Tak sampai satu hari lagi pusing bandar KB, saya sudah penat! Huhu.. Agak panas cuaca disana ketika itu. Sementara menunggu teman datang membawa ke destinasi yang dijanjikan, saya hanya melepak di cafe dan window shopping ( xsukanya..tp terpaksa untuk mengisi waktu) di KB sentral.
Setelah beberapa jam menunggu akhirnya sampai juga teman yg berjanji. Petang
ini saya meminta beliau untuk membawa
saya ke satu tempat yang pernah
saya pergi suatu ketika dulu. Ketika berumur 14 tahun saya pernah ke
tempat ini.
Saya teringin menyaksikan ia sekali lagi.
Haha..suspen juga
bunyinya kan?
Kami menuju ke satu daerah yang dikenali sebagai Tumpat. Daerah dimana arwah bapa saya dilahirkan.
Kami mencari sesuatu. Sesuatu yang saya ingin lihat sekali lagi.
Lain yang dicari lain yang jumpa. Kami sempat
mengambil beberapa keping gambar. Lihat dibawah.
Besar dan nampak garang wajahnya. Huhu..
Salah satu patung Buddha yang kami temui.Saiz gergasinya menarik minat kami untuk mengabadikankenangan tanpa ada niat selainnya. |
Kami terus mencari, akhirnya tempat yang dicari2 sudah
di depan mata. Taraaa...
Hahaha... ada sesuatu yang menarik pada patung buddha ini. Tolak bercakap soal kepercayaan dan agama kerana saya muslim sejati, tetapi binaan atau rekaannya sangat mencuit hati untuk saya merakamkan monumen gergasi ini. Unik!
Inilah dia...patung berbaring! Haha..tidak tahu kenapa saya teringin menyaksikannya sekali lagi. Walau seakan rasa berbeza dari apa yang pernah saya saksikan ketika ke sini dulu namun inilah tempatnya. Patung yang sama. Mungkin juga saiznya tetap sama. Itu saya tak pasti!
Dalam perjalanan balik pula, saya ternampak satu papan tanda nama sebuah kampung yang saya rasa macam pernah dengar. Tapi di mana ya? Hehe ok sebenarnya kampung ini pernah dijadikan judul sebuah filem. Ingatkan hanya dalam filem tersebut tempat itu dinamakan sedemikian rupanya realiti memang wujud kampung tersebut.
Tengok gambar dibawah itu.
Kampung Bunohan, Tumpat Kelantan. Ingat filem Bunohan? |
Satu lagi tempat yang perlu saya highlight untuk kita
dinner dengan puas masakan2 orang Kelantan adalah di satu pasar yang segala makanan dan kuih muih Kelantan ada disini.
Pasar Makanan Kota Bharu.
Itulah yang terpampang di pintu gerbang untuk masuk ke pasar yang hanya beroperasi malam hari ini.
Kami memilih nasi kerabu + somtam untuk dinner.
Serius sedap!
Tempat WAJIB dikunjungi ! |
* bersambung ...
No comments:
Post a Comment