Sekarang ni macam2 anugerah diadakan bagi mengiktiraf hasil kerja para penggiat seni tempatan baik dalam bidang muzik mahupun filem. Antara majlis anugerah yang berprestij dan secara peribadi yang paling saya suka adalah Anugerah Skrin (ASK). Selain AJL, inilah masterpeace TV3 yang pada saya mempunyai prestijnya yang tersendiri.
Tahun ini beberapa drama lagi yang terpilih untuk senarai akhir. Sememangnya drama2 terpilih sangat best dan layak untuk sebuah majlis penganugerahan seperti ini. Sekali lagi dengan poyo nya saya nak mencabar diri sendiri. Apalagi mcm biasa nak jadi juri lah! Haha..
Setelah Anugerah Juara Lagu, Akademi Fantasia & Anugerah Syok Sendiri (LOL), kali ini saya ingin memilih pemenang bagi anugerah2 tertentu untuk ASK tahun ini. Kategori drama sahaja. Filem malas campur sebab saya malas pegi cinema..hehe. Sekali lagi diingatkan pilihan saya adalah berdasarkan penilaian peribadi, amatur (haha..) dan tentulah tiada sebarang kaitan dengan sesiapa/apa pun. Just suka2..rilek ar kan.
Luckily, saya berpeluang menonton semua drama yang telah disenaraipendek sebagai Top5 tahun ini. So boleh lah saya nilai kesemuanya. (opss..Top5 sahaja bukan semua drama yang menghantar senarai.)
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, memang sengit! Nama2 besar seperti Faizal Hussein, Rosyam Nor & Wan Hanafi Su tentulah mendapat perhatian untuk kategori ini. Masing2 dah penah memegang anugerah terbaik sebelum ini. Namun lakonan yang memberansangkan Azhan Rani & Sharnaaz Ahmad juga tidak boleh dipertikaikan. Azhan Rani sebagai bapa yang kerap berjudi, menagih dadah dan mendera anak isteri di dalam Neraka Abah sangat meyakinkan. Sharnaaz Ahmad juga hebat dalam Di bawah Langitmu. Seorang suami penyayang yang bertukar menjadi bengis dan kejam sehingga akhirnya mati ditangan isteri. Rosyam Nor dalam Mawar Putih Tanda Perpisahan pada saya tidak menonjol wataknya. Bujang terlajak yang berkahwin dengan gadis remaja setelah kehilangan ibu dan akhirnya hilang dilaut adalah watak biasa yang tidaklah mencabar untuk aktor hebat seperti Rosyam Nor.
Pilihan Saya: Wan Hanafi Su
Pemenang : Wan Hanafi Su
Antara kategori yang sering mendapat perhatian adalah bagi anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Tahun ini lima terbaik yang tersenarai memang hebat2. Umie Aida sudah 3 kali menang kategori ini di ASK. Kali ini membawa percalonan dari drama Aku Bukan Malaikat arahan Erma Fatima. Namun saya rasa watak ini macam pernah je dibawakan oleh Umie sebelum ini. Seorang 'keldai dadah' yang menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi kumpulan kulit hitam. Umie macam biasa sangat bersahaja dan outstanding untuk drama ini cuma laluannya untuk sekali lagi menggenggam trofi ini mungkin agak sukar kali ini.
Tekanan seorang wanita yang terpaksa kahwin dengan abang angkat seterusnya berdepan dengan kekejaman suami sehingga memaksa dia menjadi pembunuh demi menyelamatkan keluarga. Nora berkarekter untuk drama ini. Best!
Jangan lupa Sherie Merlis. Tahun lepas menang Pelakon Pembantu Terbaik, tak mustahil tahun ini akan membawa pulang anugerah lagi besar memandangkan kerberkesanan lakonannya dalam Perempuan Itu Ibuku. Saya suka dia berlakon. Selain tak kemaruk nak nampak cantik jer macam sesetengah pelakon wanita, Sherie ada karekter tersendiri untuk setiap watak lakonannya. Lagi seorang yang tercalon adalah Sharifah Amani.
Pilihan Saya : Sherie Merlis
Pemenang : Umie Aida
Pemenang : Umie Aida
Lain lain kategori...
Pengarah Terbaik Drama
Pilihan saya : Raja Ahmad Alauddin
Pemenang : Eirma Fatima
Drama Terbaik
Pilihan saya : Di Bawah Langitmu
Pemenang : Mawar Putih Tanda Perpisahan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pilihan saya : Ruminah Sidek
Pemenang : Izreen Azminda
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pilihan saya : Amerul Affendi
Pemenang : Hasnul Rahmat
Soseh2 selepas menonton..
Hos
Bosannya dengar lawak pasal perli memerli dan kutuk mengutuk antara satu sama lain. Entahlah mcm dah jadi trend lak bila Faizal Ismail jadi hos mesti semua nak buat lawak pasal kepala botak dia. Alamak basi lar!!
Ada Nad Zainal yang petite tu pun jd bahan ( dah agak dari awal..).
Lawak ketinggian la plak. Tapi paling rasa tak sesuai pasal
lawak kesuburan Awal Ashaari. Ish not nice..
Nasib baik ada Nad yang cute tu. Kalau tak memang tak berseri dan bosan lah! Cukup2 la lepas ni amik Awal & Faizal lagi sebagai hos.
Muara Hati
Aduh..Dah seronok dah dengar lagu ni akan dipersembahkan. Tapi frustnyer bila Adira sebagai ganti. Penyanyi favourite saya diganti dengan penyanyi yang paling saya tak suka...hahaha..so malas komen la!
Ucapan Eirma
Memang cukup emosi dan bermakna ucapan beliau ketika menang Pengarah Terbaik. Seronok dengar. Kalahkan Bade Hj Azmi tetapi tetap meletakkan suaminya itu di 'hadapan...'
Menang lagi .. Umie Aida pegang anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk kali ke 4 |
Umie lagi...
Macam tak setuju sangat lah. Biasa je watak dia dalam ABM tu. Lagi seronok tengok Sherie dan Nad. Rezeki katanya..untuk kali keempat.
Keputusan
Pelik jugak bila Mawar Putih Tanda Perpisahan menang untuk drama terbaik kerana drama ini tidak menang untuk kategori terbaik yang lain termasuk pelakon, pengarah dan cerita asal tetapi akhirnya dinobatkan drama terbaik. Hanya menang lakon tv dan videografi sahaja. Apa yang terbaiknya?
No comments:
Post a Comment