Tuesday, February 12, 2013

Patah Seribu


Polis sahkan Shila Amzah ditemui di Kemaman



KUALA LUMPUR 10 Feb. - Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah (gambar), 23, yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu telah ditemui semula di Kemaman, Terengganu selepas beberapa jam bapanya, ND Lala membuat laporan polis di sini kelmarin.
         Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, polis mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu kelmarin.
Bagaimanapun, polis dimaklumkan oleh bapanya bahawa Shila ditemui semula dalam keadaan selamat di Kemaman kira-kira pukul 4 petang semalam.
        "Berita mengenai penemuan Shila Amzah itu dimaklumkan sendiri oleh ND Lala kepada pihak kami pada pukul 4 petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. ND Lala dilaporkan membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pemenang Asian Wave 2012 itu tidak pulang ke rumah sejak seminggu lalu.
        Pada Rabu lalu, penyanyi tersebut mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu, dia berada di satu lokasi rahsia untuk mencari ketenangan.
Difahamkan, Shila menghubungi bapanya bagi memaklumkan lokasinya itu selepas laporan mengenai kehilangannya tersebar.
        Sementara itu, di PULAU PINANG, penganjur Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di sini mengesahkan Shila Amzah akan muncul mengadakan persembahan dalam majlis itu seperti yang dijanjikan, esok. Pengerusi penganjur, Oh Tong Keong berkata, pihaknya telah berhubung dengan pihak pengurusan penyanyi tersebut hari ini bagi mendapatkan pengesahan sama ada Shila akan membuat persembahan atau sebaliknya.
       "Kami telah berhubung tengah hari tadi dan segalanya berjalan lancar seperti dirancang.
       "Shila dijangka menyampaikan enam buah lagu di hadapan hampir 80,000 tetamu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor," katanya di sini hari ini.









Ya ! Berita inilah yang saya terbaca pagi semalam ketika singgah di kedai mamak untuk mengambil paper seperti biasa. Tajuknya saja sudah mengejutkan dan lain macam. Terus terang saya tak tahu apa2 pasal cerita ini. Bunyi macam Shila Amzah ni kena culik je kan? Yelah dia kan hot star sekarang, macam mana lak leh hilang? Kena culik ke? Sape culik? Maklum la sekarang ni 
pusing kiri pusing kanan mcm2 berita kita dengar pasal 
kes culik, samun, rogol huh..malas la nak sebut lagi. 
Semuanya diluar penerimaan akal fikiran..


Then apalagi saya pun teruslah menjadi 'Kiah Propa' untuk cari apa sebenar yg berlaku pada si Shila Amzah ni. Google je apa susah zaman sekarang ni kan. Dalam masa 5 minit je 
saya dah tau cerita sebenar! 

Hahaha...sangat kelakar dan meloyakan! Maaflah  kepada para peminat Shila Amzah a.k.a Shila Tekno ni yer. Bukan nak mengutuk jauh sekali nak menimbulkan kemarahan sesape tetapi lepas baca dan tahu apa yang berlaku sehingga tekad si Shila ni bertindak sedemikian, saya tersenyum malah tak terkejut langsung. Even, timbul lak rasa annoyed atas apa yang 
dah berlaku pada penyanyi ini.

Betul saya bukan peminat Shila Amzah, jauh sekali nak meminati Sharnaaz Ahmad, ND Lala pun saya tak pernah minat. (Ooh! Lala ni bukan inspirasi dari nama dia yer... haha..) 
Jadi saya kira pendapat saya di blog ini dikira tidak bias 
atau prejudis kepada sesiapa.


Baca keratan akhbar Harian Metro ini dulu dan saya pasti 
anda akan tahu dan faham tak banyak sikit apa sebenarnya 
yang berlaku..hehe.







Dah baca? Mesti macam2 yang bermain dalam fikiran anda kan? 
Kalau saya jadi ND Lala tak mungkin saya mahu bermenantukan Sharnaaz Ahmad. Kalau saya jadi Shila Amzah syukur sangat tuhan dah tunjukkan awal2 siapa sebenarnya si dia... cinta hati sangat la kan, baik saya menyanyi dan kumpul duit bantu keluarga. Dan kalau saya jadi Sharnaaz Ahmad baik saya lupakan niat nak memperisterikan Shila Amzah sebab macam 
dah susah nak dapat restu kedua ibu bapanya. 
Hahaha..itu kalau saya jadi mereka. 
Anda bagaimana? 


Ok2..lets talk about it! Tapi bukan pasal diorang lar. 
Takyah la kita sibuk. Tu masalah keluarga ND Lala. 
Tau lar dia settle kan. Lagipun tu Shila Amzah jer bukan Dato' CT (Opps!!)


Namun dalam tersenyum dan memandang sinikal terhadap 
apa yang berlaku, tak salah andainya diambil iktibar dan apa saja yang positif darinya. Mungkin ada yang tersembunyi 
atas apa yang Allah swt duga kepada Shila Amzah. Hikmah disebaliknya boleh dikongsi ramai. Bayangkan kalau terjadi kepada kita atau jiran kita atau kawan lama satu sekolah atau teman kerja yang tiada siapa kenal, pasti ianya tidak tersebar dan tidak ramailah yang dapat berkongsi teladan dan hikmahnya kan.


Macam nilah, pada saya sebagai seorang anak tak kira 
lelaki atau perempuan janganlah kita sesekali mengenepikan pandangan atau nasihat orang2 tua apalagi orang yg melahirkan 
dan membesarkan kita. Dua insan ini hanya wujud sekali, tak mungkin kita dapat untuk kali kedua. Apalagi darah, jantung, hati, paru2, otak   dan semua yang ada dalam badan kita adalah serpihan yang terhasil dari kedua duanya. 

Jelaslah naluri ibu dan bapa sememangnya kuat dan telus. Saya yakin mereka dapat rasa dan nampak apa yang baik dan tidak untuk setiap anak2 mereka. So sebelum apa2 keputusan yang besar dalam hidup kita diputuskan, elok lah kita jadikan mereka rujukan dan pertimbangkan setiap pandangan mahupun cadangan atau tegahan mereka.


Sebagai kekasih, baik sang girlfriend mahupun si boyfriend, 
usahlah hanyut dalam dunia khayalan atau berlari dengan angan2. Realitinya, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, orang bercinta ni memang tahap pemikiran mereka agak dikuasai perasaan dan sangat tidak konsisten. Tak payah lah nak nafikan, lebih baik rasional supaya kita sentiasa berpijak nyata 
di atas bumi ini. Bila dah sayang, memang dah tak nampak 
jalan walaupun lurus terbentang di depan mata. 
Yang ditutur sang kekasih hati tu la yang dirasakan betul. 
Orang lain semua salah, semua tak faham,
 semua katanya jeles...


Dalam apa jua keadaan, jadilah seorang yang waras. 
Saya belum pernah menjadi bapa. Tidak pernah ada anak. 
Belum lagi. Tapi tidak sukar rasanya untuk saya berada di tempat 
mereka dan membayangkan kesedihan, kehampaan, kekecewaan dan kekesalan bilamana anak yang disambut kelahirannya dengan syukur gembira, ditatang penuh, baik ketika sakit mahupun sihat, dibesarkan dengan limpahan kasih 
biarpun perit meredah pelbagai dugaan tetapi bila tiba masa 
menentu arah hidup mereka dibelakangkan. 


Mahukah kita beristerikan atau bersuamikan seorang yang menentang ibu dan bapa kita? Andai bahtera perkahwinan tidak sampai ke destinasi dan karam di tengah pelayaran, fikirkah kita ada orang lain tempat kita kembali kalau bukan kepada 
ibubapa dan keluarga?


Selamat berfikir la yer ... 










No comments:

Post a Comment