Hari Ketiga..
17hb Mac 2014
Sesudah puas menghabiskan masa yang berbaki di Teluk Intan dengan mengabadikan gambar2 di Menara Condong yang menjadi target utama saya di Perak ini, rasanya tidak ada apa lagi yang ingin saya lihat disini. Semuanya sudah. Masuk dalam menara pun sudah. Memang tiada apa pun yang menarik di dalamnya. Tambah lagi keadaannya yang terlalu panas menyebabkan tiada siapa yang akan berada lama2 di dalam menara ini.
Kami menuju ke stesen bas Teluk Intan untuk ke Lumut dan meneruskan ke destinasi tidak dirancang iaitu Pulau Pangkor.
Mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan, kami tiba di stesen bas lumut dan berhadapan dengannya adalah jeti ke Pulau Pangkor. Memang terlalu banyak perubahan berbanding kali pertama saya ke sini 10 tahun lalu. Haha..tentulah berubah kan. 10 tahun tu.. bukan setahun dua.
Sepuluh tahun lalu masih tiada jeti segah ini. Sekali pandang seperti Jeti Kuah di Langkawi. |
Permandangan indah kampung nelayan sepanjang perjalanan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor. Saya sangat suka permandangan ini. Nampak sangat original. |
Kehidupan sebagai nelayan... |
Tak banyak beza pada saya keadaan di Pulau Pangkor. Masih terpahat memori lama dan terbayang bayang lagi memandangkan persekitaran yang masih kekal dan memudahkan ingatan kembali refresh.
Saya stay dikawasan yang sama. Iaitu di Teluk Nipah.
Suasana pagi hari di Pantai Teluk Nipah |
Selain ketakutan menunggang motosikal yang disewa (kondisi yang tidak berapa sempurna..) memandangkan cuaca ketika itu adalah hujan sepanjang hari ditambah keadaan muka buminya yang agak berbukit, saya kira tidak banyak yang boleh dikongsi. Hanya sedikit gambar2 yang boleh menjadi tatapan disini.
Petang di Pulau Pangkor..selepas hujan, so takde sunset :'( |
Yang ni waktu pagi..byknya kapal2 dtg dari mana erk? |
Batu batuan yang terus setia menemani pantai di Pulau Pangkor.. |
Semoga bertemu lagi..
Pangkor Island.