Sunday, December 29, 2013

Erti sambutan hari lahir yang sebenar...











Sedar tak sedar, sudah setahun usia blog saya ni yer?! Hehe..
Tahun lepas sempena ulang tahun saya, blog ini saya 'launched'. Kini 25hb Disember kembali lagi..namun baru hari ini saya berpeluang menulis..
Usia semakin bertambah. Takleh buat apa dah..:P

Kepada yang masih mengikuti blog ini, thnks so much! 
Saya akan terus menulis, bukan untuk tujuan apa pun sekadar berkongsi rasa dan melepaskan bebanan yang tertahan di dalam jiwa raga ni. Fuyoo..








No celebration at all for this year birthday. 
Actually, I'm not really celebrate pun birthday2 ni..cuma biasanya saya akan buat sesuatu special untuk diri saya... at least seperti saya meraikan seseorang yang istimewa dan yes ramai yang tak sedar kita adalah insan istimewa yang paling kita kenali. Luar dalam. Zahir batin! Ramai sebenarnya yang abaikan hari istimewa untuk diri sendiri. Ramai yang mengharapkan somebody else yang raikan. Kalau ada tak pe la kan.. kalo takde? Hehe..sian diri sendiri kan.


Tapi tahun ini saya sendiri tidak sempat berbuat apa2 pun untuk diri saya sempena ketibaan hari ulangtahun ini. Plan mahu ke Jakarta untuk celebrate tapi bila difikir2 saya tidak sanggup berjauhan dengan insan tersayang. :p








Tapi setelah saya duduk bersendirian menyesali kegagalan untuk menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri, rupanya tanpa saya sedari sebenarnya saya telah melakukan sesuatu yang begitu bermakna dalam hidup saya. Tidak perlulah saya rungkai terlalu detail apakah ia, bimbang mengundang prasangka...LOL
Namun, mungkin juga saya perlu memberikan anda inspirasi, 
saya simpulkan begini...

Dalam sibuk kita meraikan harijadi dan mengharapkan 'somebody else' mengadakan surprise party, mari kita renung siapa dan dari mana kita berpeluang menjengah alam fana ini?
 
Saya bahagia dan rasa sangat istimewa bila tahun ini saya bersama insan tersayang di hari lahir saya walaupun tiada sebarang celebration. 


Doakan ibu saya cepat sembuh dan sentiasa sihat ok! 
Thank you so much..














Monday, December 09, 2013

Nasi Ayam Sedap !









Sape penggemar nasi ayam? Angkat tangan..!
Hehe...wah ramai rupanya. So cantek ar sebab kali saya nak share ngan korang satu tempat yang menyediakan satu hidangan nasi ayam yang terbaek! Yang specialnya nasi ayam ini dihidangkan bersama sos berlada dari resipi istimewa.


Tapi bagi yang berada di KL, nampaknya kena berjalan jauh sikit lah. Ok apa..jalan2 cari makan la jawabnya.


Lokasi restoran yang saya maksudkan ini terletak berdekatan kampung saya di Temerloh, Pahang.


So tak payah cakap banyak, jom kita intai intai resipi istimewa ini. Siap tutorial penyediaan lagi ni. LOL




1. Ayam yang dipotong empat kemudiannya di rebus macam biasa..


2. Air rebusan ayam atau stok tadi dijadikan sup yang akan dihidangkan bersama



3. Setelah direbus, ayam tadi digoreng setelah digaul dengan sos istimewa 
antaranya kicap manis dan beberapa perencap rahsia LOL


4. Setelah ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan dan garing,
 bolehlah dihidangkan bersama nasi dan sup




5. Siap untuk dihidangkan. Nampak biasa, tetapi try lar... memang luarbiasa!



Selain nasi ayam berlada untuk santapan tengahari, restoran ini juga menyediakan satu lagi menu istimewa untuk sarapan. Makanan kegemaran orang Melayu, Nasi Lemak. Istimewanya sambal ikan bilisnya berwarna agak kehitaman dan rasanya tentulah lain dari kebiasaannya...yang penting sedappp!!




Lebih sedap dihidangkan bersama telur mata kerbau


Jika tidak, begini pun sudah cukup memuaskan selera pagi anda.




 Lokasinya secara lebih spesifik terletak di :-


 Lorong Awah Indah 1, Pekan Awah, 
Jalan Termerloh - Maran /Kuantan
( terletak disebelah kiri sekirannya anda dari Maran/Kuantan )













 Selamat menjamu selera ! 
Anda pasti puas..gerenti punyer!





Tuesday, December 03, 2013

Penanggal ~ Buah tangan Ellie Suriaty




Petang tadi tak semena-mena terasa nak tengok wayang setelah berbulan2 dah kot tak masuk panggung. Semuanya gara2 filem terbaru hasil garapan sulung pelakon kegemaran saya Ellie Suriaty. Walaupun genre seram ni dah rasa muak nak tengok tapi disebabkan Ellie saya rasa nak tengok gak. Apalagi promosi dan trailer filem ini cukup memikat.







Fasha Sandha yang terlibat dalam filem ini ketika temubual dalam rancangan Meletop berkali2 memuji lakonan heroin filem ini iaitu Ummi Nazeera yang katanya sangat hebat dalam filem ini. Saya tahu Ummi memang talented setelah memberi lakonan berkesan dalam drama super Nur Kasih. Ini juga antara tarikan yang membawa saya ke panggung petang ini. Setelah rakan baik memberi persetujuan untuk bersama menonton kami terus ke MBO Galaxy Ampang.

Melihat penonton pada petang tadi dalam panggung tu memang la sangat mengecewakan. Tak sampai suku pun bangku yang berpenonton. Tapi saya akur sebab memang senario biasa untuk filem2 melayu selain filem2 genre komedi ringan or gangterism. Saya tak faham citarasa budak2 melayu sekarang. Takpelah biarkanlah mereka..






Setelah sejam pertama menonton, saya gelisah. Gelisah betul dibuatnya. Tau kenapa? Bukan sebab seram dengan adegan2 filem yang sedang berputar. Bukan sebab dingin air cond di panggung. Tapi saya gelisah sebab setelah sejam menonton saya masih tak faham jalan cerita. Saya hilang punca. Apa yang saya saksikan hanya adegan2 yang sangat dramatik, lokasi2 yang cantik dan unik serta terbuai dengan dialog2 komuniti Arab yang ditonjolkan.Asyik tapi jalan ceritanya masih saya tak faham.








Sinematografi filem ini sangat2 menarik. Cantik. Sesuai sekali dengan genre nya. Babak Ummi berendam dalam sungai walaupun agak daring tetapi ternyata menarik. 






Babak Sharifah Al Zahrah ( Fasha Sandha ) berlari larian bersama teman sesekali seperti filem Bollywood. Dan Fasha sangat cantik dalam filem ini. Kemunculan Datuk Sharifah Aini juga memberi daya penarik untuk filem ini.





Babak lain yang menggambarkan hantu penanggal saya kira tidak banyak beza dengan drama2 dan filem2 seram tempatan yang lain. Sayang sekali jalan ceritanya sangat mengelirukan. Secara peribadi saya tak faham. Sehinggakan saya menguap dan tertido beberapa kali sepanjang menonton filem ini. Saya tak sifatkan kegagalan Ellie dalam pengarahan kerana saya nampak beberapa elemen yang saya kira mengkagumkan cuma itulah...saya tak faham kisah yang dipertontonkan. Jadi hilang tarikan untuk terus menonton. 






Lakonan Ummi Nazeera seperti komen Fasha Sandha, sememangnya berkesan. Azri Iskandar pula ok tetapi seperti sama dalam lakonan2nya sebelum ini. Watak yang dibawakan Fasha pula seakan2 hilang secara tiba2. Mati di perigi. Dan habis disitu. Uhh..saya tak berapa berkenan penyudahannya seperti itu.






Namun kepada yang ingin menyaksikan sendiri, silakan. Mungkin anda tidak sependapat dengan saya dan mana tahu anda enjoy! So..eloklah tonton sendiri.  
Support local film..





Penilaian saya : ***



Selamat menonton ..!





Monday, December 02, 2013

Anugerah Skrin 2013



Sekarang ni macam2 anugerah diadakan bagi mengiktiraf hasil kerja para penggiat seni tempatan baik dalam bidang muzik mahupun filem. Antara majlis anugerah yang berprestij dan secara peribadi yang paling saya suka adalah Anugerah Skrin (ASK). Selain AJL, inilah masterpeace TV3 yang pada saya mempunyai prestijnya yang tersendiri.






Tahun ini beberapa drama lagi yang terpilih untuk senarai akhir. Sememangnya drama2 terpilih sangat best dan layak untuk sebuah majlis penganugerahan seperti ini. Sekali lagi dengan poyo nya saya nak mencabar diri sendiri. Apalagi mcm biasa nak jadi juri lah! Haha..

Setelah Anugerah Juara Lagu, Akademi Fantasia & Anugerah Syok Sendiri (LOL), kali ini saya ingin memilih pemenang bagi anugerah2 tertentu untuk ASK tahun ini. Kategori drama sahaja. Filem malas campur sebab saya malas pegi cinema..hehe. Sekali lagi diingatkan pilihan saya adalah berdasarkan penilaian peribadi, amatur (haha..) dan tentulah tiada sebarang kaitan dengan sesiapa/apa pun. Just suka2..rilek ar kan.
Luckily, saya berpeluang menonton semua drama yang telah disenaraipendek sebagai Top5 tahun ini. So boleh lah saya nilai kesemuanya. (opss..Top5 sahaja bukan semua drama yang menghantar senarai.)











Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, memang sengit! Nama2 besar seperti Faizal Hussein, Rosyam Nor & Wan Hanafi Su tentulah mendapat perhatian untuk kategori ini. Masing2 dah penah memegang anugerah terbaik sebelum ini. Namun lakonan yang memberansangkan Azhan Rani & Sharnaaz Ahmad juga tidak boleh dipertikaikan. Azhan Rani sebagai bapa yang kerap berjudi, menagih dadah dan mendera anak isteri di dalam Neraka Abah sangat meyakinkan. Sharnaaz Ahmad juga hebat dalam Di bawah Langitmu. Seorang suami penyayang yang bertukar menjadi bengis dan kejam sehingga akhirnya mati ditangan isteri. Rosyam Nor dalam Mawar Putih Tanda Perpisahan pada saya tidak menonjol wataknya. Bujang terlajak yang berkahwin dengan gadis remaja setelah kehilangan ibu dan akhirnya hilang dilaut adalah watak biasa yang tidaklah mencabar untuk aktor hebat seperti Rosyam Nor.
Pilihan Saya: Wan Hanafi Su
Pemenang : Wan Hanafi Su




 Antara kategori yang sering mendapat perhatian adalah bagi anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Tahun ini lima terbaik yang tersenarai memang hebat2. Umie Aida sudah 3 kali menang kategori ini di ASK. Kali ini membawa percalonan dari drama Aku Bukan Malaikat arahan Erma Fatima. Namun saya rasa watak ini macam pernah je dibawakan oleh Umie sebelum ini. Seorang 'keldai dadah' yang menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi kumpulan kulit hitam. Umie macam biasa sangat bersahaja dan outstanding untuk drama ini cuma laluannya untuk sekali lagi menggenggam trofi ini mungkin agak sukar kali ini. 


Lakonan Nad Zainal dalam Mawar Putih Tanda Perpisahan begitu realistik. Saya suka Nad bila dia berdialog. Nampak natural sangat. Baik intonasi mahupun bahasa yang digunakan. Relate dgn realiti kehidupan harian kita. Ketika kesedihan menunggu suami ditepi pantai, emosinya dapat dirasakan. Nora Danish juga pada saya memberi lakonan terbaik pernah saya tengok dalam drama Di Bawah Langitmu. 

Tekanan seorang wanita yang terpaksa kahwin dengan abang angkat seterusnya berdepan dengan kekejaman suami sehingga memaksa dia menjadi pembunuh demi menyelamatkan keluarga. Nora berkarekter untuk drama ini. Best! 

Jangan lupa Sherie Merlis. Tahun lepas menang Pelakon Pembantu Terbaik, tak mustahil tahun ini akan membawa pulang anugerah lagi besar memandangkan kerberkesanan lakonannya dalam Perempuan Itu Ibuku. Saya suka dia berlakon. Selain tak kemaruk nak nampak cantik jer macam sesetengah pelakon wanita, Sherie ada karekter tersendiri untuk setiap watak lakonannya. Lagi seorang yang tercalon adalah Sharifah Amani
 

Menerusi Fatihah Untuk Abah, Amani macam biasa sangat natural lakonannya. 











Pilihan Saya : Sherie Merlis 
Pemenang : Umie Aida




Lain lain kategori...



Pengarah Terbaik Drama
Pilihan saya : Raja Ahmad Alauddin
Pemenang : Eirma Fatima


Drama Terbaik
Pilihan saya : Di Bawah Langitmu
Pemenang : Mawar Putih Tanda Perpisahan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pilihan saya : Ruminah Sidek
Pemenang : Izreen Azminda


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pilihan saya : Amerul Affendi
Pemenang : Hasnul Rahmat



 Soseh2 selepas menonton..






Hos
Bosannya dengar lawak pasal perli memerli dan kutuk mengutuk antara satu sama lain. Entahlah mcm dah jadi trend lak bila Faizal Ismail jadi hos mesti semua nak buat lawak pasal kepala botak dia. Alamak basi lar!! 
Ada Nad Zainal yang petite tu pun jd bahan ( dah agak dari awal..). 
Lawak ketinggian la plak. Tapi paling rasa tak sesuai pasal 
lawak kesuburan Awal Ashaari. Ish not nice..
Nasib baik ada Nad yang cute tu. Kalau tak memang tak berseri dan bosan lah! Cukup2 la lepas ni amik Awal & Faizal lagi sebagai hos.


Muara Hati
Aduh..Dah seronok dah dengar lagu ni akan dipersembahkan. Tapi frustnyer bila Adira sebagai ganti. Penyanyi favourite saya diganti dengan penyanyi yang paling saya tak suka...hahaha..so malas komen la!


Ucapan Eirma
Memang cukup emosi dan bermakna ucapan beliau ketika menang Pengarah Terbaik. Seronok dengar. Kalahkan Bade Hj Azmi tetapi tetap meletakkan suaminya itu di 'hadapan...'




Menang lagi .. Umie Aida pegang anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk kali ke 4

Umie lagi...
Macam tak setuju sangat lah. Biasa je watak dia dalam ABM tu. Lagi seronok tengok Sherie dan Nad. Rezeki katanya..untuk kali keempat.




Keputusan
Pelik jugak bila Mawar Putih Tanda Perpisahan menang untuk drama terbaik kerana drama ini tidak menang untuk kategori terbaik yang lain termasuk pelakon, pengarah dan cerita asal tetapi akhirnya dinobatkan drama terbaik. Hanya menang lakon tv dan videografi sahaja. Apa yang terbaiknya?