Tuesday, April 30, 2013

Cinta Jangan Pergi




Setiap hujung minggu, kalo anda bukan jenis kuar malam...saya syorkan anda tune di channel tv9 jam 8.30 untuk saksikan drama terbaru pengarah filem favourite saya Khabir Bhatia berjudul Cinta Jangan Pergi.






Kenapa saya syorkan? 


1. Anda yang mengikuti siri drama mega Nur Kasih pasti taknak ketinggalan menyaksikan kembali kolobrasi pengarah, penulis skrip, pelakon utama yang pernah menggegarkan industri drama tv suatu ketika dulu. Kali ini Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kembali bersama dalam drama terbaru keluaran Filmscape ini.

2. Karya Khabir Bhatia sememangnya jarang sekali mengecewakan. Mungkin juga bantuan skrip dan jalan cerita yang kuat oleh Mira Mustapha menyebabkan hasilnya sangat2 menyenangkan. Selain Nur Kasih, saya suka Tiramitsu, filem Setem dan Sepi, mungkin juga ada yang sukakan filem Cinta (saya kurang suka..) dan juga terbaru filem Sembunyi...
semuanya hasil tangan Khabir. 



Lagi ... gandingan mereka sememangnya tidak mengecewakan

3. Saya suka drama ini kerana lakon tv yang sangat realistik disamping plot2 yang sangat lancar selain pembentukan watak2 yang dekat dengan kehidupan sebenar kita. 
Senang untuk relate.

4. Filem2 dan drama2 yang dihasilkan oleh Filmscape mempunyai 'style' yang tersendiri dari segi sinematografi. Dan sebagai peminat dunia fotografi...saya sangat impress.
 Cantik, tersendiri dan original.
Tak sama dengan filem dan drama2 lain yang ada 
dalam industri kita.


Lea Suraya oleh Tiz Zaqyah


5. Tiz Zaqyah. Yer kerana dia. Sebab saya suka lakonannya. Sebagai Nur Amina dalam Nur Kasih lagi saya dah nampak kebolehan bakatnya. Walaupun dalam kehidupan realitinya jauh berbeza watak mereka tetapi Tiz sangat hebat merealisasikan Nur Amina. Drama2 lain pun dia tetap best. Natural dan talented. Dalam drama Cinta Jangan Pergi ini Tiz 
melakonkan watak Lea Suraya. 
Layan sgt!




Pelakon2 lain.. Nadiya Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali & Ramona Zamzam


Kalo tak caya atau anda ingin menilai sendiri, 
jom tengok drama ini..

No comments:

Post a Comment