Sunday, October 27, 2013

Cik Siti Wan Kembang, Kota Bharu, Kelantan ( Part. Akhir )




Lepas saja check out dari tempat penginapan di Wakaf Che Yeh, saya terus menyelesaikan satu masalah yang ditimbulkan oleh kakitangan KTMB ketika pembelian tiket semalam. Kami harus segera ke Stesen Keretapi Wakaf Bharu sekali lagi. Saya kesal sangat atas kekhilafan ini. Tetapi apa2 pun saya harus kreditkan disini mengenai hotel yang sangat selesa, ekonomi dan 
saya rekomenkan kepada semua. 








Hajat di hati nak ke negara seberang ( Golok ) sebelum pulang 
ke KL namun perancangan Tuhan adalah yang terbaik. 
Mungkin bukan kali ini untuk kesana. 
Setelah selesai urusan tiket tersebut (yang sebenarnya 
mengganggu plan hari ini), saya hanya sempat dibawa teman ke 
Rantau Panjang  untuk membeli TOTO kononnya. 
Kata orang murah dan saya pernah beli dari seseorang 
yang pernah mendapatkan bekalan dari sini. Ok juga. 
Walau murah takde lah teruk sangat kualitinya.


Namun sekali lagi, perancangan kami tidak kesampaian. Jalan masuk ke Rantau Panjang Duty Free jem teruk! Di tambah hujan yang mulai turun dengan  lebat menambahkan kesesakan. Tidak mengapalah. Yer...mungkin lain kali. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian disini. Kami singgah solat Zuhur di sebuah masjid yang memang unik rekaan dan seni binaannya. Sekali imbas seperti tokong cina. Namun ianya adalah sebuah masjid! 
Masjid Beijing atau nama rasminya 
Masjid Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang.








Unik tapi indah!



Dan Rantau Panjang menjadi destinasi terakhir saya 
kali ini sepanjang 3 hari di Kelantan. 
Petang ini juga saya akan kembali ke KL dengan menaiki keretapi. 
Wow satu pengalaman yang menarik juga tu. 
Lupakan soal masalah yang timbul ketika pembelian tiket ( malas la nak citer..) saya hanya mahu menunggu ketibaan 
keretapi dengan penuh keterujaaan.






Saya tak mahu komen apa2. Lihat saja tempat saya sepanjang malam dari KB ke KL.



Selamat tinggal Cik Siti Wan Kembang !








* Tamat

No comments:

Post a Comment