Monday, February 04, 2013

Beverly Hills 90210







Siri ini suatu ketika dulu pernah menggegarkan dunia! Betul, bukan sahaja di Malaysia malah seluruh Asia, Amerika dan mungkin seluruh pelusuk dunia mengikuti siri tv ini. Walaupun targetnya golongan remaja tapi saya percaya ia ditonton 
oleh semua peringkat umur.








Beverly Hills 90210 rasanya cukup popular dikalangan remaja sekitar awal 1990an. Siri tv yang disiarkan di TV2 setiap malam minggu ini mendapat rating yang sangat memberansangkan ketika siarannya. Walaupun ada pro dan kontra nya, namun aura dan populariti para pelakon siri ini sudah cukup menarik 
perhatian penonton untuk mengikuti siri ini.







Selain berkisar kehidupan remaja kolej yang tinggal dikawasan elit Beverly Hills, paparan pergelokan dan rutin hidup remaja merupakan intipati cerita siri ini. Brandon Walsh dan adik perempuannya Brenda Walsh yang dilakonkan oleh Jason Priestley dan Shannen Doherty menjadi tungak utama yang mencetus pelbagai fenomena dan menjadi idola pada remaja ketika itu. Tidak kurang aura pelakon pembantu seperti Luke Perry, Jenny Garth dan anak gadis produser siri ini Tori Spelling.



Dulu & kini ....





Barisan jelitawan ini sememangnya hangat diperkatakan di mediamassa dan menjadi idola gadis2 pengikut siri popular ini. Setelah hampir 15 tahun berlalu, ini lah wajah terbaru mereka.




Luke Perry sebagai Dylan McKay dalam BH 90210

 


Jason
Pristley
sebagai
Brandon
Walsh







Sebagai salah seorang penggemar siri ini suatu ketika dulu, ia benar2 mengembalikan nostalgia bersama rakan2 sekolah yang masing2 menggilai setiap seorang 
dari bintang2 90210 ini.
 Biasalah remaja, itulah dunianya..








apa khabar...?
Ayu, Mike, Oon, Wan Nor, Zuan, Chang, Collent..etc.












No comments:

Post a Comment