Thursday, October 24, 2013

Cik Siti Wan Kembang, Kota Bharu, Kelantan (Part.1)




My little bro dah nak kahwin. Sejak awal tahun lagi sibuk mengingatkan saya supaya tidak lupa hadiri majlis kahwinnya. Ya dalam diam saya memang berjanji untuk penuhi jemputannya. 

Walau pada awal plan banyak sangat yang menghalang, namun alhamdulillah akhirnya saya berada dalam majlis istimewa beliau. Nampak kegembiraan dan keterujaannya menyambut ketibaan saya di stesen bas pagi itu.

Dengan limpahan hujan rahmat yang melatari hari itu, pasangan mempelai tersenyum penuh kepuasan tatkala melihat 
tetamu hadir dan pergi. Selamat berbahagia Lan 
dan pasangannya Sya.






Setelah selesai majlis, saya meneruskan program. 
Ya! saya ada program. Saya mahu menghabiskan 
cuti 4 hari saya di negeri  
Cik Siti Wan Kembang 
ini. Saya terus menuju ke Kota Bharu, 
ibu negeri Kelantan Darul Naim. 
Jom, tengok2 apa yg saya jumpa, lihat dan rasa.. 
Kita jalan2 cari pasal...



Saya booked lebih awal sebuah hotel sehari sebelum tiba di kota ini, tetapi tau apa jadi? Apabila saya sampai untuk check in, saya sudah terlebih dahulu terkejut melihat keadaan luar hotel tersebut. Langsung tidak sama dengan apa saya lihat di website 
Agoda. com yang menawarkan pelbagai pakej untuk hotel bajet itu. Sewanya memang murah tetapi keadaan hotelnya....sangat teruk! 3 kali saya meminta untuk menukarkan bilik. Mujur juga kakitangannya tidak merungut dan sangat memahami pelanggannya yg sememangnya cerewet berkenaan tempat tidur ini.. ( saya la tu.. ......;p)
Nak tau hotel apa? Ok..bukan nak kacau bisnes orang tapi sebagai pengguna kita kena berdiri atas hak kita kan. 
Sabrina Court, Kota Bharu.. saya bagi -1*. Boleh?? 
Yg pasti, takkan datang lagi..sorry yer. Kalo nak saya datang lagi kena upgrade dulu hotel anda! Sekian terima kasih.
( maaf saya tak snapped pun gambar hotel tu..
ilang mood + tak sanggup mungkin. Hehe..)



Bertemankan seorang rakan satu tempat keje yang pulang 
bercuti untuk sambutan hari raya haji yang kebetulan akan disambut beberapa hari saja lagi, saya di bawa berjalan di beberapa 
tempat yang saya request. Hehe.. Dan malam tu sebelum saya bermalam di hotel yang teruk tu, kami sempat mencuci 
mata dan hidung di  Wakaf Che Yeh yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Red Warrior ni! 

Tapi maaf, saya tak rasa ada apa apa yang istimewa 
di tempat ini. Sekadar night market ala up town dan downtown yang bersepah di sekitar KL. Plus, barangan yang dijual 
pun tak ada beza dengan apa yang terdapat di Downtown.









*bersambung...

No comments:

Post a Comment