Monday, March 31, 2014

Travelog ala bagpacker di Perak ~ Part 1



Sudah lama saya teringin untuk bercuti di negeri Perak. Selama ini destinasi percutian lebih banyak tertumpu di pantai timur memandangkan disana ada pantai2 indah dan mengasyikkan. Saya memang suka pantai. Dengar bunyi ombak. Menikmati bayu laut yang menenangkan.

Tetapi kenapa Perak pula kali ini? Apa yang menggamit saya kesana?

Paling saya nak pergi dan menjalankan aktiviti atau hobi saya ( fotografi ) adalah di Menara Condong yang terletak di Teluk Intan. Selain itu, saya juga tertarik untuk menyaksikan sendiri keunikan dan misteri istana lama yang lebih dikenali sebagai Kellie's Castle.

Setelah sekian lama memendam rasa, minggu lepas ditemani seorang teman dapatlah saya merealisasikan impian tersebut.

Ok..saya kongsikan kenangan dan pengalaman sepanjang perjalanan di sana. Jom ikutilah travelog ini hingga akhir ok..




Sabtu 15 Mac 2014
10.30am

Kami mengambil bas ekspress dari Pudu Sentral ke Batu Gajah Perak. Plan asal nak menaiki keretapi tetapi akibat salah maklumat yang diperoleh melalui website rasmi KTMB, kami mengambil keputusan menaiki bas sahaja. Masa perjalanan tak jauh beza sekitar 1 jam setengah hingga 2 jam sahaja.

Mengambil teksi dari Stesen Bas Batu Gajah ( yang sunyi sepi..pelik! ) untuk ke destinasi pertama kami memakan masa tidak sampai 20 minit tetapi caj nya sehingga rm10. Mahal juga kan? Tak pe lah. Lupakan soal tu sebab keterujaan untuk ke Kellie's Castle mengatasi segalanya.





Wow..sekarang istana ini sudah di depan mata saya. Panas terik musim kemarau pada hari tersebut langsung tak mengganggu mood saya. Lebih teruk, kami sebenarnya belum sempat menjamah apa-apa makanan sejak pagi. Hanya makan roti dalam bas sekadar alas perut. Tetapi tetap tidak kami endahkan langsung. Nak jugak bermain dengan lensa mengabadikan momumen indah depan mata ini..



Permandangan dari satu sudut dibahagian belakang istana ini.

Salah satu port untuk para photographer. Selain sudutnya yang 
sangat menarik, ruangan ini juga dikatakan sangat misteri sehingga ianya dikenali 
sebagai 'haunted balcony'.
 
Bahagian atas istana. Terbengkalai tetapi tidaklah menyeramkan seperti
 di bahagian bawahnya yang menempatkan beberapa buah bilik.

Bahagian utama. Dari luaran seakan siap tetapi tidak di dalamnya.


Hampir sejam setengah berada di dalam istana ini, kami rasa puas dan paling tidak tahan terlalu panas memandangkan pelawat2 juga kian ramai. Tak sangka pulak seramai ini yang berminat tempat seperti ini. Tetapi tidak lah terlalu menghairankan sebab memang ada keunikan dan tarikan tersendiri disini. Lebih2 lagi bagi yg meminati fotografi atau mungkin juga penggemar cerita2 misteri atau paranormal. Ya..Kellie's Castle memang punya ceritanya yang tersendiri..


Pandangan dari atas istana Kellie. Kawasan ini dibangunkan 
sebagai pusat tarikan pelancong di Negeri Perak.

Bangunan di belakang Kellie's Castle yang seakan sebuah rumah. 
Berwarna kuning dan keadaannya seperti kesan selepas terbakar. 
Namun tiada sebarang maklumat yang di berikan.

Saya puas dapat menghalakan lensa kamera saya disini, 
mengabadikan sesuatu yang sangat indah dimata saya.

Inilah William Kellie Smith, pemilik istana penuh misteri ini !

Yes! Saya sudah merealisasikan impian pertama saya di Perak.