  1. rileks aaaa..teman pun "tergilakan" julia rais ni masa di bangku sekolah dulu. hmmm..andaikata diizinkan Allah swt teman masuk syurga nanti,..teman nak minta pada Allah..salah seorang bidadari teman tu mirip julia rais..malah lebih pan asia dari julia rais sebenar diatas muka bumi yang fana ini...heh3x..kadangkala nampak permintaan teman cam ngarut pada orang lain, hmm..tapi salahkah teman berdoa pada Allah macam tu....tak salah rasanya Apa yang penting, tingkatkan amalan dan istiqomah dalam perjuangan menegakkan agama Allah .Islam...

    ReplyDelete