Tuesday, January 22, 2013

Hutan Lipur Sg. Tekala ~ Best !




Hutan Lipur Sg. Tekala




Setelah mendaki Broga Hill, kami sempat singgah ke satu lokasi rekreasi. Sebenarnya memang dah plan lepas ke Broga,
kami mahu menyegarkan diri

Tapi tak seorang pun dari kami berlima yang tahu 
bagaimana untuk sampai ke tempat ini. Masing2 gamble dan benar kata orang, malu bertanya sesat jalan. Namun kami mengambil pendekatan lebih kurang serupa, 
malu bertanya memang tak sampai la tempat yang dituju. 


Mujur ketika perjalanan pulang dari Broga Hill kami terpandang satu signboard Hutan Lipur Sg. Tekala
Dan Danny mula menjalankan tugas bertanya sesiapa saja yang melintas di depan mata. Cukup 3 orang yang menjadi jurutunjuk jalan akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju.




Pintu masuk ke Hutan Lipur Sg. Tekala

Hutan Pelajaran? Whatever... 
Tp tempat ni memang betul2 best! Tak tipu nih.



Hutan Lipur Sg. Tekala terletak lebih kurang 30 minit memandu dari Broga Hill atau mungkin lebih cepat memandangkan kami terpaksa berhenti bertanya dan memandu perlahan sedikit untuk memerhati jalan ke tempat ini. 





Komunikasi yang sangat efficient memudahkan
 para pengunjung mematuhi peraturan yang ditetapkan.



Bayaran yang dikenakan hanya Rm1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak2. Dibuka seawal 7 pagi sehingga 7 petang. Berbeza dengan hutan lipur lain yang pernah saya kunjungi, 
pertama kali tiba di sini saya rasa sangat excited! 
Ya teruja bahasa melayu nya.



 
Pondok2 untuk beriadah yang disediakan

Laluan untuk pengunjung dijaga rapi untuk keselamatan dan keselesaan

Tempat bagi pengunjung yang ingin berkhemah dan ber 'bbq'
Tangga2 laluan yang bersih dan sentiasa dijaga rapi




 Keadaan persekitaran pusat rekreasi ini amat terjaga. Bersih! 
Tidak hairanlah walaupun hari bekerja seperti ini berpusu2 mereka yang tiba selepas kami untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga dan rakan2. Dalam setengah jam saja, keadaan yang pada awalnya sunyi menjadi meriah dengan ketibaan 
beberapa grup pengunjung lain.



Saya suka melihat pokok2 yang tumbuh memacak ke langit. 
Rasa sangat damai dan segar..

Huh..!! Melihat kejernihan dan desiran air yang terjun sangat menenangkan.

Sangat jernih air yang mengalir di hutan lipur ini.




Bukan sahaja persekitarannya yang bersih dan dijaga, 
tetapi air terjunnya juga begitu menggamit sesiapa saja untuk terjun berendam, mandi manda atau sekadar menghulurkan kaki merasai kedinginan dan kesegaran alam ciptaan Allah ini. Airnya jernih, sejuk dan port2 untuk mandi manda juga sangat banyak.  Sangat best!






Jom cuci mata ..




Walaupun terdapat beberapa papan tanda memberi amaran mengenai batu licin tetapi 
hakikatnya batu2 disini mmg selamat dan tak licin langsung menunjukkan
 ia selalu dikunjungi sementelah lumut pun tak sempat nak melekat.



Jernih gilerrrr ....




Sukanya tengok pokok2 kat sini.. walaupun hutan tapi rasa selesa

Akar2 pokok yang unik dan menarik

Tahniah! Anda semua memang menjalankan tugas.



Kepada yang inginkan kepuasan sebenar beriadah sambil bergembira mandi manda dengan keluarga, 
saya cadangkan Hutan Lipur Sungai Tekala ini. 
Confirm anda mesti berpuas hati....
seperti saya.








Pasti datang lagi !! Hehe...











Broga Hill ~ Indah khabar dari rupa?


Broga Hill, Semenyih


At last, saya sampai juga ke tempat ini. 
Sudah lama mengintai, memasang niat dan membuat planning dengan beberapa teman. Akhirnya hari ini, bertemankan Danny, Shanas, Dayana dan Adam, saya dapat sampai di port yang selama ini menjadi kegilaan para peminat seni fotografi 
dan kaki2 mendaki bukit (erk?).. Hehe..

Seawal 6:15am kami sudah sampai disana. Tidak terlalu sukar mencari lokasinya tetapi signboard yang disediakan sangat mengelirukan. Berpandukan beberapa org yang menjadi jurutunjuk kepada kami, dalam masa 40 minit dari Cheras kami tiba di 
Broga Hill, Semenyih.

Lokasi ini sememangnya menjadi pilihan pelajar2 kolej, 
setibanya disana sudah ada beberapa group students yang
 juga ingin ke puncak bukit ini. 

Laluan pendakian agak sukar lebih2 lagi bagi kami yang pertama kali dan kurang stamina dan kelengkapan. Suasana didalam 
kebun kelapa sawit yang masih gelap tanpa bantuan lampu suluh menyukarkan pendakian kami. Mujur ada group 
lain yang menyusul di belakang dan kami tumpang sahaja 
cahaya lampu suluh mereka.




Suasana ketika mula2 sampai di puncak..sekitar 6:40am

 

Suasana semakin cerah.. 7am

Lebih dari 30 orang sudah berada dipuncak bukit ketika saya sampai.

Laluan pendakian ke puncak agak curam dan perlu lebih berhati2




Setiba dipuncak, kelihatan sudah ramai di atas sana, agak 
keletihan mendaki bukit yang agak curam untuk ke puncak namun cuaca nyaman dinihari amat menyegarkan. Namun malang bagi saya kerana pagi ini, suria seakan menyorok cahayanya sehinggakan saya turun tanpa mengabadikan sebarang foto fajar yang menyinsing. Frust sangat! Tak dapat melihat dan merakamkan momen2 sunrise yang amat saya gemari dan sebenarnya itulah tujuan saya ke sini.... 




Saujana mata memandang...

Kehijauan dedaun lalang dan bukit bukau amat menyegarkan..




Tidak seindah yang disangka, atau mungkin saya 
tidak bernasib baik menyaksikan keindahan sebenar tempat ini. Saya tak pasti. Yang pasti ia below my expectation! Namun bagi mereka yang bosan berjogging dan bersenam untuk mengeluarkan peluh setiap pagi, apa kata menukar aktiviti tersebut dengan datang ke Broga Hill ini dan mendaki. Memang berpeluh! 






Indah permandangan pagi dari puncak

Dari sini dapat menyaksikan permandangan sekitar Semenyih 
dan kehijauan alam yang amat menyegarkan.

Fresh, hening dan asyik !






Dan sementara meredakan penat dan lelah, dapatlah menyaksikan panorama sekitar kawasan ini dari puncak Broga Hill. 
Tidak terlalu mengagumkan tetapi mengasyikan.. 
itu pendapat saya!





Menghayati kesegaran pagi dan keindahan alam semesta




Thursday, January 17, 2013

Hijab ~ Antara tuntutan & fesyen




Nampak gayanya sejak dua menjak ni semakin 
bertambah bilangan artis wanita kita yang berhijrah. 
Betul, satu petanda baik dan positif. Seorang demi seorang tampil dengan imej baru berhijab. Bukan satu bukan dua, tetapi bermacam macam gaya tudung atau hijab yang 'diperkenalkan' oleh artis2 ini yang sebilangan besarnya ditaja oleh syarikat pengeluar tudung bagi tujuan perniagaan. Fesyen menutup aurat ini dilihat sebagai trend terkini sehinggakan ada seorang pereka fesyen dalam satu talkshow di tv menyifatkan mereka yang berpakaian seksi ketika ini sudah ketinggalan zaman. 
Wah sampai begitu sekali..

Walaupun sudah ada sebilangan artis yang berhijrah sejak tahun 80an dan 90an lagi seperti Rahimah Rahim, Norkumalasari, 
Siti Fairuz, Amelina dan beberapa nama lagi, namun fenomena 
ini kian ketara sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. 
Tetapi seingat saya, artis wanita pertama yang membuat saya  
kagum dan respect 
dengan keputusan penghijarahannya adalah artis dibawah ini.







Wardina Saffiyah memang mengejutkan industri hiburan tempatan dengan keputusannya untuk berhijrah dan seterusnya berkahwin pada usia yang masih muda dan berada dipuncak populariti. Jelas keikhlasan dan keredhaannya mengubah hala tuju hidupnya amat mengejutkan ramai pihak. Beliau antara model, pelakon dan pengacara yang meniti populariti yang sedang memuncak pada ketika itu. Keputusan diambil sejurus pulang dari mengerjakan umrah walaupun pada mulanya hanya menjaga tingkah laku dan pakaiannya sebelum tekad menutup keseluruhan auratnya. Yang pasti Wardina jauh lebih jelita dengan penampilan sekarang berbanding sebelum berhijab.

Oh! Ada beberapa lagi selebriti yang saya pilih untuk post kali ini dimana pernghijrahan mereka begitu mengusik hati saya. Mari kita selami hidayahNya bersama2 ...








 
Beliau begitu muda bagi sesetangah orang untuk berhijrah. Itulah pandangan sebilangan pihak yang tidak setuju dengan penampilan barunya. Namun hidayah Allah tidak mengenal usia dan masa. 
Bila sampai masa terbuka hati dan diseru maka 
berhijrahlah hambaNya ini. 
Begitulah yang berlaku kepada Shila Amzah
Pada usia 22 tahun dan masih belum berkahwin tetapi tekad mengenakan hijab sebagai menyahut seruan dan tuntutan agama. 
Seperti Wardina, Shila juga ketika ini berada dipuncak populariti setelah memenangi beberapa anugerah besar dalam dan 
luar negara namun semuanya setelah beliau berhijrah. 
Inikah hikmah dariNya? 
Saya pasti dengan itu.



 
 
















Mungkin ramai yang kurang mengenali pelakon ini. Termasuk saya. Tetapi namanya seakan melonjak bila beliau dikatakan sudah berhijrah sedangkan sebelum ini gaya dan tingkah lakunya cukup ranggi. Seksi. Namun ada kisah yang berlaku dan beliau tanpa berlengah kembali kepada tuntutanNya. 
Nampak perbezaan ketara penampilan dan 
gaya tutur bahasanya selepas berhijrah. Itulah Diana Amir.
Nampak lebih matang dan teratur gerak gerinya.

Begitu juga dengan artis2 ini ...



Irma Hasmie berhijab sekembali menunaikan umrah setelah putus kasih dengan Nabil. 
Kini menjadi pengacara Assalamualaikum di TV Al Hijrah.

Memang mengejutkan apabila model dan pelakon hot ini berhijrah sekembalinya dari Tanah Suci. Penampilan pertama Natasya Hudson di karpet merah ABP 2011 telah mendapat perhatian dan pujian.

Pelakon Dunia Anita, Siti Faizurina ini dikatakan bertudung dan 
kemudian berkahwin beberapa lama selepas itu.


Sharifah Aleya mula bertudung ketika kedatangan ramadhan tahun lalu


Sememangnya Ayu Raudhah lebih jelita dan anggun bertudung

Farah Asyikin melalui pengalaman yang menginsafkan 
sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah.

Catriona Ross... kisahnya seringkali diceritakan
 bagaimana dia mula terbuka hati untuk berhijab.
Farah Anuar dikatakan mendapat hidayah ketika berada 
di Cambodia sewaktu pengambaran Rasa Halal.
Nurul Syuhada juga mengambil langkah berhijrah setelah berumahtangga
Siti Nordiana seakan menghilangkan diri selepas penghijrahannya


Abby Abadi memilih jalan berdakwah melalui politik 
dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan artis dan peminat2nya.




Saya kira masih ramai lagi mereka yang sudah cantik berhijab dan tenang hidupnya setelah berhijrah. Namun tidak semua dapat dislotkan di sini.


Dan yang terbaru pada tanggal 11 Januari 2013, seorang lagi bintang ternama Malaysia menyahut tuntutan dan syariat Islam.





 Cantik sekali... 
Dato' Siti Nurhaliza




Pelbagai fesyen dan gaya hijab yang dipertontonkan, namun harapan kita jangan sampai tersasar pula niat dan tujuannya. Bimbang pula obsesi terhadap fesyen semata mata yang menyebabkan penghijrahan bukan kerana 
hikmah dan hidayahNya..
Moga2 mereka tidak begitu. Amin ya rabbal a'lamin




Ada seorang lagi yang saya tertinggal? Siapa? Gempaq?


OMG !!!!






Orang berhijab dia pun nak jugak....Angah RL