Monday, November 18, 2013

Akademi Fantasia 2013









Pernah satu ketika penonton tv tempatan, pelanggan siaran berbayar astro khususnya mempertikaikan rancangan realiti Akademi Fantasia masih relevankah untuk diteruskan? 
Dan respon yang diperolehi agak tepat bila ianya dihentikan! 
Maksudnya pelanggan astro merasakan sudah tidak relevan dan saya yakin astro akur dengan sambutan terhadap rancangan realiti nyanyian ini semakin dingin sehinggakan pihak penaja juga berkira2 untuk memberikan sokongan. Saya setuju kerana selepas AF musim ketiga, aura rancangan ini sememangnya
 hambar dan semakin hilang sedikit demi sedikit.



The Inspirers



Namun tahun ini ia kembali. Dengan sedikit pembaharuan, walaupun saya kira tidaklah terlalu menarik perhatian tetapi sekurang kurangnya kehadiran nama besar sebagai Inspirer 
(jawatan Pengetua untuk AF sebelumnya) membantu 
menaikkan populariti. Faizal Tahir, Melly Goeslaw dan 
Dato' Siti Nurhaliza menggalas tugas itu. 
Dan malam ini finale! Saya tidak mengikuti rancangan ini dari 
awal cuma ada sekali sekala menonton konsert akhir mingguan 
lebih2 lagi untuk tiga minggu terakhir ini 
(setelah tugas inspirer diambil alih oleh Dato' CT). 
Erm rasa nak cuba lah jadi pengkritik keempat (selepas Edry, Sharifah Amani & Roslan Aziz) dan juri profesional (bukan secara afundi yang menghabiskan kredit haha..) untuk konsert final 
malam ni. Saya nak pilih pemenang berdasarkan kualiti dan 
bakat sebenar mereka ( macam pandai je kan? hehe..) 
Ahhhh suka ati aku lah..blog aku kan? hahaha..


Ok jom kita tonton Konsert Finale AF 2013





Azhael  

Wow..best! Gabungan vokal dan persembahan diorg sangat terkawal. Sesuai dengan skala pentas sebesar malam final ini. Serius bila dengar diorg nyanyi lagu Penglipur Lara ni macam lupa pada Hazama. Macam lagi sedap pun ada. Sebuah intro yang impressive untuk malam ni.Lagu baru mereka Hentian Terakhir agak catchy.. senang nak tarik pendengar walaupun Roslan Aziz tak suka tapi saya yakin lagu ini akan popular seiring populariti pasangan duo ini yang mungkin juara malam ini. 
(Berdasarkan sokongan & sorakan di Stadium Negara)





Indah  

Seriously, Indah antara favourite saya! Range vokal dia sangat luas dan leh nyanyi macam2 genre lagu. Pakej yang saya rasa cukup untuk dia berada dalam industri hiburan negara. Malam ni dia bawakan lagu Jaclyn Victor yang rasanya kita maklum macam mana range vokalnya. Tetapi Indah bukan sahaja berjaya malah saya kira sangat cemerlang membawa lagu tersebut dengan gaya tersendiri. Sedap dan memukau Stadium Negara tu. Dengan props ala2 lagu Kisah Hati persembahan Alyah ketika AJL dulu, sememangnya Indah sangat mencuri tumpuan.
Lagu kedua adalah lagu baru berjudul Percayalah. Hurm saya komen ni bukan sebab dia favourite saya tetapi saya tak boleh menidakkan hakikat. Indah sangat2 outstanding. Konsisten kata Sharifah Amani, standing ovation dari Roslan Aziz, then perlu ke saya cakap apa lagi?







Amira  

Erm not bad. Saya tak berapa suka sangat Amira ni. Sebab silap satu je hari tu. Dalam salah satu konsert dia ada bawa lagu Dato CT, Ya Maulai dan saya rasa tak best langsung. Haha..so memang saya rasa dia bukanlah favourite saya. Suara besar dia banyak membantu dalam membina originaliti dirinya sebagai penyanyi tetapi kadang2 saya rasa tak sedap la. Terlalu besar suaranya. Tapi lagu barunya Sesaat Untukku yang disampaikan malam ni macam sedap lak walaupun first time dengar. Kawalan vokal untuk 
persembahan ni juga ok. Untuk lagu kedua, lagu Terlalu Istimewa, ada satu part Amira off sekejap. Macam tak sure. Masih nampak yang lagu ini terlalu besar untuk Amira. Dan saya tentu sekali rasa ini  
bukan persembahan terbaik Amira. 








Faizul  

Suara Faizul ni sebenar ok. Tapi rasa macam ramai je penyanyi bersuara macam ni. Kawalan vokalnya  memang ok tak de terkehel or apa. Cuma lagu baru ni tak menarik perhatian sangat. Persembahan pun biasa2 je. 
Lagu kedua dari inspirer Faizal Tahir, Hanyut juga dibawakan dengan baik oleh Faizul. Tapi tulah, saya tak nampak apa istimewanya dia selain bersuara sedap. Kena develope personaliti dan cari x factor mungkin!





Aisyah 

Macam mana nak cakap Aisyah ni yer? Dia ada pakej. Suara pun ok. Personaliti juga menarik dan matured sangat. Walaupun masih muda tapi saya suka tengok dia menangani suasana baik ketika dikritik mahupun ketika di usik Zizan. Sangat profesional. Nyanyian untuk lagu baru, Mimpi nampak agak yakin dan dia memang orang yang sangat cool. Tak nampak gentar.Lagu Lebih Indah untuk persembahan kedua walaupun agak kurang menyerlah tetapi sangat tersendiri. Saya memang bias kepada mereka yang menyanyikan semula lagu Dato CT, sebab pada saya Dato CT adalah penyanyi yang perfect so memang susahnak cari orang yang nyanyikan balik lagunya dan hasilnya lebih sedap dari beliau. So far memang tak de! Hehe.. Apa pun, dari segi personaliti dan mentality nampak Aisyah ni dah bersedia untuk jadi penyanyi. Dah boleh dah.





Nabila

Mula2 dengar dia nyanyi saya pelik! Macam mana lah leh masuk AF. Audition bukan main lagi. Semua orang2 hebat yang buat pemilihan. Tapi kenapa Nabila leh lepas? Ada agenda tersembunyi ke? Sampaikan saya fikir Astro ada niat meraih undi dengan mengekalkan Nabila dalam AF 2013 hingga ke pentas akhir. Malam ni dia diberikan lagu Seandainya Masih Ada Cinta, ish giler apa diorg ni..? Namun setelah menonton persembahannya, ikhlas saya bgtau, Nabila nyanyikan lagu ini dengan baik malam ni. Betul kata Edry, persembahan terbaik Nabila sepanjang AF 2013. Terkejut den ! 
Tahniah untuk Nabila. Lagu baru pula yang berjudul Katakan Saja, juga ok,... Tak nampak pula yang Nabila ni seperti tersalah calon untuk AF ni. Yup, bila tengok persembahan malam ni saya rasa dia ok saja untuk berada di pentas akhir ni. Mungkin tidak sebagus Aisyah atau Indah tapi masih layak. Dan jangan terkejut andai Nabila meraih salah satu tempat malam ini memandangkan sokongan padu penyokong2 nya.
 ( yang sebenarnya bukan agenda Astro 
seperti sangkaan awal saya..hehe)



Sekarang masa untuk saya membuat penilaian...jeng jeng jeng! Hahaha.


Sebelum terlupa, saya mengadili berdasarkan kualiti bukan populariti ok! Mungkin keputusan takkan sama dengan yang sebenar. Ini keputusan peribadi saya.


Tempat ketiga
Aisyah

Tempat kedua
Azhael

Juara
Indah



Ok...setuju atau tidak keputusan adalah muktamad. Haha..babai..






1 comment:

  1. The Best Slot Machines in 2021 - JtmHub
    We have all the best slots 안동 출장마사지 of all time and we will be bringing 강원도 출장샵 you over to some of our favorite 경기도 출장마사지 games. Whether you play 양주 출장마사지 online or on 천안 출장안마 the go,

    ReplyDelete