Setelah check out dari Sabrina Court tengahari itu ( lega..)
saya terus mulakan program saya hari itu untuk ronda2
bandar Kota Bharu ( seorang diri yer..).
Lokasi dan target utama saya tentulah Pasar Siti Khadijah. Huh! Tak sah rasanya kalo datang KB tak pergi pasar ni.
Saya boleh giler tengok kuih muih dan makanan traditional yang dijual di pasar ini. Pagi itu saya memilih bersarapan dengan nasi dagang dan teh ais.
Teh ais yang biasanya boleh dapat dgn
mudah kat mana2 kedai mamak kat KL ini pun saya
rasa sangat istimewa. Sedap betul! Nasi dagang?
Tak perlu diperbahaskan. Awesome! Haha..
Nasi dagang Kelantan sedikit berbeza dengan nasi dagang Terengganu. Itu pun kalo ada yang perasan lar. Bagi saya penggemar tegar Nasi dagang nih..dua2 pun sodap! Huhu.. Harga cuma rm3.00 |
Setelah menyelesaikan santapan pagi saya terus
berjalan2 sekitar dalam pasar itu. Tak terdetik untuk cari apa2 pun sekadar melihat gelagat dan situasi para peniaga dan pelanggan. Tetapi akhirnya saya terjumpa sesuatu yang sudah lama saya cari. Bukan tiada di KL tetapi sebelumnya tidak pernah jumpa yang berkenan. Dengan harga yang sangat berpatutan saya akhirnya membeli sehelai sejadah berkualiti tinggi hasil keluaran Turki dengan harga hanya rm40 sahaja. Di KL, saya pernah tanya dan harganya sekitar rm80-120. Itu paling rendah lar.
Hurm rezeki saya! Alhamdulillah..
Sejadah Turki dan kupiah benang emas... souvenir dari Pasar Siti Khadijah |
Pasar awam yang menyimpan rapi khazanah budaya dan tatatimur rakyat Kelantan. |
Setelah puas berlegar di Pasar Siti Khadijah, saya menuju pula ke beberapa lokasi tarikan pelawat yang berkunjung di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Saya melawat Muzium Negeri Kelantan yang asalnya sebuah istana di raja. Memang sangat indah dan saya cukup tertawan dengan keunikan adab resam yang dipamirkan didalamnya.
Antara sudut2 menarik dari Muzium Negeri Kelantan yang patut dikongsi |
*bersambung ...
No comments:
Post a Comment