Tuesday, December 25, 2012

Kota Larangan


Menyusuri lorong2 di dalam kota ini membuatkan diri terpana seketika. Pelbagai persoalan dalam kepala. Malas memikirkan jawapan yg tentunya takkan terjawab oleh kemampuan akal lantas bersetuju meletakkan kota ini setanding keajaiban2 dunia yang lain. Kesenian senibinanya dan entah berapa ramai tenaga kerja untuk merealisasikan lakaran ajaib arkiteknya membuatkan kekaguman kian menguasai diri sesiapa yang menyaksikannya. Sangat hebat!


Rombongan kami mengambil masa lebih 3 jam dari pintu masuk utamanya untuk sampai ke gerbang yang membawa kami keluar dari istana larangan ini. Bayangkan betapa luas dan banyaknya khazanah yg tersimpan didalamnya. Setiap inci bangunan dan monumen yg dilihat langsung tidak mengalihkan pandangan kami ke sesuatu yang lain. Semuanya umpama magnet yang menarik dan melekatkan pandangan kami. Ditambah dengan sorotan kisah2 dan info yang tak henti2 diberikan oleh tour guide kami yg sangat lembut lidahnya bercakap loghat Indonesia (tapi adakala terdengar seperti sedang membiasakan diri bertutur cara orang Malaysia). Petah dan sukar menitikkan noktah pada kata2nya sepertimana lancar langkah kakinya menyusuri lorong2 sempit Kota Larangan ini.Puas mengejar hingga adakala timbul rasa tidak puas menghayati keindahan kota ini. 
Mungkin beliau juga mengejar masa kerana selepas ini ada lagi destinasi menanti sementelah siang dimusim sejuk agak pendek berbanding biasa.


Huhh...indahnya 'sunset...'
 



Ketika keluar dari Kota Larangan ini jam ditangan menunjukkan hampir 5 ptg. Mata mula terpukau menyaksikan suasana tatkala matahari kian melabuhkan cahaya. Sebagai seorang yang sangat obsess dgn 'down moment' tentunya sukar untuk 
saya melepaskan peluang menghayati momen2 indah ini. Menyusuri sungai disepanjang kota larangan mata tak lepas menyaksikan keindahan ciptaan Allah itu dan lensa kamera seakan tak mahu berhenti untuk mengabadikan panorama ini. Awesome! 


Kota Larangan (Forbidden City) 
merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun. Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.


Yang pasti Kota Larangan atau dunia mengenalinya sebagai 'The Forbidden City of China' sememangnya mempunyai magis dan misterinya yg tersendiri.
Mengagumi keluarbiasaan ciptaan manusia

No comments:

Post a Comment