Sedar tak sedar, sudah setahun usia blog saya ni yer?! Hehe..
Tahun lepas sempena ulang tahun saya, blog ini saya 'launched'. Kini 25hb Disember kembali lagi..namun baru hari ini saya berpeluang menulis..
Usia semakin bertambah. Takleh buat apa dah..:P
Kepada yang masih mengikuti blog ini, thnks so much!
Saya akan terus menulis, bukan untuk tujuan apa pun sekadar berkongsi rasa dan melepaskan bebanan yang tertahan di dalam jiwa raga ni. Fuyoo..
No celebration at all for this year birthday.
Actually, I'm not really celebrate pun birthday2 ni..cuma biasanya saya akan buat sesuatu special untuk diri saya... at least seperti saya meraikan seseorang yang istimewa dan yes ramai yang tak sedar kita adalah insan istimewa yang paling kita kenali. Luar dalam. Zahir batin! Ramai sebenarnya yang abaikan hari istimewa untuk diri sendiri. Ramai yang mengharapkan somebody else yang raikan. Kalau ada tak pe la kan.. kalo takde? Hehe..sian diri sendiri kan.
Tapi tahun ini saya sendiri tidak sempat berbuat apa2 pun untuk diri saya sempena ketibaan hari ulangtahun ini. Plan mahu ke Jakarta untuk celebrate tapi bila difikir2 saya tidak sanggup berjauhan dengan insan tersayang. :p
Tapi setelah saya duduk bersendirian menyesali kegagalan untuk menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri, rupanya tanpa saya sedari sebenarnya saya telah melakukan sesuatu yang begitu bermakna dalam hidup saya. Tidak perlulah saya rungkai terlalu detail apakah ia, bimbang mengundang prasangka...LOL
Namun, mungkin juga saya perlu memberikan anda inspirasi,
saya simpulkan begini...
Dalam sibuk kita meraikan harijadi dan mengharapkan 'somebody else' mengadakan surprise party, mari kita renung siapa dan dari mana kita berpeluang menjengah alam fana ini?
Saya bahagia dan rasa sangat istimewa bila tahun ini saya bersama insan tersayang di hari lahir saya walaupun tiada sebarang celebration.
Doakan ibu saya cepat sembuh dan sentiasa sihat ok!
Thank you so much..
No comments:
Post a Comment