Tuesday, June 18, 2013

Lelaki Paling Kacak?





OTTAWA - Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.
Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.




ish ..ish....sampai gitu sekali yer? 
Sahih atau tidak cerita ini, saya tak pasti. 
Sekadar berkongsi rasa jeles..hahaha..


Mesti anda nak tengok sangat kan wajah lelaki
yang kacak sangat tu sampai kena buang negeri...
huh macam2 lar.. 


Haa...ni lar dia orangnya..





Omar Borkan al-Gala 

 

 

Tepuk dada tanya perasaan...huhu!

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment