Tuesday, December 03, 2013

Penanggal ~ Buah tangan Ellie Suriaty




Petang tadi tak semena-mena terasa nak tengok wayang setelah berbulan2 dah kot tak masuk panggung. Semuanya gara2 filem terbaru hasil garapan sulung pelakon kegemaran saya Ellie Suriaty. Walaupun genre seram ni dah rasa muak nak tengok tapi disebabkan Ellie saya rasa nak tengok gak. Apalagi promosi dan trailer filem ini cukup memikat.







Fasha Sandha yang terlibat dalam filem ini ketika temubual dalam rancangan Meletop berkali2 memuji lakonan heroin filem ini iaitu Ummi Nazeera yang katanya sangat hebat dalam filem ini. Saya tahu Ummi memang talented setelah memberi lakonan berkesan dalam drama super Nur Kasih. Ini juga antara tarikan yang membawa saya ke panggung petang ini. Setelah rakan baik memberi persetujuan untuk bersama menonton kami terus ke MBO Galaxy Ampang.

Melihat penonton pada petang tadi dalam panggung tu memang la sangat mengecewakan. Tak sampai suku pun bangku yang berpenonton. Tapi saya akur sebab memang senario biasa untuk filem2 melayu selain filem2 genre komedi ringan or gangterism. Saya tak faham citarasa budak2 melayu sekarang. Takpelah biarkanlah mereka..






Setelah sejam pertama menonton, saya gelisah. Gelisah betul dibuatnya. Tau kenapa? Bukan sebab seram dengan adegan2 filem yang sedang berputar. Bukan sebab dingin air cond di panggung. Tapi saya gelisah sebab setelah sejam menonton saya masih tak faham jalan cerita. Saya hilang punca. Apa yang saya saksikan hanya adegan2 yang sangat dramatik, lokasi2 yang cantik dan unik serta terbuai dengan dialog2 komuniti Arab yang ditonjolkan.Asyik tapi jalan ceritanya masih saya tak faham.








Sinematografi filem ini sangat2 menarik. Cantik. Sesuai sekali dengan genre nya. Babak Ummi berendam dalam sungai walaupun agak daring tetapi ternyata menarik. 






Babak Sharifah Al Zahrah ( Fasha Sandha ) berlari larian bersama teman sesekali seperti filem Bollywood. Dan Fasha sangat cantik dalam filem ini. Kemunculan Datuk Sharifah Aini juga memberi daya penarik untuk filem ini.





Babak lain yang menggambarkan hantu penanggal saya kira tidak banyak beza dengan drama2 dan filem2 seram tempatan yang lain. Sayang sekali jalan ceritanya sangat mengelirukan. Secara peribadi saya tak faham. Sehinggakan saya menguap dan tertido beberapa kali sepanjang menonton filem ini. Saya tak sifatkan kegagalan Ellie dalam pengarahan kerana saya nampak beberapa elemen yang saya kira mengkagumkan cuma itulah...saya tak faham kisah yang dipertontonkan. Jadi hilang tarikan untuk terus menonton. 






Lakonan Ummi Nazeera seperti komen Fasha Sandha, sememangnya berkesan. Azri Iskandar pula ok tetapi seperti sama dalam lakonan2nya sebelum ini. Watak yang dibawakan Fasha pula seakan2 hilang secara tiba2. Mati di perigi. Dan habis disitu. Uhh..saya tak berapa berkenan penyudahannya seperti itu.






Namun kepada yang ingin menyaksikan sendiri, silakan. Mungkin anda tidak sependapat dengan saya dan mana tahu anda enjoy! So..eloklah tonton sendiri.  
Support local film..





Penilaian saya : ***



Selamat menonton ..!





No comments:

Post a Comment