Wednesday, January 09, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia ~ Ep. 2

Episod kali ini pula menyaksikan para selebriti perlu 
meyudahkan 2 tugasan berbeza yang masing2 punya cabarannya tersendiri. Pertama salah seorang dari setiap pasangan perlu berbaring dalam peti kaca yang dipenuhi puluhan reptilia berbisa iaitu ular yang pelbagai bentuk saiz dan warna. 

Manakala seorang lagi perlu mengalihkan ular2 mengikut jumlah yang telah mereka undi terlebih dahulu sebelum 
mengambil kunci bagi membebaskan pasangan yang sedang  
berbaring dalam peti kaca bersama ular2 tadi.

Kalo ditengokkan ular2 yang pelbagai warna dan saiz itu memanglah meremang bola roma, ditambah dengan tekstur kulitnya yang licin dan bisa jika dipatuk, cabaran ini saya kira memang mencabar bagi seseorang yang penggeli dan tak suka pada binatang...( macam saya..opps! ).









Salah seorang selebriti yang awal2 lagi sudah angkat tangan adalah pelakon & pengacara kecoh Didie Alias. Beliau memang sangat kecewa bila cabaran kali ini perlu berdepan dengan reptilia yang sangat ditakutinya itu. Akibatnya, beliau dan suami gagal menyudahi cabaran ini dan menjadi pasangan pertama yang berada di kedudukan paling rapuh untuk disingkirkan. Agak kelakar bila menyaksikan Johan Asa'ari yang berpasangan dengan Kaka siap mengaji ketika mengalihkan ular2 tersebut. Macam2. Namun cubaan Johan juga gagal disudahkan dalam 
tempoh masa 2 minit yang telah ditetapkan. 
Johan terlalu berhati2 dan lambat.

Lagi sekali suka saya menyaksikan Elfira Loy. Walaupun badannya yang kecil agak berbahaya berbaring bersama ular2 yang berat diletakkan diatasnya namun nampak dia enjoy dan berani. Pasangannya pula yang nampak gelabah. Dafi juga nampak ok. Cool. Yang lain2 pula cuba berlagak macho dan berani namun riak dari wajah masing2 saya kira semuanya geli, takut dan cuak.

Task kedua yang perlu dilakukan mereka juga sangat mencabar apabila mereka perlu bergerak diatas sekeping papan melalui kabel yang dibentang antara 2 bangunan pada ketinggian 100 kaki iaitu ditingkat 11 bangunan. Mereka perlu mengutip 3 bendera sebelum sampai ke platform tengah dan terjun untuk menghentikan masa. Bukan tidak menggerunkan cuma permainan ini tidaklah terlalu menarik untuk dikomentarkan.









Episod kedua ini meyaksikan pasangan Didie & Norhisyam terpaksa pulang setelah catatan masa dari 2 task ini dicampurbahagikan. Sementara yang lain mara meneruskan cabaran.





No comments:

Post a Comment